Salam Tajdid...

Assalamualaikumwarahmatullah........

Semoga Allah SWT memberikan taufik wa hidayat-Nya kepada kita utk berada pada jalan kebenaran dan kebaikan. Moga-moga perjuangan yang direalisasikan ini tidak sia-sia tetapi dibalas dengan syurga Allah di akhirat nanti. Itupun kalau kita benar-benar yakin dengan perjuangan ini.

Sesungguhnya keadilan dalam Islam itu sudah termaktub, terjamin dan jelas.Islam itu yang lebih tinggi daripada segala-galanya.Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Kedudukan kita juga tinggi kerana Islam.Islam itu sudah adil dan adil itu di bawah Islam.Keadilan yang kita sama-sama inginkan adalah menyeluruh dan bukan utk kepentingan mana-mana pihak, insyaAllah.

Alangkah baiknya, kita bersama-sama sepenuhnya dengan mereka yang inginkan islam sepenuhnya tanpa mengambil mana-mana pendekatan selain daripada Islam.Kita korbankan sungguh-sungguh diri kita, keluarga kita, tenaga kita, masa kita dan sebagainya utk melihat kemenangan Islam. InsyaAllah, perjuangan ini adalah juga utk melihat Islam itu di tempat yg teratas.

Jika niat kita Ikhlas kerana Alah, insya Allah Allah akan tolong kita. Firman Allah SWT dalam surah Muhammad, ayat 7 yg bermaksud " Wahai orang-orang yang beriamn, barangsiapa yang menolong Agama Allah, Allah akan menolongnya dan memperteguhkan kedudukannya."

akhirulkalam, terimalah SALAM TAJDID daripada hamba yang dhaif.

Azizah Ibrahim