..::Welcome to Forever Friends::..

 

Tips Menjadi Popular di Kalangan Rakan

Artikel 2

Page 1

Kegiatan tambahan

Sentiasa penuhi masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah sama ada disekolah atau diluar sekolah. Selain daripada dapat memenuhi masa lapang, inilah ketikanya yang baik untuk kita didekati lebih ramai kenalan baru.

Mudah diajak

Jadilah seseorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Sesetengah orang mempunyai sikap ini secara semula jadi dan orang lain akan berasa rileks apabila berada bersamanya. Maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara. Mudah diajak di sini bermaksud terhadap kegiatan yang sihat. Pandai-pandailah kan? Takkan ke arah benda-benda yang tak senonoh pun kita mudah diajak...

Pendengar yang baik

Beri peluang untuk orang lain bertutur. Jangan pula anda yang menguasai setiap perbualan. Memang tidak mudah untuk menjadi pendengar yang setia, namun percaya atau tidak, sikap itulah yang paling mudah untuk membuatkan orang lain rapat dengan kita. Tetapi jangan pula asyik menjadi pendengar sepenuh masa atau tidak bercakap langsung! Nanti bosan pulak rakan kita itu.

Jadilah dirimu sendiri

Jangan cuba meniru gaya orang lain yang kita rasa popular. Ini kerana setiap personaliti yang baik mempunyai 'rakan'nya sendiri. Tambahan pula amalan meniru gaya personaliti orang lain tidak akan menghasilkan hubungan yang berkekalan. Malah pada suatu hari nanti mungkin rakan-rakan kita akan menuduh kita bersifat 'pura-pura'. Jangan lupa bahawa anda adalah anda. Jadilah diri anda yang sebenarnya.

Hindari tekanan

Setiap orang termasuk pelajar tidak akan dapat lari dari masalah tekanan atau 'tension'. Namun jangan jadikan masalah tension ini sebagai penghalang hubungan anda dengan rakan-rakan anda. Kalau nak diikutkan, tension tak akan habis sampai bila-bila pun. Oleh itu sekiranya kita menghadapi tekanan, janganlah dibebankan sama tekanan itu kepada rakan-rakan kita. Malah lebih tidak baik lagi sekiranya kita sengaja mahu rakan-rakan kita itu berkongsi tekanan dengan kita. Seorang rakan yang baik tidak akan menyusahkan rakannya yang lain.

Peranan mata

Ketika berbicara, pandang rakan kita terutama di matanya. Ini menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya. Tambahan pula, memandang mata seseorang akan melahirkan sentimen yang lebih rapat dan mesra. Jangan memandang ke arah lain semasa rakan kita sedang berbicara kerana ini seolah-olah menunjukan kita tidak menyedari kehadirannya atau tidak sukakannya. Jangan pula memandang ketempat lain semasa kita sendiri sedang berbicara dengannya kerana sikap ini dianggap sedikit 'kurang ajar'.

 

 

Bersambung...

Page

Main Menu :: Contact ME :: Sign MY GuestBook :: FRENZcities Forum

Semua artikel yang terkandung di dalam INFOTIPS adalah hakmilik penulis asalnya dan sebagai bahan bacaan sahaja. Terimakasih..  

 

 

.. Let's SHOUT OUT ..
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Mutiara Kata

Keadilan yang ada pada diri seseorang adalah laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah tiada, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya ..

Salam Sayang dari saya: Aida Akca

Feel free to e-me at aida_akca@yahoo.com.sg

 

This site is © Copyright Merihnet.com 2006-2007, All Rights Reserved.