Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati terletak dipinggir kota dikawasan petempatan Taman Melati, daerah Setapak. Mula dibuka pada November1993 dengan hanya lebih kurang 500 pelajar telah mendaftar pada hari pertama sekolah dibuka.

Pada mulanya, berbagai-bagai masalah dihadapi oleh pihak sekolah seperti kekurangan tenaga pengajar, alat bantuan mengajar, alatan sukan dan terpaksa menghadapi kerenah pelajar- pelajar yang kurang berdisiplin. Tetapi masalah ini dapat diatasi atas berkat kerjasama dan dedikasi guru-guru di sekolah ini. Ketika mula dibuka, kawasan sekolah kelihatan kosong dan tandus. Program pertama sekolah ini ialah 'Projek Penghijauan Sekolah '. Pihak JACTIM telah bermurah hati menyumbangkan pohon-pohon rendang dan pokok-pokok bungan untuk menceriakan dan mencantikkan kawasan sekolah ini.

Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati (SMKTM) telah maju kehadapan dengan makmal komputernya, makmal sains, bangunan sekolah baru yang sedang dibina dan beberapa infrastruktur yang lain. Pada tahun 1994, calon perintis PMR telah mencatatkan peratus kelulusan yang amat membanggakan iaitu 96.3%. Ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar SMKTM juga berkebolehan dan berkemampuan bukan sahaja dalam bidang kokurikulm, sukan dan permainan tetapi juga dalam bidang akademik.

Sekarang di alaf baru ini, atas segala tenaga yang digembelingkan oleh pihak pentadbir, guru-guru, mahupun pelajar-pelajar, SMKTM tidak ketinggalan didalam apa jua bidang mahupun sukan, teknologi ataupun pendidikan. SMKTM akan terus berkembang dengan pesat dan disegani oleh masyarakat sejajar dengan cogan katanya iaitu BERDISIPLIN, BERILMU, BERJAYA.

"Berdisiplin, Berilmu, Berjaya"

Counter