Belajar membina laman web

Panduan Membuat Halaman Web

Homepage ialah "home for your page". Membuat homepage sangat mudah. Homepage yang anda lihat sebenarnya hanyalah text yang diformat sebegitu rupa menggunakan HTML TAG. 

Mengapa perlu membuang duit dari puluh rm hingga ribu rm untuk belajar di kelas sedangkan semua ini boleh didapati dengan percuma dalam internet ? 

Jika anda berminat mempunyai "rumah dalam internet" ini pastikan anda memilih tema atau bahan yang anda minat supaya anda bersemangat untuk membuat homepage anda itu. 

Secara Am, homepage ini seperti majalah atau suratkhabar. Tapi jangan samakan pula 100%. 

Sebuah majalah mempunyai target atau sasaran siapa yang membeli majalah tersebut. Contohnya majalah Roda-Roda untuk peminat motosikal, Linux magazine untuk peminat Linux, Lanun untuk kartun berkonsep Islam, Majalah PC untuk belajar PC. 

Sudah tentulah peminat hiburan tak membeli majalah komputer seperti juga peminat Iron Maiden tak membeli album Nada Murni. 

Begitulah juga bagi sesebuah homepage mempunyai target dan sasaran siapa penggunjung yang akan melawat laman mereka.

Perkara Asas yang Perlu Di Ketahui
Secara kasar, perkara berikut adalah perlu untuk membuat homepage yang bagus. 
Storyboard Tema atau apa isi kandungan homepage anda
Page layout Bagaimana menyusun atur letak kandungan supaya menarik
Isi kandungan Ini paling penting. Design lawa & canggih tapi isi tak menarik tak ada guna
Upload ke web server Upload dari komputer ke internet
Test Lihat dulu ada broken link atau sebarang masalah berlaku
 
ASAS HTML TAG
Yang anda perlu tahu hanyalah 
Membuat hyperlink .......
Tag warna
Format text - 
tebal / size / warna
.......
Bagaimana masukkan image ....
Untuk memahami bagaimana HTML tag ini berfungsi tak boleh dengan teori setakat membaca tuturial sahaja sebaiknya dicuba sendiri. 

Untuk mencuba gunakan Netscape Composer ver 4.xx. Panduan nc ada di laman ini 
http://www.tm.net.my/learning/intro/introcom.html - Tentang netscape 4.xx 
http://www.tm.net.my/learning/intro/chap05.htm - Menggunakan composer 
U ntuk melihat tag gunakan html editor

Nasihat Pada Yang Baru Berkenalan Dengan HTML TAG
* TAG HTML memang banyak tapi sedikit sahaja yang digunakan 
* Jangan Di Hafal kesemua tag tersebut !!! 
* Sebaiknya dicuba sendiri 
* Belajarlah tuturial dalam bahasa Inggeris bukan terjemahan Bahasa melayu. 

Sebabnya nanti anda jadi binggung antara bingkai dengan frame, upload , download, image dengan gambar dan banyak lagi istilah yang memang boleh diterjemahkan tapi harus diingat - web browser tidak faham bahasa melayu dan juga bahasa inggeris selain dari inggeris amerika.

Bagaimana Untuk Bermula ?
Guide to Publishing HTML and Forms 
http://www.htmlhelp.com/ 
http://junior.apk.net/~jbarta/tutor/makapage/ <---download the whole site in a zip file. Juga cari "WebTutor" 
http://goodpractices.com/ 
Sizzling HTML Jalfrezi frame or no frame 

Tempat yang bagus untuk bermula ialah di news:alt.html atau tmnet.html.Terdapat berbagai panduan yang berguna samada untuk yang baru bermula ataupun yang sudah pakar. 

Bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan HTML tentu tak tau mana satu laman yang "bagus" kerana semuanya nampak bagus.Sebenarnya semuanya bagus bergantung kepada cara penyampaian webmaster tersebut dan pemahaman anda sendiri.Pekara pokok yang disampaikan adalah lebih kurang sama.

Java dan java script
Perkara utama untuk menarik pengunjung ialah isi kandungan sesebuah laman web. Jika laman web bagus ramailah orang yang datang. 

Tak perlulah pening kepala untuk menambah kecanggihan laman web dengan tambahan java / java script. Adalah satu kesilapan besar menggunakan fungsi java script terutama sekali di laman web percuma. 

Penjaring internet yang berpengalaman akan mematikan fungsi java script kerana ia menimbulkan banyak masalah.

Java pula lambat, menyebabkan pelayar web crash (pada nutscrape) atau menimbulkan masalah keselamatan pada msie contoh trojan / memformat hdd melalui java !.