1. Lelaki dan berusia 18 tahun dan keatas pada hari pertandingan.

2. Berperwatakan menarik dan berpersonaliti.

3. Tidak pernah melakukan sebarang pembedahan major yang boleh mengubah bentuk badan seperti menjalankan pembedahan payudara atau pembedahan penukaran alat kelamin / jantina.

4. Selain daripada 2 (dua) jenis pembedahan major seperti yang dinyatakan di atas adalah layak untuk menyertai pertandingan ini.

5. Penyandang mana-mana gelaran ratu cantik yang terdahulu daripada “Queen of International Beauty Pagent 2005” dibenarkan menyertainya.

6. Borang pendaftaran “International Queen Beauty Pageant 2005” mestilah diserahkan berserta bayaran yuran pendaftarannya sebanyak RM 160 (Ringgit Malaysia Seratus Enam Puluh Sahaja ) kepada penganjur 2 (dua) bulan sebelum tarikh pertandingan.

7. Peserta akan menerima sehelai kemeja T (T-shirt) eksklusif yang berlabel “International Queen Beauty Pageant 2005” yang akan digunakan sewaktu sesi pakaian kasual (casual wear).

8. Makanan untuk peserta akan diagihkan sebelum pertandingan bermula.

9. Peserta mestilah menjalani latihan sehari hari sebelum pertandingan “International Queen Beauty Pageant 2005”.

10. Setiap peserta mestilah menghadiri sesi videografi anjuran penganjur yang akan di adakan 2 (dua) bulan sebelum tarikh pertandingan. Pengambaran videografi ini adalah sesi pengenalan diri oleh para peserta yang mewakili 10% daripada markah keseluruhan.

11. Setiap peserta mestilah menyerahkan sekeping gambar di dalam keadaan makeup berukuran 3R atau 4R bersama-sama lampiran borang pendaftaran.

12. Atau, anda juga boleh menghantar gambar diri anda ke alamat email my_ezzard@yahoo.com untuk diletakkan / dipamirkan di laman web rasmi “International Queen Beauty Pageant 2005”.

13. Pemenang “International Queen Beauty Pageant 2005” akan menjadi muka depan laman web rasmi pertandingan ini selama setahun sehingga penggantinya di perolehi pada tahun berikutnya.
14. Mahkota Tahunan (Rotation Crown) hanya akan dipakai oleh seorang pemenang sahaja setelah keputusan diperolehi daripada barisan juri profesional.

14. Mahkota ini hanya dibenarkan di pakai di beberapa kawasan tertentu yang telah di tetapkan oleh pihak penganjur seperti :

  • Di atas pentas pertandingan “International Queen Beauty Pageant 2005
  • Sesi videografi anjuran penganjur sahaja
  • Sesi fotografi yang di benarkan oleh pihak penganjur
  • Lain-lain tempat dengan kebenaran dari pihak penganjur

15. Peserta yang memenangi pertandingan “International Queen Beauty Pageant 2005” akan di beri sebuah mahkota eksklusif dari penganjur.

16. Keputusan juri adalah muktamad.

Hak Cipta Terpelihara © Queen of International Beauty Pageant Commitee ™