Assalamualaikum....
Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah atas inisiatif anda
mengadakan laman web untuk mahasiswa seperti ini.saya berdoa agar ia akan menjadi pemangkin kepada satu paradigma pemikiran mahasiswa yang lebih berilmu dan bertanggungjawab serta prihatin dengan kondisi sekeliling.
Seperti yang anda dan kita semua maklum,mahasiswa dan remaja
merupakan pengguna internet yang teramai....ini terbukti apabila
pengunjung cyber-cafe,mirc,malah pengusaha cyber cafe pun ramai yang
terdiri dari orang muda.....justeru, GMLN perlu proaktif supaya ia boleh
menjadi tempat rujuk mahasiswa dan belia terhadap sesuatu isu dalam
kampus dan negara serta antarabangsa.
Oleh itu saya berharap agar berita dari kampus di aktifkan lebih
segera.Di sini saya sedia menyumbang kiranya di perlukan.saya adalah
mahasiswa tahun 3 di sebuah universiti tempatan.kalau berminat..kita
boleh berkenalan lebih lanjut .e mail saya ialah
mie77@married-not.com.tolong jangan guna e-mail yang saya guna (TM
net).Saya percaya ia tak selamat.Terima kasih.
HIDUP MAHASISWA!
mie77