KAUM BURUH BANGUN TUNTUT HAK BERPESATUAN
.
Selamat Sejahtera to semua yang pelajar , mahasiswa dan rakyat Malaysia;.
Saya mau bertanya sama Barisan Keadilan satu persoalan yang amat penting
bagi kaum pekerja yang berkerja di Industri Elektronik.
Pekerja pekerja diindustri electronic selama ini dihalang dari menubuhkan
kesatuan sekerja(workers union).
Jika barisan alternatif menang pilihanraya yang akan datang adakah pihak
anda sanggup membenarkan Pekerja pekerja disektor perkilangan electronic ini
megadakan kesatuan sekerja peringkat Negara dan Kilang masing masing.
Ini adalah kerana perkerja pekerja Industri Elektronik ini tidak ada
perlindungan langsung kecuali dari jabatan buruh,itupun terhad kepada yang
bergaji rm 1000 kebawah.Yang lain tidak ada undang undang yang
melindunginya.
Seingat saya Kesatuan Sekerja ini dihalang penubuhan oleh dato seri Dr
Mahathir Mohammed,dengan alasan yang kesatuan sekerja ini akan melembabkan
pertumbuhan sektor pegilangan electronic di malaysia.(what a lame
excuse).Pada pendapat saya alasan ini satu alasan yang tempang.
Jikalau Pihak Barisan Alternatif boleh membenrkan Kesatuan Sekerja untuk
industri electonic maka,saya rasa bahawa pekerja pekerja kilang electronic
akan menyokong Barisan Alternatif.
Saya sungguh mengharapkan kesatuan sekerja akan dapat ditubuhkan untuk
pekerja pekerja electronic,Kerana kini PRM atau Parti Rakyat Malaysia kini
juga satu komponen Barisan Alternatif.
(Nama dirahsiakan.)