SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN PENGUNAAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DALAM
PENDIDIKAN DI
MALAYSIA.
Penggunaan
teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang
baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan
ini dan cuba merealisasikannya.Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam
pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60 an.Dalam konteks pendidikan,
komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan
berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di
Malaysia penggunaan
teknologi maklumat
dalam pendidikan
masih di
peringkat permulaan namun pengunaannya semakin
pesat dan
memberangsangkan.
Saya berpendapat
bahawa kerajaan telah
berperanan untuk menjadikan
pendidikan di
Malaysia bertaraf
dunia melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia, kementerian ini
telah mengambil langkah drastik
dengan melaksanakan beberapa
perubahan untuk
menjana sistem
pendidikan agar selari dengan
pemodenan yang
banyak dipelopori
oleh penggunaan
teknologi terkini
seperti penggunaan
teknologi maklumat dalam
pendidikan. Antara program yang sedang
dilancarkan kementerian pendidikan
adalah pelaksanaan sekolah bestari.
Sekolah Bestari yang cuba diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
beberapa sekolah rintis bertujuan untuk mengubah budaya persekolahan yang
berdasarkan memori kepada lebih berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan
kritis serta budaya penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Ini dapat
membuka peluang yang luas kepada penggunaan teknologi maklumat yang
pasti akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
.
Mulai Januari 1999 internet saluran
utama teknologi
maklumat, menjadi sebahagian dari Sekolah Bestari. Pada awal tahun 2000
yang lalu, hampir semua ksekolah menengah telah diakses ke internet secara
berperingkat. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama dan bantuan kepakaran
MIMOS telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman,1996 ).
Melalui projek ini Kementerian Pendidikan telah menyediakan perkhidmatan
rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program
latihan yang berterusan kepada guru-guru. khususnya Bahagian Pendidikan Guru
telah dan sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 minggu) kepada
guru-guru bertempat dibeberapa buah maktab.Melalui kursus ini guru-guru
didedahkan kepada pelbagai kemahiran generik termasuk bidang teknologi
maklumat yang menjadi tapak utama sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat
yang cepat dan berkesan.
Keberkesanan penggunaan teknologi
maklumat juga
bergantung kepada
keterbukaan warga pendidik
menerima teknologi
maklumat dalam
elemen pengajaran
dan pembelajaran
yang di rancangkan oleh mereka. Warga
pendidik contohnya guru, yang menjadi
nadi dan
tulang belakang
yang menjana
keberkesanan pendidikan secara
keseluruhannya, kita dapati
semakin ramai
di kalangan
mereka sudah
celik teknologi
maklumat. Jika
lima
tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet
apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke
Internet sudah semakin bertambah
malahan mereka telah
menganggap teknologi
maklumat merupakan
sesuatu yang perlu untuk
memudahkan proses
P&P mereka. Perkembangan pesat
dalam pengunaan
teknologi maklumat
dalam pendidikan
merupakan satu
jalan yang
cerah untuk
menjayakan pendidikan bertaraf
dunia.
kesedaran
ibubapa akan
kepentingan penggunaan
teknologi maklumat
banyak membantu anak-anak
mereka menggunakan teknologi
ini dengan
lebih efektif. walau
bagaimana pun setiap keluarga sekurang-kurangnya
memiliki sebuah komputer di
rumah mereka kerana , Teknologi
maklumat berkait
rapat dengan
penggunaan komputer. Menyedari
hakikat ini
kerajaan telah mengambil langkah
bijak dengan mengalakkan sesebuah
keluarga mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer
masing-masing di rumah
Bagi menyempurnakan hasrat ini, kerajaan telah memudahkan kita dengan
memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing melalui
akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak RM3500.00 bagi pembelian
komputer untuk ahli-ahli KWSP. Dari sini kita sedar, maklumat-maklumat yang
bakal dapat dan guna dari penggunaan komputer itu sangat bergunaTeknologi
komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yang anjal dan berkeupayaan
tinggi. Kepantasan dan kecekapan komputer dalam melaksanakan tugas-tugas yang
melibatkan pengiraan yang tepat serta menganalisis dan meramal keadaan cuaca,
meletakkan kedudukan komputer sebagai media yang semakin diperlukan dalam
kehidupan kita.
Peranan
sektor swasta juga banyak
membantu perkembangan pengunaan teknologi
maklumat, kerana
sememangnya kita tahu
penggunaan teknologi
maklumat memerlukan
kos, maka kekangan kos
inilah biasanya
membataskan pengunaan
teknologi maklumat. pada
masa kini , kadar
bayaran untuk mengakses
internet semada melalui
TM-Net atau
Jaring telah
menurun, malahan
syarikat besar
seperti Telekom
berkerjasama dengan
Kementerian pendidikan
untuk menghasilkan Telekom
Smart School yang
menyediakan pekej
P&P melalui
Laman Web
yang dinamakan
getCyberEd.com.
Sistem
pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan
pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar.
Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di
Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi
maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan
kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita,
penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak
pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan
pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.