SIFAT MUNAFIK

Sang pm berkata lagi di bandar jengka, pahang. katanya pihak pembangkang menuduh undang-undang negara bersifat pilih kasih kerana tindakan terhadap kroni anwar. seolah-olah pm maksum dan pemerintahannya bersih. Dahulu dia berlakon menangis, di pahang dia buat-buat hairan kerana tuduhan tidak adil terhadap dua peniaga sokongan anwar. tetapi lebih pelik dua peniaga itu segera diambil tindakan undang-undang, sebaliknya penyelewengan perwaja oleh eric chia langsung tiada tindakan undang-undang. lagi pelik abul hasan terlibat dengan rasuah terus dilantik menjadi gabenor bank negara. inilah yang jadi hairan bin pelik.

Kata mahathir lagi, anwar kawan baiknya, tetapi dia buat salah terpaksa kena tindakan undang-undang. anehnya kawan baiknya yang lain terlibat dengan kes rogol terlepas begitu sahaja. mangsa rogol dan pembela keadilan terima hukuman. adilkah sistem kehakiman di bawah jabatan perdana menteri.

Rakan sejawat mahathir terlibat pemberian saham kepada anak menantunya. jelas cara pemberian saham itu menyalahi kuasa dan undang-undang negara. bukti terpapar, kes telah disiap untuk didakwa, tetapi terhenti tiada dakawan langsung. adilkan sistem undang-undang di bawah jabatan perdana menteri.

dari azaqry