Objektif


International Queen Beauty Pageant 2005” merupakan kesinambungan kepada pertandingan ratu cantik di Malaysia yang memilih hanya mereka yang memenuhi kriteria-kriteria penilaian seperti kecantikan, keanggunan serta mempunyai keupayaan intelektual yang sejajar dengan agenda pertandingan ini.


Misi


     Dalam usaha mencari bakat-bakat baru di arena peragaan ratu cantik, beberapa kriteria utama seperti kecantikkan, keanggunan dan kebijaksanaan amatlah dititikberatkan dalam menjadikan pertandingan ini sebagai sebuah pertandingan yang berprestij. Ini adalah kerana pertandingan ini hanya akan memilih hanya seorang yang terbaik di kalangan 49 peserta lain yang bakal menyarungkan mahkota eksklusif pertandingan ini.

     Bagi memastikan bahawa unsur ketidakadilan tidak wujud samasekali dalam pertandingan ini, maka kesemua juri di pilih bedasarkan kearifan mereka di dalam profession masing-masing. Oleh yang demikian, identiti barisan juri professional akan dirahsiakan dari pengetahuan umum sehingga hari pertandingan nanti.

     
Dalam pada itu, di hari pertandingan ini juga pelbagai risalah berkaitan dengan cara membendung gajala AIDS di kalangan PLU juga akan diedarkan. Semoga dengan adanya sesi ini, pertandingan ini lebih membawa manfaat kepada umum dan masyarakat.


Elimen Utama International Queen Beauty Pageant 2005

3 elimen utama dalam melaksanakan pemilihan IQBP'05. iaitu :

1. Kecantikan

2. Keanggunan

3. Kebijaksanaan

 

Hak Cipta Terpelihara © Queen of International Beauty Pageant Commitee ™