HOME

PENDEKATAN   MATEMATIK   LUAR   DARJAH

 

PENDAHULUAN :

Suatu  kaedah  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  tidak  sama dengan  di dalam  bilik  darjah.  Pelajar

dapat  suasana  yang  menarik  minat mereka, bernafas  udara  di  luar  darjah,  memerhati  dan

membuat  anggaran/ukuran  benda-benda  yang  ada  di  luar  darjah.  Saya  rasa  semua  pelajar

akan  ingat  apa  yang  ada  dalam  pembelajaran  mereka  di  luar   kelas, sebab  lain-lain pelajaran

semua  diadakan  dalam  bilik  kelas.

 

FALSAFAH  DI  SEBALIK  IDEA  MATEMATIK  DI LUAR  BILIK  KELAS

Pembelajaran  matematik  akan  lebih  bermakna   jika  ia  berkaitan  dengan  kehidupan harian

sebenar  kanak-kanak. Terutamanya  apabila  matematik  digunakan  untuk  memahami  dan

mengkaji  apa  yang   berlaku   dalam  kehidupan  harian  sebenar.  Merela  akan  senang  ingat

apa-apa  sahaja  yang  mereka   telah  belajari   jika  dilakukan  aktiviti  praktikal   ini. Mereka

dapat   menghargai  peranan  matematik   dalam  kehidupan   mereka.  Pembelajaran  koperatif

ini   seronok  dan  berfaedah   kepada    mereka.

Kem  matematik  pula  boleh  diadakan   untuk  kanak-kanak.  Mereka  harus diberi   talimat

yang  jelas   tentang  tujuan   dan  aktiviti   kem   matematik. Guru  jelaskan  kepada  pelajar

apa  yang   diharapkan   untuk  dicapai   oleh   mereka.   Pelajar-pelajar   harus  diberi   arahan

dan   panduan  yang   jelas  dan   guru  harus   merancang   lebih   awal   lagi.  Guru  mesti  

cukup  flexible   untuk   menyesuaikan   aktiviti  menurut   situasi  dan  perlakuan  pelajar.

 

KONSEP-KONSEP  YANG  BOLEH   DIBINA

1.   Panjang ,serta   unit   ukuran   meter, centimeter

2.  Luas,  unit  cm persegi ,  meter  persegi

3.   Sudut,  unit  darjah.

 

PENDEKATAN

Pembelajaran   koperatif

(Pelajar  di bahagikan  kepada  beberapa  kumpulan; setiap  kumpulan 4 - 6 orang  )

 OBJEKTIF  YANG  DAPAT  DICAPAI

1.  Pelajar  dapat  menganggar  panjang benda  atau  jarak ;  dan  mengukur  dengan   tepat

2.  Pelajar  dapat  membuat  konjektur  tentang  luas, dan  kemudian  ukur .

3.  Pelajar  dapat  mengukur  sudut   dengan   alat

 

PERALATAN  BANTUAN 

1. Pembaris             2.  pita  ukur                3  protraktor

4. kertas  grid          5. tali                           6. wisel

7. alat  tulis/ lukis       8. jam  randik

 

CIRI-CIRI  AKTIVITI

1. Penerapan  konsep  panjang, luas, sudut   serta  unit-unit  berkenaan

2. Penglibatan  setiap  individu  dari  segi  mental  dan   fizikal   secara    menyeluruh

3.Pembelajaran  berkumpulan  yang   lebih  menyeronokkan  daripada  secara  individu

4.Peningkatan  kemahiran  berkomunikasi/ berinteraksi  antara  pelajar

5. Peningkatan  hubungan  yang  baik  antara  guru  dengan   pelajar

 

PERSEDIAAN  AWAL  OLEH  GURU

1.  Sebelum  aktiviti  luar kelas  dengan  pelajar, guru  sendiri  perlu  membuat  persediaan  awal  dengan

   menyelidik/meneroka  kawasan  berkenaan,  seperti  apa  jenis  benda   yang  menarik  minat  pelajar,

    jenis  tumbuhan  dengan  daunnya,  pokok  atau  tiang  tegak (untuk  diukur  tinggi) , tanah  rata,

    sungai  dan  tembok yang  agak  lurus  jika  ada  ( untuk  diukur  lebarnya )

2.  Ingatkan  pelajar   mengenai  langkah-langkah  keselamatan yang  harus  diambil (khasnya  sungai

     itu  berbahaya);  surat  janjian  daripada   ibu bapa  pelajar  ditandatangani  mereka   untuk

     memberi  kebenaran   kepada   anak-anak  mereka  menyertai  aktiviti  luar  kelas   ini.

3.  Pelajar  membawa  air  minuman, alat tulis/lukis   dan  payung  (jika  hujan )

4.  Pelajar  memakai  pakian  sukan

5.  Berikan  penerangan  ringkas  tentang   peranan  setiap  ahli  kumpulan 

6.  Pelajar  hendaklah  catat  keputusan  dengan  betul,  hantar  laporan  kepada   guru  selepas

    projek  ini

 

AKTIVITI   1

Membuat  anggaran   tentang   panjang  objek   seperti   batang  kayu,  tali (yang  dibawa) ,  tembok,

panjang  dinding  bangunan,   lebar   sungai ,tinggi pokok/bangunan.......   Catatkan   pada   kertas  cetak 

yang  diberikan  oleh  guru.

 

AKTIVITI   2

Mengukur   panjang   sebenar  objek-objek  tersebut  dengan   pita  ukur,atau  pembaris

(Lebar  sungai, tinggi  pokok/bangunan   akan  diukur  dengan  bantuan  protraktor  mengikut

kaedah   segitiga  tepat  ---  guru  memberi  panduan .)

 

AKTIVITI  3

Memerhati  daun  yang  mempunyai  simetri.  Membuat  konjektur perimeter dan luasnya. Catat.

Kemudian   lakarkan  bentuknya   pada   kertas  grid  dan  kirakan   perimeter dan  luasnya.

Bandingkan  keputusan  sebenar  dengan  konjektur.

 

AKTIVITI  4

Pelajar  membuat  anggaran  tinggi pokok/bangunan,  dan  lebar   sungai .  Unit  ukuran  .......

Kemudian  tunjuk  cara  bagaimana   menggunakan  protraktor  secara  betul  untuk  mengukur

sudut  dalam  darjah.   Kenalpastikan  tanda  di  seberang  sungai  untuk  diukur  sudut  dari

suatu  titik  lain  di  sebelah  sungai  di  mana  guru  dan  pelajar-pelajar   berada.  Satu  sisi

segitiga  bersudut  tepat  mesti  diukur.   Gunakanlah   segittiga  kaki  sama  bersudut  tegak

untuk  pelajar senang  memahami.    Segitiga  bersudut  lain   boleh  digunakan  jika  pelajar

telah   belajar  tentang   sinus, kosinus   atau  tangen.   Terangkan  cara-cara   mengira  ,dengan

bantuan   gambar rajah.

 

AKTIVITI   5  

Suruh   pelajar  mengira  nadi   atau  denyutan  jantung  mereka   semasa   rehat .   .......kali  seminit

Selepas   berjalan   cepat  ,  ....................kali  seminit.

Selepas  berlari  pecut  ,..................kali  seminit.

Ulangi   langkah-langkah  di  atas   bagi   kadar   pernafasan.

 

AKTIVITI  6

Dengan  menggunakan   protraktor,  ukur  kecerunan   bukit  (jika  ada)  di

   Liku  pertama  ..............

   liku   kedua  ...............

    dan   seterusnya.

 

AKTIVITI    7

Kutip  spesimen   daun   tumbuhan  yang   cantik  lagi  bercorak   Lakarkan   pada   buku  nota  mereka.

Cuba  melukis  corak  itu  dengan   komputer  perisian  GSP   selepas  mereka  balik  ke   sekolah.

 

AKTIVITI -AKTIVITI  LAIN   dapat  dilakukan  jika   guru  fikir  adalah  sesuai  dan  berfaedah  kepada

p & p  pelajar.   

Refleksi  harus  dibuat  oleh  pelajar  selepas   pelajaran  ini.   Kemukakan  apa-apa  cadangan  untuk

membaiki  aktiviti  luar  darjah    untuk  masa   depan.

=========================================================================