Jadilah orang yang jujur, ikhlas dan berhati baik.
Belajar banyakkan mendengar dari bercakap, biar orang yang nak kita pikat hati itu akan mendapat banyak peluang bercakap Jadilah orang yang pandai menarik perhatian dengan menberi pujian dan perhargaan yang jujur tapi mesti kena pada masa dan situasinya.
Bercakap menggunakan gaya positif dan koperatif.
Positif bermaksud tidak menggunakan perkataan negatif manakala koperatif pula bermaksud kita tidak tunjuk kita seorang yang pandai dengan cara membuktikan orang lain bodoh.
Jangan tunjukkan kita amat berminat pada diri sendiri.
Ramai orang suka cakap saya itu, saya ini.. saya itu.. saya dan saya.. sampai habis. Maka jangan banyak bercerita tentang diri kita sebaliknya galakkan orang lain bercerita mengenai diri mereka. Ini kerana orang yang berpeluang bercakap banyak tentang diri mereka pada kita akan jatuh suka pada kita walaupun kita belum tentu suka pada mereka.
Gambarkan bahawa kita banyak bersetuju dengan pandangan orang lain dan menghargai idea-ideanya kerana manusia akan suka pada orang yang bersetuju dengan mereka. Ia juga akan menaikkan estim dirinya. Cara ini berdasarkan teori homofili yang bermakna manusia suka pada wajahnya sendiri.
Tunjukkan kita seorang yang positif.
Jangan suka merungut dan bercakap mengenai perkara yang kita tidak suka.
Jangan sekali-kali mengata, mengkritik dan mencari salah orang lain. Itu semua bukti otak kita penuh sarat dengan perkara negatif.
Jangan buat perkara ini di depan orang yang hatinya kita ingin pikat.
Dengan berpegang pada nilai positif maka orang yang positive thinking akan menyukai kita. Ucapkan kata yang membuat orang lain seronok. Jangan nak sibuk menyeronokkan diri. Tunjukkan kita seronok mendengar perbualannya. Jangan menyampuk dan jangan menyambung ayatnya. Dengan itu, keperluan jiwa orang yang berbual dengan kita akan terisi. Kajian menunjukkan manusia suka kepada orang yang pandai mengisi keperluan jiwanya.

10 Faktor Memilih Pasangan..