KELESUAN MAHASISWA
Assalamualaikum...
Selepas era 1974 suara suara pelajar kian lesu dalam menyatakan pendirian mereka terhadap isu isu yang bermain dalam masyarakat hatta kepada kepentingan dan hak mahasiswa yang kian terhakis akibat kedurjanaan sistem pentadbiran yang menganggap pendidikan bukan lagi sebagai tangungjawab sosial mereka tetapi telah bertukar kepada sumber keuntungan.
MPP hanyalah menjadi kuda tunggangan perintah untuk menyebarkan propaganda dan mitos supaya pelajar menjadi rela dan redha dengan apa yang berlaku dipersekitaran mereka, dengan erti kata lain MPP tidak lagi menjadi wadah kepada pelajar menyuarakan prinsip serta idelisme perjuangan yang membela mahasiswa dan masyarakat.
AUKU memang menjadi ugutan kepada pelajar dan ibu bapa mereka agar misi mereka untuk terus tidak tergugat,dan bajingan bajingan itu telah pun berjaya merantai kedudukan mereka dengan kukuh dan teguh dengan adanya akta hantu tersebut.Penulis pun tidak mengerti mengapa AUKU ini masih dikekelkan sedangkan realiti pimpinan negara malaysia bumi tercinta ku ini dikalangan mereka yang tidak terjerat dengan akta gila ini.Oleh itu fikirlah wahai hantu hantu gila kuasa relevan kah AUKU ini..,,,,
Selain itu semangat kepartian yang menebal juga menjadi faktor menyebabkan keleusan dan kekakuan mahasiswa berpendirian.
Parti parti ini mewujudkan klik dalam gerakan pelajar,mengakibatkan perpecahan berlaku dalam gerakan pelajar.
kesimpulanya saya menyeru kepada pelajar teruskan perjuangan meminda AUKU dan tinggalkan lah baju politik anda dipagar universiti
anda.
Kelak nanti perjuangan kita bukan lagi menjurus kepada pelajar sahaja kerana sedarlah rakyat menunggu suara kita LANTANG KEMBALI.
HIDUP PELAJAR
MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
MAHASISWA UNTUK MASYARAKAT
Amiruddin Amir