SISWA LANTANG PERLU MUHASABAH DIRI SENDIRI DAHULU
Assalamualaikum...
Saya ucapkan tahniah kerana berjaya menghasilkan web site "Siswa Lantang". Namun demikian, saya ingin mengingatkan
anda semua supaya sentiasa bertenang dan beristigfar dalam apa jua keadaan.
Darah yang muda perlu ditenteramkan dengan
banyak sembahyang. Pengalaman saya di universiti dulu (1980 - 1984), banyak siswa / siswi yang menjadi pemimpin mahasiswa
terlalu berkobar-kobar dengan semangat untuk memperjuangkan keadilan, agama dan sebagainya. Tetapi apabila tamat
universiti - keluar bekerja dengan kerajaan atau swasta, berkerusi empuk, bergaji lumayan, ada sekritari cantik, beristeri cantik,
anak ramai, rumah besar, banyak harta dan sebagainya, dia terus jadi alpa.
Oleh itu, siswa perlulah tekal menghadapi segala
cabaran. Supaya perjuangan anda tidak mati dipintu keluar universiti.
dari saudaramu,
Hasni bin Dolmat,
Qrts, Sek.Men.Teknik Juasseh,
72500 Juasseh, Negeri Sembilan.