TUGASAN BERNAS
“Keluarga
Sudut”
Topik Berkaitan : |
Sudut-sudut yang berkaitan dengan garis selari. |
Aras berkaitan : |
Tingkatan 1. |
Pengetahuan Sedia Ada : |
a) Jumlah sudut pada suatu garis lurus bersamaan dengan 180 o. b) Jumlah sudut dalam satu putaran lengkap bersamaan dengan 360 o. tidak akan bertemu atau bersilang. |
Aras Kemahiran Menggunakan GSP :
|
Pertengahan |
Masa : |
40 minit |
Jenis tugasan : |
Penyiasatan dan Pembinaan Konsep |
Pendekatan Pembelajaran : |
Penyiasatan koperatif. |
Objektif Eksplisit : |
a) Pelajar dapat membezakan saiz sudut yang terbentuk pada dua garis selari yang dilintasi oleh garis lurus yang lain. b) Pelajar dapat mewujudkan konjektur-konjektur mengenai sudut-sudut yang berkaitan dengan garis selari. menyelesaikan soalan-soalan yang berkaitan dengan sudut pada garis selari melalui aktiviti dalam kumpulan. |
Bahan Bantu : |
Komputer dengan perisian GSP Lembaran kerja. |
Setiap aktiviti di bawah dijalankan secara berkumpulan.
i) Meneroka sudut-sudut yang terbentuk apabila suatu garis lurus memotong garis selari.
ii) Membuat konjektur berpandukan sudut –sudut yang terbentuk.
iii) Melengkapkan lembaran kerja.
1. Pembelajaran ini adalah melibatkan pendekatan koperatif di mana guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4 atau 5 orang pelajar setiap kumpulan.
2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sekurang-kurangnya dua buah komputer kerana pembelajaran ini melibatkan penggunaan GSP.
3. Guru mengarahkan pelajar membina dua garis selari dan satu garis lurus yang memotong garis selari tersebut. (secara condong). Garis selari yang pertama dlabelkan dengan AB manakala garis selari kedua dilabelkan dengan CD. Kemudian bina satu garis lurus EF yang memotong kedua-dua garis selari tersebut. Labelkan kedua-dua titik persilangan dengan simbol G dan H. Contoh rajah yang terbentuk adalah seperti di bawah :
4. Guru perlu membimbing pelajar bagaimana untuk membina sudut-sudut pada garis selari. (sekiranya masih terdapat pelajar yang tidak dapat membina garis-garis tersebut)
5. Daripada rajah yang dibina, pelajar dikehendaki meneroka sendiri sudut-sudut yang terbentuk pada garis selari tersebut.
6. Selepas membuat penerokaan, pelajar akan membuat penyiasatan tentang sudut-sudut yang sama dan hasil tambah sudut-sudut yang bersamaan dengan 180 o.
7. Maklumkan juga kepada pelajar supaya mengheret garis lurus DH ke kiri atau ke kanan dan perhatikan nilai-nilai sudut yang terbentuk.
8. Di sini pelajar dapat membuat konjektur bahawa terdapat sudut-sudut yang berubah pada kadar yang sama di antara satu sama lain.
9. Pada masa ini, pelajar dapat membuat generalisasi bahawa terdapat sudut-sudut yang sama, contohnya sudut sepadan, sudut selang seli dan sudut bertentang bucu dan sudut-sudut yang hasil tambahnya bersamaan dengan 180 o, contohnya sudut pedalaman dan sudut pada garis lurus/sudut bersebelahan.
10. Daripada penerokaan dan penyiasatan secara kumpulan, pelajar dkehendaki melengkapkan lembaran kerja1 dan lembaran kerja 2.
11. Perlu diingatkan semasa menjalankan aktiviti di atas, guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara sahaja. Sekiranya terdapat pelajar-pelajar yang tidak dapat mencapai penerokaan atau penyiasatan yang dikehendaki, maka wajar guru itu menanyakan soalan-soalan yang berbentuk konstruktif untuk membina perkembangan aras kognitif pelajar.
Baca arahan terlebih dahulu sebelum memulakan tugasan
anda.
1. Dengan menggunakan GSP, bina dua garis selari AB dan CD. Kemudian bina satu garis lurus EF yang memotong (secara condong) kedua-dua garis selari tersebut pada titik G dan H.
2. Pindahkan rajah "sketh" yang terhasil ke dalam lembaran kerja anda dan namakan sudut-sudut yang terbentuk.
3. Ukur nilai setiap sudut dan cuba cari sebarang hubungan antara sudut-sudut yang sedia ada. Bentukkan satu jadual untuk merekodkan hasil-hasil penyiasatan anda.
LEMBARAN KERJA 2
Perhatikan rajah di bawah, cari pasangan sudut-sudut
yang sama dan sudut-sudut yang hasil tambahnya bersamaan dengan 180 o.
a) Pasangan sudut yang mempunyai nilai yang sama.
b) Pasangan sudut yang hasil tambahnya bersamaan dengan 180 o.