|
||
|
-:6@S@|<:- |
|
Teka-Teki
Apakah dia apabila kita tidur ia bangun, apabila kita bangun ia tidur?
Apakah dia apabila siang ia mengecut. Setelah malam ia mengembang?
Apakah dia yang berada di tengah malam, terletaknya di hujung katil dan duduknya di depan lilin?
Banyak-banyak buah, buah apa yang makan buah?
Dalam banyak pintu, pintu apa yg tak boleh tutup?
Ada sebuah kapal yang hanya muat untuk 100 orang sahaja. Orang yg ke 100 ialah wanita mengandung. Apabila dia naik tiba-tiba kapal itu, tiba-tiba sahaja kapal tengelam. Kenapa ia tenggelam?
Banyak-banyak negara, negara apa yang banjir dulu baru hujan?
Apakah benda kalau pergi cara terbang, balik dengan cara berenang?
Apakah dia yang bermula dengan huruf rumi dan berakhir dengan huruf jawi? Kelakar Perkataan Berlawan Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid-murid: Faham, Cikgu! Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid-murid: (senyap) Cikgu: Pandai! Murid-murid: Bodoh! Cikgu: Tinggi! Murid-murid: Rendah! Cikgu: Jauh! Murid-murid: Dekat! Cikgu: Keadilan! Murid-murid: UMNO! Cikgu: Salah! Murid-murid: Betul! Cikgu: Bodoh! Murid-murid: Pandai! Cikgu: Bukan! Murid-murid: Ya! Cikgu: Oh Tuhan! Murid-murid: Oh Hamba! Cikgu: Dengar ini! Murid-murid: Dengar itu! Cikgu: Diam! Murid-murid: Bising! Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh! Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai! Cikgu: Mati aku! Murid-murid : Hidup kami! Cikgu: Rotan baru tau! Murid-murid: Akar lama tak tau! Cikgu: Malas aku ajar kamu! Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu! Cikgu: Kamu gila! Murid-murid: Kami siuman! Cikgu: Cukup! Cukup! Murid-murid: Kurang! Kurang! Cikgu: Sudah! Sudah! Murid-murid: Belum! Belum! Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat? Murid-murid: Sebab saya seorang pandai! Cikgu: Oh! Melawan! Murid-murid: Oh! Mengalah! Cikgu: Kurang ajar! Murid-murid: Cukup ajar! Cikgu: Habis aku! Murid-murid: Kekal kami! Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis! Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula! Cikgu: Sudah, bodoh! Murid-murid: Belum, pandai! Cikgu: Berdiri! Murid-murid: Duduk! Cikgu: Saya kata UMNO salah! Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul! Cikgu: Bangang kamu ni! Murid-murid: Cerdik kami tu! Cikgu: Rosak! Murid-murid: Baik! Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini! Murid-murid: Kami semua dilepaskan tengah malam itu! Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) Kelab Dagu Lekuk.
Kelab Dagu Lekuk Malaysia :
Kelab Dagu Lekuk Luarnegara : Kelab Gigi Jarang.
Kelab Gigi Jarang Malaysia :
Kelab Gigi Jarang Luarnegara : |