LAGI SURAT DARI BAKAL SASTERAWAN

Baru-baru ini Haji Azahar Ahmad penerbit rancangan khas untuk Tv3 telah sempat bertemu dengan puan Mek Su Haji Deraman saorang bekas bidan dari Pasir Mas, Kelantan. Pertemuan yang tidak dirancang ini terjadi apabila Haji Azahar yang sedang membuat program tv tentang persediaan UMNO didalam menghadapi serangan PAS.

Didalam perbulan dengan Haji Azahar, Mek Su telah menceritakan bahawa beliau adalah bidan yang bertanggung jawab membawa Ibrahim Ali ( sekarang bergelar YB Datuk Ibrahim Ali ) ke dunia. Bekas bidan ini juga telah bercerita bagaimana beliau bersama dengan Dr.S. Poonadurai telah membidani kelahiran Ibrahim Ali.

Menurit cerita Mek Su lagi, apabila Ibrahim Ali dilahirkan ke dunia, Dr. S. Poonadurai yang masih berpeluh dengan marah telah menampar dengan kuat muka ibu Ibrahim Ali. Ini menjadikan wad bersalin klinik bidan Pasir Mas gempar.

Perbuatan Dr. S. Poonadurai ini telah memeranjatkan Mek Su kerana doktor ini dikenali sebagai saorang yang baik hati dan bersopan santun. Mek Su memberanikan diri terus menengking Dr. Puna.

' Gapo mu buat macam gini ha... mu bengong ? '

Dengan perlahan Dr. Puna menjawab, ' Mek bidan kita dah buat mistake , orang perempuan yang baru bersalin itu telah melahirkan manusia yang paling bodoh sekali dalam dunia kita ini.... itu pasal saya tampar dia... '

' Bilo ambo dengo dokto yorak cam tu.... ambo pun pergi kat katil tu lalu ambo tampo sekali lagi mok si Berahim tu. Baru puas ati ambo.' Tamat.

BAKAL SASTERAWAN