INFOTAINMENT - Information and Entertainment
Description:
Apakah ERTI CINTA sebenar.. |
Page 1 |
..:: ErTi CiNTa ::..
Tak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tak sehebat Sulaiman,
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha,
Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar,
Mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad jika ada kekurangan dalam diri sendiri,
Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikkan,
Carilah kebaikkan pada diri sendiri,
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengan apa dihadapanmu
Dan berdoalah agar terus menjadi milikmu?
I Love U / I MissU / Aku Cinta Padamu. Inilah antara sebahagian daripada ungkapan asmara yang sering dituturkan mereka yang ?Mabuk Cinta?, ia mudah diucapkan tapi adakah kita semua jelas dan memahami makna sebaliknya? Perspektif CINTA amat luas. Terpulang kepada individu itu sendiri menilai sejauh mana erti cinta sebenar pada dirinya. Ada juga yang menganggap cinta itu tak pernah wujud. Ada juga yang menganggap ungkapan cinta terlalu murah dan sewenang-wenangnya dilafazkan tanpa sebarang pengertian. Cinta tak pernah mendustai manusia sebaliknya manusia itu sendiri yang sering mendustai cinta.
Adakah definisi cinta itu dengan bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta? Atau dengan ucapan romantis serta berpegangan tangan akan terasa nikmatnya cinta mahupun sebagai bukti kasih sayang yang dianggap suci? Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seorang perempuan sedangkan pada masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di Pulau Impian?
Lelaki yang benar-benar mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya. Begitu juga sebaliknya. Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu dan goadaan syaitan. Secara jujur, seorang hamba yang mencintai kekasihnya akan menunjukkan sikap dan sifat serta penampilan yang meyakinkan insan yang dikasihi tetapi bukan mengkhianati kepercayaan yang telah disemai. Namun sebahagiannya bersikap demikian kadang-kala penuh pula dengan kepura-puraan demi kepentingan sendiri.
Cinta yang murni bukanlah cinta Sang Monyet yang melompat-lompat dan begitu rapuh. Ia juga bukan cinta seperti "Romeo dan Juliet", mahupun cinta "Laila dan Majnun", tetapi nikmat cinta itu lahir seperti cintanya Rasulullah kepada Khadijah Aisyah dan Kasihnya Siadina Ali kepada Fatimah.
Cintailah Allah swt melebihi segala-galanya kera cinta yang abadi dan hakiki pasti akan berbalas dengan pelbagai nikmat yang tidak terhitung. Tentang cinta juga Allah berfirman di dalam Al-Quran:
"Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang Allah cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya" Al-Maidah, ayat 54
"Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah Aku, nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosamu" Al-Imran, ayat 31
Cinta juga merupakan perasaan yang sukar diterjemahkan. Janganlah mempermainkan cinta, kerana cinta kita hidup bahagia dan kerana cinta jugalah kita hidup merana. Betapa nikmatnya rasa cinta yang Allah kurniakan. Umpama amanah yang harus dilaksanakan sebaik-baiknya.
..::The End::..
|
|


Main Menu :: Contact ME :: Sign MY GuestBook :: FRENZcities Forum

|
|