E-mail
Membantu Pelajar Dalam
Menyelesaikan
Masalah Matematik
Perkembangan
teknologi maklumat di negara-negara maju amat jauh ke hadapan berbanding dengan
negara kita, tetapi ini tidak bermakna kita terpaksa melupakan saja untuk
mengejar mereka. Kita mesti berani
melakukan sesuatu agar tidak ketinggalan begitu jauh dan kita sememangnya mampu
bersaing dan menandingi kebolehan
dan kejayaan mereka itu.
Salah satu kemudahan yang disediakan
melalui teknologi maklumat ialah internet.
Melalui internet, kita
berpeluang memperolehi pelbagai
bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan kos yang murah dan cepat dicapai oleh pengguna.
Salah
satu cara pembelajaran mudah yang perlu diterokai oleh semua lapisan masyarakat ialah
mel eletronik atau e-mail.
Apa itu e-mel ? Pernahkah anda menggunakan e-mail untuk
menyampaikan pesanan atau maklumat?
E-mel merupakan suatu mesej atau pesanan yang ditaip pada papan kekunci
komputer dan dihantar kepada pengguna lain dan mereka boleh membacanya dalam masa
yang singkat.
E-mail adalah surat yang ditulis sama seperti surat biasa tetapi cara
penghantarannya sahaja dijalankan secara elektronik iaitu melalui peralatan
komputer dan talian telefon. Komputer
dan talian telefon yang biasa kita pakai di rumah atau pejabat
boleh digunakan untuk menghantar ataupun menerima e-mel.
E-mel juga boleh dihantar ke merata dunia dan boleh diterima dari
mana-mana destinasi di benua ini yang mempunyai kemudahan perangkaian komputer.
Pelajar-pelajar yang masih tidak mempunyai e-mail, perlu diajar dan
mereka mesti mempunyai e-mail sendiri untuk memudahkan pembelajaran mereka.
Mereka perlu diajar, bagaimana
untuk menaip, menghantar dan menerima e-mel
Guru-guru juga perlu
mempunyai e-mail supaya proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelajar mereka
dapat dijalankan dengan cara yang
lebih berkesan terutama semasa hujung minggu atau cuti sekolah
"Bagaimanakah elektronik ini dapat digunakan di sekolah
atau semasa cuti sekolah?" Seandainya guru-guru dan pelajar diberi
peluang berintraksi menggunakan internet, ianya
merupakan satu penghargaan yang tidak ternilai harganya.
Saya merasakan bahawa masa depan di sekolah cerah sekiranya ramai guru
dan pelajar dapat menerima internet
sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Bagi mereka yang sudah biasa
menggunakan internet, mereka akan
merasa kehebatan dan keseronokan menggunakan Internet. Internet sememangnya
menyeronokkan seandainya guru dan pelajar dapat menafaatkan segala kemudahan
tersebut untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu , ia amat berfaedah bagi kita untuk mendapatkan maklumat
terkini serta berkomunikasi secara lebih kerap . Internet telah banyak
dimanfaatkan oleh guru dan pelajar di negara maju. Ia mempunyai potensi untuk
menarik minat pelajar tempatan bukan sahaja ke dunia Internet tetapi juga kepada
bahan yang diajar .
Sejak saya mula menggunakan e-mel, saya telah mmemperolehi banyak faedah
yang membantu menyelesaikan tugasan seharian saya.. Saya berhubung dengan ramai
kawan dan pelajar melalui e-mel. Dengan teknologi ini , lebih banyak tugas saya
yang dapat diselesaikan dalam masa yang lebih singkat .
Mel
eletronik atau E- mail adalah satu perkhidmatan internet yang sangat popular dan
banyak membantu pengguna untuk
berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan adanya kemudahan ini, setiap
pengguna akan dapat menghantarkan mesej atau pesanan mereka dengan lebih cepat
dan melibatkan kos yang amat
minimum .
Mesej
atau pesanan yang di hantar
boleh dibuat
dalam pelbagai bentuk samada teks, grafik atau suara dan ianya boleh di
tulis pada bila-bila masa dan
dihantar dari mana-mana destinasi samada dari rumah atau pejabat dan akan sampai
kepada penerima dalam masa yang singkat.
Penghantaran
maklumat boleh dilakukan sama ada
dari seorang ke seorang atau dari seorang kepada ramai, iaitu sekumpulan
penerima secara serentak. Seorang pelajar boleh menghantarkan hasil tugasan
mereka kepada guru atau pensyarah dengan menggunakan kemudahan
e-mail yang disediakan dan mereka tidak perlu bimbang tentang kelewatan
atau kehilangan di dalam perjalanan.
Saya juga menggunakan e-mel untuk berbincang dengan
guru-guru atau kalangan ahli akademik yang lain yang tidak pernah saya
bersemuka tentang perkara-perkara yang diminati .
Saya juga pernah diminta oleh pelajar-pelajar untuk membantu mereka
mengenal pasti bahan yang diperlukan atau memberi penjelasan yang mereka
perlukan berkaitan dengan pembelajaran mereka.
Pelajar-pelajar saya telah mengirimkan beberapa soalan matematik yang
mereka tidak dapat menyelesaikannya. Apabila
masalah matematik dapat mereka
terima dengan cepat, mereka berasa seronok dengan matematik.
Melalui e-mel, saya juga telah dihubungi untuk memberi pendapat seperti
yang diminta oleh beberapa orang pelajar yang belajar melalui program jarak jauh.
Banyak lagi yang telah dicapai melalui e-mel. Ia sudah merupakan cara komunikasi
harian. Saya sudah lama tidak menulis surat .Segala dokumen yang perlu dihantar
dapat dikirimkan secara "attachment" melalui e-mel.
Aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui
e-mail ialah:
![]() |
Berkomunikasi secara dalaman atau luaran dengan
guru-guru, rakan pelajar sesama
sekolah atau dari lain
sekolah dan pihak jabatan serta kementerian. |
![]() |
Mendapatkan khidmat nasihat dari
pakar-pakar samada kaunseling, bahasa atau lain-lain bahagian. |
![]() |
Mendapatkan maklumat-maklumat terkini . |
![]() |
Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses
pembelajaran: teknik pembelajaran terbaik,
idea kreatif dan inovatif, peperiksaan, soalan-soalan latihan dan
sebagainya. |
![]() |
Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain
mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam
menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. |
![]() |
Berkongsi
menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. |
![]() |
Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar
belakang negara mengenai berbagai isu semasa. |
![]() |
Menggalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui
komunikasi dengan rakan pena di luar negara. |
![]() |
Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah
pembelajaran secara "on-line". |
Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi
banyak faedah kepada para pelajar (
Zoraini, 1996):
![]() |
Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia |
![]() |
Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer |
![]() |
Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan |
![]() |
Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa
atau kemahiran berkomunikasi. |
Kesimpulan
Dengan adanya
kemudahan e-mail ini, sekolah-sekolah sepatutnya menyediakan kemudahan internet
kepada pelajar-pelajar mereka bagi merealisasikan teknologi maklumat dengan
lebih berkesan lagi.
Ini sudah tentu akan
dapat melahirkan pelajar yang celik komputer dan mereka tidak lagi takut
apabila berhadapan dengan komputer. Adalah diharapkan Kementerian
Pendidikan Malaysia dapat mempercepatkan pembinaan makmal komputer ke
sekolah-sekolah selaras dengan
kemajuan teknologi maklumat yang semakin berkembang dan terus bergerak tanpa
henti-henti.
E-mel amat cepat dan murah. Ia juga mudah dipelajari. Tidak hairanlah
jika lebih daripada 50 juta orang di seluruh dunia ataupun lebih daripada
300,000 orang tempatan menggunakan e-mel. Bagaimana dengan anda ?
Ia
juga amat sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara seseorang
guru dengan guru lain , guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid
dengan murid lain.
Guru-guru
dan pelajar, patut didedahkan dengan penggunaan interne sebagai sumber
pengajaran dan pembelajaran. Saya
banyak bergantung kepada perkhidmatan mel elektronik ( e-mel ). Ia merupakan
sebahagian daripada perkhidmatan Internet . Tanpa e-mel saya merasakan
kelancaran kerja-kerja akan terganggu dan lebih lambat pula.