@/\/\/\/  BULETIN GGNB UNTUK BULAN OKTOBER & NOVEMBER 1999  \/\/\/\@


 
PERJUMPAAN DENGAN AS DI SUNWAY PYRAMID 
  Pada 3hb Oktober 1999 yang lalu, seorang sahabat kita dari Johor telah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan kekawan di sini. Perjumpaan telah diadakan di McDonald dalam Sunway Pyramid. Mereka yang menghadirkan diri ialah Virago, Aida, Dinan, Eiman, Lara, Pak Aji, Ines dan tak ketinggalan cik Dayana Ketam kita tu.  
Sebenarnya bukan ape-ape sangat lah… Cuma si As tu nak jumpa ngan kekawan kat KL ni… Lagi pun dia kerinduan tu hehehehe jadi dia pun datang la KL dan jumpa lah ngan kekawan ni.. Perjumpaan ni tak ade ape-ape sangat, cuma berborak-borak makan-makan sambil tengok gambar gathering semasa kat Shah Alam dan trip ke Langkawi tu jer.. Tak lama kendian, Ines mohon undurkan diri sebab nak balik dah. Hehehe kita orang pun melepaskan Ines pulang dengan selamatnya. Lepas tu As lak nak balik. Emmm apa boleh buat kan… Tak kan nak halang orang nak balik lak kan. 
Jadi yang tinggal hanya Aida, Virago, Eiman, Romero, Lara, Dinan dan Dayana. Kita orang plan pergi nonton wayang. Dinan tak mau ikut dia nak balik. Jadi hanya Aida, Virago, Romero, Eiman, Lara dan Dayana jer yang gi nonton. Ni tak tak ader sesiapa belanja sesiapa ha… bayar sendiri haa……. Kalau ade yang tak bayar tu lain kali ingat ha hehehehehe.
Kita orang nengok citer Noting Hill ala Julia Robert berlakon la… Tak kan tak kenal ngan girlfriend aku tu hehehehe… Pas tu kita oran pun balik la 
. .
.
Best viewed with Netscape 4.0+ or Explorer 4.01+
Size 800 x 600 (16 Bit) www.oocities.org/ggnb_my
Copyright 1997©2000, GGNB
 
. .
MAKAN-MAKAN KAT BANGSAR
..
Pada 6hb Oktober lak kita rang ader la gi makan makan kat Bangsar. Mereka yang melibatkan diri tu seperti Aida, Virago, Romero, Teratai, Jeng, Le Roy, Kawan Le Roy, Dinan, Affeera dan Petrol. Kita orang saja je pergi makan-makan dan berbincang mengenai nak buat majlis makan-makan kat rumah Dinan tu. Seperti biasa kita orang hanya berborak mengenai aktiviti GGNB ni jer. Lepas tu ku 11 malam kita orang pun bersurai la heheheheh…Haaa malam tu kan ader le member tu nampak tak ceria jerk… eheehe susah hati kot… tak kan susah hati.. dia ni tak pernah susah hati…selalunya happy jerk hehehhehe atau comboro hehehehehehehehe
Ape ape pun kita orang semua happy malam tu kecuali member tu la…
. .
JAMUAN MAKAN KAT RUMAH DINAN
.
Asyik Aida jer yang buat jamuan makan kat rumah dia ni, sekarang tibalah giliran si Dinan pula untuk meraikan kekawan kat rumah dia. Jamuan makan ini telah dilangsungkan pada 10hb Oktober. Mereka yang hadir ialah Weewit bersama keluarga, Cik Mah, Eiman, Affeera, Virago, Poji, Cik Dayana Ketam, Ocai, Zul, Pak Aji dan Mak Aji.
Jamuan tu bermula jam dua petang. Yang sampai awal tu ialah Cikmah, Weewit dan keluarga, Affeera, Virago, Aida, Eiman, Zul dan poji. Pak Aji ngan Mak Aji lambat tiba sebab ade hal… Bukan apa, Pak Aji banyak urusan hari tu, Kena jemput Mak Aji, lepas tu kena lak jemput Dayana lak.. Perghhh penat tu Pak Aji…. Jadi lambatlah sampainya tu.. Yang Dayana tu pun ikut la sesiapa dulu yang pergi awal, sian kat Pak Aji tu. Penat dia turun naik ke rumah Mak Aji kat negeri Sembilan pas tu terus lak ke Serdang. Penat tu weii… sian Pak Aji tu yer kekawan. 
Masakan memang istimewa.. lauk ketam khas buat Dayana yang suka mencubit tu. Makan tu tak lah lama sangat. Cuma berborak je yang lamanya. Haaa si Ocai ni lak lambat benor lak sampainya…. Ntah kemana lak dia menghala.. orang dah nak balik baru la dia sampai… mmmm entahler… cuba la menepati masa sikit… heheehehe 
Lepas majlis tu mereka bercadang pergi main bowling. Pak Aji tak dapat ikut sebab nak balik awal. Penat katanya. Balik awal dapat rehat awal.
.
MERAIKAN KEDATANGAN ZURA
.
Bersempena kedatangan seorang teman cik Zura pada 14hb Oktober, satu jamuan makan telah di adakan di Port Klang tempat ikan bakar tu lah. Yang hadir ialah Virago, Aida, Romero, Teratai, Hana, Dinan, Zul, Speed, Kawan Speed, Kawan Hana, Awan, Bad Ampang, Dina dan Affeera serta anak sedaranya.
Yang paling awal sampai kat Port Klang tu kan Romero, Teratai dan Hana. Cepat betul dia orang ni sampai. Jauh tu mereka tu datang tu. Mereka sampai dan terus lepak kat tepi batu tu. Tak lama kendian baru la Virago tiba dengan membawa Aida bersama Zura sekali. Mmmmm kena tunggu lagi kawan yang lain tu. 
Dalam masa mereka berborak borak tu kan Dinan lak sampai dengan Affeera bersama Zul. Dan mereka pun terus la pergi pilih lauk. Sedang mereka menanti lauk masak Speed ngan kawan dia tiba. Maka mereka pun berkenalan la…. 
Dah lama menunggu lauk pun siap. Dengan tidak membuang masa lagi mereka berebut-rebut mengambil laksana orang pelarian lak. Sedap tul mereka makan. Hingga lauk tak cukup beb… Tak lama kendian Bad Ampang ngan Dina sampai. Dia bawa roti arab beb… pergh lagi satu makanan sudah mari…. Yang paling suka tu si Romero la hehehehehehe… 
Dengan ketibaan Bad Ampag tadi maka lauk kena la order lagi. Bagi mengcover perut Bad Ampang dan Dina. Tak semena-mena Awan lak tampil ke hadapan meja nak join makan ehehehehe….
. .
ZURA DATANG SEKALI LAGI
.
Zura telah datang lagi ke KL Kali ni tiada ape ape sambutan di buat. Cuma pada 8hb November tu kita orang hantar Zura balik semula ke Kuantan.Yang hadir ialah Aida, Dinan, Srin, Zul, Weewit, Romero, Teratai.
Mereka berkumpul dahulu kat KFC di CM tu. Makan dulu la beb. Lapar nih. Sambil makan mereka berceloteh lagi. Zura balik nak bas kul 3.30 kalau tak silap perkiraan aku la. Dari KFC tu kita orang hantar Zura ke Pudu Raya untuk naik bas dengan berjalan kaki sahaja. Sebelum berpisah tu kita orang bersalaman la antara satu sama lain. Bila Zura dah naik bas kita orang pun balik la ke rumah masing-masing hehehehe.
. .
LEPAK KAT UiTM KAT OFFICE JENG
.
Pada 14hb November 1999, kita orang gi UiTM lepak kat tempat JENG lepas tu gi main bowling lak hehehe… Virago, Aida, Dinan, Cik Mah, Affeera, Srin, Teratai dan Romero. Sebenarnya perkara ini tak dirancang pun. Kira bidan terjun la punya perancangan ni. Lagi pun masa tu UiTM sedang mengadakan Konvokesyen. Kira kita orang ni pergi konvo la ni. Sebelum tu kita orang makan dulu kat Seksyen 11. Makan nasi ayam beb.
Lepas makan kita orang pergi la ke office Jeng kat UiTM tu. Lepak sambil berborak borak. Ade yang amek kesempatan main chat masa tu hehehehehe….. Ade yang main dart lagi tu. Kak Lien pun datang gak ke office Jeng. 
Penat lepak kita orang bersurai dan balik untuk pergi bermain bowling kat Sri Petaling. Kira semua tu ikut sekali lah tu. Semuoa orang join main bowling kecuali si Srin tu. Malu agak nya tu hehehehe…. Buat kali pertamanya CikMah buat kejutan. Bermain bowling hehehe… Agaknya tu kan naik syok asyik nengok orang main bowling jer hehehehehe…. Ape ape pun juara bertahan tetap juara masa tu hehehehehe….. 
. .
KENDURI KHAWIN LE ROY
.
Pada 27hb November 1999 yang lalu, kita orang ni pergi menghadiri kenduri khawin sahabat kita orang ni. Tu haaaa si Le Roy tu yang khawin la. Ramai gak yang ikut kami. Antaranya Virago, Aida, Teh Bunga, Romero, Teratai, ET, Ines, Affeera, Tiram, As, Zul, Dinan, Poji, Srin, Knieza, Tige, Lane, Dayana, Petrol, Cik Mah, Lara, Dyana, Jeng, Jeti dan Ketu4. Wuishhhh ramai nyer tu hehehe… bertuah la ko Le Roy ramai kekawan ko datang kenduri ko nih hehehehehe… aku sok kalau kenduri aku jemput gak semua orang. Korang kalau tak datang siap korang ….. aku piat tinger korang sorang sorang hehehehehe….
Aturcara pertama berjumpa dan berkumpul kat Pantai Dalam iaitu kat rumah Aida. Lepas tu kita orang pergi sarapan beramai-ramai. Syok gak yer… dah lama tak sarapan reramai cam nih. Ok lepas sarapan kita orang sepatutnya terus gerak menghala ke utara, tapi terpaksa menunggu satu kereta lagi. Tunggu punyalah tunggu akhirnya sampai gak ianya. Tapi menduka citakan kerana dia tak dapat turut serta dalam rombongan kita orang ni. Adussssss…. Ader member tepuk dahi tu hehehehehe…. 
Dah kira lewat la ni. Lari dari jadual waktu yang telah ditetapkan… ape ape pun kita orang masih cool lagi. Perjalanan menuju ke lebuhraya tu ok. Semua slow and steady jerk. Lepas tol jer semua hilang…. Aiksssss cian lagi kat Romero tu… tinggal kat belakang. Tapi nasib baik dia ni terror sikit dan agak mahir juga jalan kat lebuhraya tu sebab dah berapa kali dia berulang alik ke Ipoh sebelum ni. Dengan gaya pelumba Formula 1 Romero memecut dengan tenangnya. Mengejar mereka-mereka yang telah meninggalkannya. Satu demi satu dipotongnya. Akhirnya beliua berjaya merapatkan kedudukan dengan kereta kereta dihadapan. Hinggalah ke hentian rehat Tapah. 
Bila berhenti rehat ni tau je lah kan. Mesti makan nyer. Best woooooo tak yah beli aper aper sebab bawa bekalan hehehehe… Roti Arab, roti jala dan keropok. Roti arab tersebut adalah sumbangan dari Bad Ampang dan yang lain tu sedari Aida yang buat. Kat sini lah kita berjumpa semula. Sebab Dinan tu pergi awal. Tak tau aper yang dikejarnya. 
.
. 
Lepas mengisi perut dan tank kereta kita orang pun gerak semula. Pembawa plan rumah Le Roy meluncur laju di atas lebuh raya tanpa menghirau orang dibelakangnya. Ader le kekawan yang tertinggal. Iaitu si As… Mujurlah ader Romero. Kalau tak tak tau aper nak jadi. Dah ler tak tahu jalan nak ke rumah Le Roy. Itu lah seperti yang di beritahu di awal awal tadi, berpandukan kemahiran yang ader pada Romero sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh As. 
Walaubagaimana pun Romero terpaksa berhenti sebentar untuk menjemput no.1 nya iaitu Ines. Hehehehehe… selepas itu mereka meneruskan perjalanan. Si As terpaksa mengikut belakang kereta Romero kerana dia tak berapa tahu sangat keadaan jalan di situ. Setelah tertinggal begitu jauh mereka berjumpa semula di tol Ipoh Utara kalau tak silap. Dan mereka pun meneruskan perjalanan mereka. Sekali lagi sedara pembawa plan tu terus memecut kehadapan seperti mahu memenangi kejuaraan lumba kereta lagaknya dan meninggalkan kekawan di belakangnya. Hanya kereta yang di pandu oleh Tige dan Virago sahaja yang mampu mengikut. Kereta yang dipandu oleh Romero bukan tak mampu tapi terpaksa membantu kereta yang di pand u oleh As. Setelah sekian lamanya memandu mereka tertinggal jauh dari kelompok yang pertama yang diketuai oleh pembawa plan. Hinggakan kelompok yang diketuai oleh Romero tak jumpa ngan kelompok yang diketuai oleh pembawa plan 
Kira dah terpisahlah ni yer. Namun Romero tidak mengelabah. Dia tetap berusaha untuk mencari jalan hingga sampai ke rumah Le Roy dengan selamatnya. Itu pun lebih awal dari kelompok yang diketuai oleh pembawa plan tadi. Kiranya Romero ni bagus sikit lah dari pembawa plan tu. Kerana dia mampu sampai awal dari pembawa plan walau pun tiada plan di tangannya. Bravooooo Romero. 
Kalau dah sampai tu kita orang makan ler. Masa kami sampai tu Petrol, Lara, Cik Mah, Dyana, Jeng, Jeti dan Ketu4 dah sampai dah. Pergh advancenyer dia orang ni. Maklum ler orang belah sana semuanya tu hehehehe.. Jeng dari penang bersama Jeti dan Ketu4 tu. Yang Petrol lak awal awal lagi dah gerak. Ntah aper yang dikejarkan nya tak tau ler. Agaknya nak jemput si Dyana tu kut hehehe 
Lepas makan kita orang berborak-borak dulu. Lepas tu dalam kul 5.00 petang kita orang pun balik la. Jadi lepas dari rumah Le Roy ni la ader yang tak balik kerana membuat trip ke Pangkor dan Cameron Highland. Ader yang sepatunya balik tapi tak balik dengan sehelai sepinggang saja. Tak baik buat cam tu. Lain kali jangan buat lagi haaaaa…. Kawan kawan yang takut jadinya. Lebih lebih lagi yang menjemput tu. Sian dia tu. Risau beb. Takut orang tua kawan tu marahkan dia sebab ngajar anak dia buat cam tu. Tu yang takut tu.
. .
.
Best viewed with Netscape 4.0+ or Explorer 4.01+
Size 800 x 600 (16 Bit) www.oocities.org/ggnb_my
Copyright 1997©2000, GGNB
 
. .
TRIP KE PULAU PANGKOR
.
Pada 27hb 11 1999 yang lalu beberapa orang ahli GGNB telah pun membuat satu trip ke Pulau Pangkor. Lama sungguh mereka merancang nak ke sana baru sekarang ni lah berpeluang untuk ke sana heheehehe…. Mereka yang terlibat dalam projek ni ialah As, Petrol, Tiram, ET, Teh dan Dayana Gadang heheeheheh…… Dua buah biji kereta terpaksa digunakan untuk menjayakan trip ini.
Sebenarnya trip ini adalah rentetan dari menghadiri majlis perkhawinan si Le Roy tu kat Kemunting nun ha…. Mereka bertolak tolak dari rumah Le Roy jam 5.30 petang. Alamat tak sampai le mereka ni kalau dah bertolak tolak ni yerk hehehehehe…. Itu pun majlis perkhawinan tu dah habis kalau tak, tak bergerak lagi la mereka ni semua tu hehehehehe…. 
Dari rumah Le Roy tu mereka menuju pula ke Selama. Aikssss bukan terus ke Pangkor ker…. Ooooooo mereka ke Selama tu nak mengantor si Dyana tu la. Awek cun tu hehehehehehe…. Orang Kelantan tu hehehehehe… Tapi cam ner lak leh lepak kat Perak lak ni kan hehehehehe… Kan aku dah kata mereka lambat sampai sebab bertolak tolak. Dari rumah Le Roy ke Selama tu memakan masa 2 ½ jam la. Ini yang pelik ni. Heheheehehehe. Elok la tu kan. Kalau korang sampai awal kat Lumut pun bukan boleh buat aper. Feri mana ader kan hehehehehe… Sampai je kat rumah Dyana tu mereka semua tu berehat sakan ler. Oh ye lupa lak nak bagitau.. yang pergi rumah Dyana ni ramai sebenarnya. Mereka ialah Petrol, As, ET, Tiram, Teh, Dayana, Tige, CikMah, Lara dan Lane. Si Jeng, Jeti ngan Ketu4 tu tak tahu la. Ikut ke tidak tu. 
Aktiviti mereka kat rumah Dyana tu ialah lepak sakan dan makan malam. Ader gak yang mandi manda. Dengar citer Tiram tak nak mandi. Sebab dia nak air Pangkor yang membasuh tubuhnya itu. Hehehehehe ader ler sorang tu lepas mandi tu pakai semula baju yang sama juga hehehe TETAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII, heh he he pakaian yang kecik tu tetap dipakai semula, cuma diubahkan dari side A ke side B… serupa la tu kan heheheheh….. satu sebabnya ialah, si Dayana Gadang ni pada asalnya memang tak tersenarai dalam list untuk ke Pangkor nih. Tetapi secara tiba tiba lak dia ubah fikiran nak ikut. Dah ler datang sehelai sepinggang, ntah aper la mimpi budak ni sorang. Ntah betul ke tidak dia dapat kebenaran yang sah lagi mutlak dari bapa dia tu. Yang penting kebenaran dari bapa tu, kalau mak tu tak cukup lagi tu. Dah la tu siap nak pinjam kain baju owang punya lagik. Muko tak tau malu !!!!…. kalau saiz baju tu padan tak apa la jugak, semuanya tak sama saiz, termasuk la yang kecik-kecik tuuuuu… muahahahahah hahahah hahahaha ahahaha padan muko… tu laa sapa suruh ikuttt……. 
.
. 
Masing-masing dok lepak kat rumah Dyana tu dah buat macam rumah orang, cuma si Petrol tu ajer yang buat macam rumah sendiri heheheh biasa lah Petrol tu sapa yang tak kenal kan. Heheheheheheh… amacam Petrol… tak teringin ker nak jadi sebahagian ahli keluarga Dyana hehehehehe… ahakssss macam dah biasa je kat rumah tu atau saja-saja buat dah biasa sebab nak tunjuk kat member hehehehehehe…… 
(*jeling kat Dyana…. Kalau betul ape salahnya kan) hehehehehehehe… jangan marah ha Dyana…. Kami doakan je ni hehehehehe… Mereka makan Mee Rebus pada malam tu… best gamaknya sebab ader yang jilat sudu tu hehehehehe…. Selepas makan malam, mereka meneruskan perjalanan ke Lumut pada jam 9.30 malam.. iaitu tempat asal yang nak di tuju. Perjalanan still mengambil masa yang lama sebab mereka masik lagi bertolak-tolak dan satu lagi sebab bertambahnya seorang lagi nan gadang tu hehehehehe….. Lebih kurang jam 12.00 tgh malam baru la mereka semua sampai kat Lumut. Kepenatan nampaknya mereka tu semua. Ade yang lepak la… tapi nak kata ape kan. Yang lepak tu cuma As dan Petrol yang lain tu tak ler sebab asyik membuta je sepanjang jalan hehehehehe…. As ngan Petrol ni lak dah jadi pilot sepanjang perjalanan kan tentu la kepenatan yang amat sangat kan. Ape boleh buat… yang lain tu tak leh nak memandukan hehehehehe…. 
Oleh kerana tiada perkhidmatan feri disediakan pada waktu malam, mereka semua pun lepak lah kat Jeti tu dulu. Jadi lah mereka semua tu penunggu seti Jeti. Nasib la si Jeti tu tak ade.. kalau tak, tak tahu la aper nak jadi… dah jumpa sedara hehehehehehe… Sampai pagi woooo mereka ni jadi penunggu jeti hehehehehe.. cian beb… merempat hidup korang kat Lumut ish ish ish sedih sungguh…. Tidur la mereka dalam kereta. Satu kereta dikhaskan buat wanita dan satu lagi untuk lelaki lak. Tapi si Tiram ni lain lak, tidur kat bangku bawah pokok kat situ… adussss sungguh bergaya la ko Tiram… Sepanjang peraduan mereka tu, mereka terpaksa menjadi askar wataniah tak bertaliah kerana berperang dengan nyamuk yang begitu ramai datang menyerang mereka bertubi-tubi. Ini adalah kerana orang jauh la ni dan yang nyatanya si Tiram tu terus menerus mengekalkan kebusukan badannya sampailah ke pagi… tu laaaa kan orang dah suruh mandi masa kat rumah Dyana tu ko tak nak. Patut la nyamuk ramai datang h eheheheh nak mandi lepas check-in hotel KUNUUUUNNNN. Dapat ko hotel Proton… ekekekekeker pada muko tak pasal-pasal dia orang semua terbabit berperang ngan nyamuk nan brutal gak tu hehehehe…. 
Apabila terbitnya fajar di keesokkan harinya mereka pun berangkat ke Pulau Pangkor dengan menaiki feri pada pukul 7.30 pagi untuk menetap di sana selam 3 hari 2 malam. Setibanya mereka di Pulau Pangkor mereka terus check in di Lyana Rahman Teh Chalet.. (perghhhh ini anak Teh ke ni …Teh sila beri kenyataan segera) fuyoooo nasib baik Lyana.. kalau Dyana dah tentu Petrol buat macam chalet dia sendiri hehehehe…. Dah check in tu mereka lepak je ler dan mandi manda di pantai untuk menyegarkan badan. Sambil tu main-main pasir sungguh gembira mereka ketika itu terutama is Dayana Gadang tu, laksana budak-budak kecik… badan ajer besar hehehehehe…. Moskel gak ni… Dayana Gadang tu camner ha… tak kan mandi pakai baju yang sama gak kot hehehee…. Tak kan pinjam baju ET kot hehehehe kalau dia pinjam… hehehehe alamatnya ET kena buang je lah baju tu hehehehehe… Perghhh sampai tengahari dia orang ni mandi manda, macam tak pernah jumpa air lak. Bila dah tengahari tu tahu lak lapar yerk, mereka pun balik la ke chalet masing-masing. Ingatkan nak pergi makan rupa-rupanya terus tidur.. Laaaaa aparaaaaaa……….. Ye la kan…. Dah la kena tidur dalam kereta, tak selesa lagi tu… dan kena serang dek nyamuk hehehehehehehe 
.
. 
Pada keesokkan harinya mereka bercadang nak mengelilingi Pulau Pangkor. Pergh dia orang ingat dia orang ni Datuk Azhar ke.. nak kelilingi Pulau konon.. Datuk Azhar tu kelilingi dunia lagi hehehehe haaa…. Hari mengundi lagi tu masa tu… nampak gayanya mereka ni mengundi kat Pangkor je lah…. Orang sibuk mengundi dia orang ni sibuk bersantai heheheheh.. Nak ngundi cam ner lak kan.. mereka di di kategorikan sebagai orang tak pernah cukup umur hehehehe…Si Teh tuu, badan je besar, tapi still hisap putting lagi tu… mana boleh bawa punting pergi ngundi weiiiii, ha si Tiram tu baru je masuk 12 ¼ tahun, masih budak teruna lagi tu yeyeyeyeye, Yang si As tu sebenarnya dha layak mengundi tapi tak mo pergi mengundi sebab tak tersenarai jadi calon heheheheh, ET lak mana boleh nghundi kat sini, dia kena ngundi kat planet zargus hehehehehe…. ET ni lari dari tahanan kat sana sebab dia terlebih brutels hehehehe tu yang terjumpa ngan dia orang ni terus ikut pergi Pangkor hehehehe… Haaa Petrol tu lak dah layak sesangat ler nak ngundi hehehehehe… dah daftar dan boleh ngundi hari tu tapi disebabkan rasa tanggungjawap terhadap diri tak ader maka dia tak gi le ngundi hehehehehe….. aiksss tak kan marah kot… leksss la brother hehehe gurau sikit jer tak kan tak leh kot hehehehe 
Selepas mengelilingi Pulau Pangkor dan beberapa pulau yang lain dengan lagak Datuk Azhar tu mereka pun berhenti kat sebuat pulau kecil untuk berkelah dan bersnokling hehehehe.. Oleh kerana terlalu seronok mereka meminta bot yang membawa mereka datang mengambil mereka semula 5 jam kemudian.. lama tu weiii kalau telur rebus dah jadi telur masin weiii… korang ni tak tahu la aku hehehehe….. Dalam seronok-seronok tu duka tetap ader… malang tak berbau kan.. sian si AS tu boleh terpijak lak landak laut… terhincut-hincut dia di dalam air, yang lain tu lak pakat ketawa la…. Apa la korang ni… kawan sakit korang ketawakan.. Naik hitam muka As menahan kesakitan di kakinya… nasib baik la ET ader … aiksss ET ader aper-aper ke tu… hehehehehe…. As ni sakit betul buat-buat sakit macam Pak Aji nak ngorat Mak Aji dulu hehehe ape ape pun asal korang bahagia dah ler hehehehe…. 
Dah penat tenggelam timbul dalam air tu mereka pun balik la ke tempat penginapan mereka. Rehat le mereka kat sana. Di sebelah malam tu mereka tak ke mana pun. Cuma pergi makan dan jejalan kat tepi pantai jerk…. Uihhhhh bercouple-couple lagik tu hehehehehe AS ngan ET, Petrol ngan Teh dan Tiram terpaksa couple ngan Dayana heheheheh…. Mereka cuma sembang-sembang jer hehehehe 
Esok nya mereka semua bersiap sedia untuk pulang semula ke tanah besar setelah sekian lama menjadi penghuni tanah kecil. Dia orang check out jam 11.00 pagi dan singgah sebentar di Pekan untuk buah tangan. Jam 1.30 tengahari mereka tinggal kan Pulau Pangkor dan menuju ke Tanah Besar. 
Ape-ape pun yang menjadi kemoskelan ni si Dayana tu bila masa lak dia beli baju kecik dan suar kecik tu tak ader tersenarai pun dalam citer ni hehehehehe
.
Best viewed with Netscape 4.0+ or Explorer 4.01+
Size 800 x 600 (16 Bit) www.oocities.org/ggnb_my
Copyright 1997©2000, GGNB
 

 
@/\/\/\/  BULETIN GGNB UNTUK BULAN OKTOBER & NOVEMBER 1999  \/\/\/\@
.