Assalamualaikum!!!..

Saya salah seorang pelajar dari UIA yang datang ke UM untuk debat antara Alternatif, UMNO dan pelajar. Malangnya, seperti yang dijangka, balaci-balaci pu**mak itu 'ghaib'. Namun begitu, kehampaan kami diganti dengan kehadiran mahasiswa-mahasiswa (saya rasa budak UM yang bengang dengan UMNO) yang mengadakan demonstrasi.

Setelah kami mendengar ucapan Mahfuz yang cukup power, kami keluar masjid untuk pulang. Sekonyong-konyongnya, kedengaran laungan yang cukup keramat setelah 2 bulan menghilang!! REFORMASI dan takbir (banyak kali)!! Apalagi, kitaorang pun keluarlah. Dan apabila kami mendekati perhimpunan pelajar terbabit, kami ternampak kain rentang bertulis, 'GERAKAN MAHASISWA LANTANG NEGARA'. Saya rasa mereka ini adalah pelajar-pelajar dari UM. Memang gempak! Bayangkanlah...orang bengang sebab datang bodoh-bodoh kena tipu, mahasiswa ini pulak buat 'show'. Tapi apa yang menarik sekali, kumpulan itu juga turut disertai oleh puluhan siswi-siswi yang bersemangat dan cun plak tuu.

Tahniah Gerakan Mahasiswa Lantang Negara, kalian semua telah membuktikan bahawa 'action speaks louder than words'. Bukan hanya berani menghentam di hentam di internet tetapi juga bersuara demi rakyat. Tahniah dan terima kasih juga kepada pihak polis yang bertindak profesional kerana tidak mengganggu demonstrasi aman ini.

Akhir kata, sekalung tahniah lagi kepada semua mahasiswa dan orang ramai yang telibat kerana berani untuk menyuarakan hak kita.

MAHASISWA DAN RAKYAT MEMBENTUK KERAJAAN BARU.

AZRIE@jaga