MULAKAN BERDEMO DI JALAN RAYA
Terasa jugak nak bercakap pasal demo jalanan ni ... kalau dulu-dulu tu tiap
minggu tak pernah lak miss ....la ni ada lak yang mengajak ke demo lagi,
dalam tu pulak tak kurang gak yang suruh berhati-hati ... kununnya
propaganda **NO lah, mamak tu nak ambik kesempatan nak istihar daruratlah,
beribu-ribu t/shirt dah di tempah untuk gerak gempur **NOlah dan macam-macam
lagi.
Ada yang pro dan ada yang kontra !!!!
Masa zaman demo dulu, tak pulak aku pakai baju adil ke baju reformasi ke
... apakah mengenalkan diri tu merupakan amalan kita samasa kita turun ke
padang tempoh hari ??? tapi kalau ada demo lagi lepas ni, ada pulak yang
rajin pakai baju keADILan,pakat masaklah demo gamaknya !!!.
Sikit sebanyak kempen mamak bendahara tu untuk menakutkan pengikut demo
dengan 'kemesraan polis"nya berhasil jugak, apa lagi bila mahkamah lak
jatuhkan hukuman denda dan penjara kat reformis baru-baru ni, makin kecutlah
hati-hati kita,terkena gak kita ni dengan budaya takut, bukankah itu antara
risiko yang dimaksudkan oleh kata semangat DSAI kepada mereka yang mahu
berbicara tentang perjuangan !!??
Depa tu tak takut dengan proses pilihanraya kerana mereka masak dengan tipu
muslihat dan sepak terajangnya setelah bertahun-tahun mempeloporinya, mereka
tak takut dengan mereka yang bergerak dalam gelanggang politik ... memang
itu yang disuruhnya .. tubuh parti dan lawan secara pilihanraya kununnya ..
demokrasi ... betul ke ??
Jangan disalahertikan pendirian saya ... sekadar brain storming untuk
renungan bersama.
Ada kalanya demo itu lebih berkesan ... ada masanya ia tidak diperlukan ..
segala-galanya bersifat relatif .....Suhatro bukan diturunkan dengan proses
pilihanraya ...
Saya tak mengajak untuk demo jalanan ... tapi kalau ada ... yang saya boleh
pastikan ... saya akan tetap turun bersama-sama .. patah sayap bertongkat
paroh ....lawan tetap lawan.
PENDEKAR KUNDUR