Renungkan hikmah di sebalik 5 jari
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di
sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan
perahan-lahan jari anda. Luruskan ia
ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja,
perhatikan. Bermula daripada
jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti
manusia dan apa sahaja
akan bermula daripada kecil kemudian besar dan
terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam
seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti
bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur
buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik
di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa
hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu
juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang
comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan
dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak
terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Namun Awas!! Diri dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan
dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.
Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya
sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul
Jalil. Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling
tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan.
Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini
seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan
ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.
Namun,
anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak
"hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu
macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas
terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah
yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.
Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh
dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini,
hendaklah tampil
sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing
yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek
tetapi Menunjukkan kematangan dan kehebatan yang
membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan
mentafsirkan pelbagai perkara.
Bak kata orang Jawa
"cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada,semua urusan
berjalan lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu
kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya
petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh
berkata "good" atau "yes" sambil menggengam
semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia
kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda
yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang..
..::The End::..