AKTIVITI-AKTIVITI
SEPANJANG
PENUBUHANNYA

____________________________________________________________________________________________

Sehingga kini usia gabni telah mencecah 2 tahun. Tidak lama lagi
mesyuarat agung yang kedua akan tiba. Maka ahli jawatankuasa yang lama akan digantikan dengan
tenaga baru. Bagi pihak jawatankuasa sekarang, kami memohon ampun dan maaf
diatas segala kekurangan yang berlaku semasa memikul tugas ini. Kami telah cuba
sedaya upaya untuk 'menghidupkan' GABNI dan disini kami senaraikan secara
ringkas aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan setakat yang termampu.......
3 Februari 2000
Penubuhan
secara rasmi serta perlantikan kami sebagai jawatankuasa peneraju.
Mei 2000
Kelas
tambahan bagi killer subject telah diadakan pada calon-calon SPM 2000. Tenaga
pengajar adalah dari ahli-ahli GABNI yang sedang cuti belajar.
September 2000
Pelajar-pelajar
matrikulasi KPM buat B.B.Q semasa cuti di Pantai Bukit Keluang sambil
mandi manda
November 2000
B.B.Q
besar-besaran telah diadakan di kediaman Cikgu Kassim. Ahali-ahli GABNI yang
hadir sekitar 50 orang. Cikgu-cikgu lain pun ramai yang turut serta.
Satu
lagi aktiviti wajib setiap kali musim cuti (hanya ahli lelaki) berkelah di
Lata Tembakah.
Oktober 2001
Program
Sepagi bersama GABNI bagi menyuntik semangat calon-calon SPM 2001. Antara slot
yang diadakan ialah slot penerangan GABNI, penerangan peluang belajar di
universiti dan tips menghadapi peperiksaan.
GABNI
telah menghantar kad ucapan GOOD LUCK kepada semua calon-calon SPM 2001.
Semoga anda semua berjaya . Amin...
Secara ringkasnya itulah diantara aktiviti-aktiviti yang
termampu dijalankan oleh kami sehingga kini. Janganlah kita lupa jatuh bangunnya
GABNI bergantung kepada keizinan dari Allah hasil dari USAHA KITA. Maka sebagai
ahli GABNI andalah yang bertanggung jawab untuk memastikan persatuan ini terus
bertahan dan berkembang.
<BACK
HOME
END>
____________________________________________________________________________________________
Direkabentuk Oleh: Ayong
04/25/02 08:56 PM