Apa itu Bowling?

Mengikut teori, bowling adalah sejenis permainan mental. Konsep permainan ini agak mudah iaitu dengan menggunakan sebiji bola yang kemudiannya dilontarkan di atas satu landasan (lebar 42 inci / panjang 62 kaki lebih) yang mempunyai lokang dikiri dan kanannya, dan seterusnya bola yang bergerak itu ditujukan ke sekumpulan 10 batang pin yang berdiri megah di hujung landasan itu.

Cara melontar bola dan kelajuan pergerakan bagi bola itulah akhirnya akan menentukan berapa banyak jumlah pin yang jatuh. Lebih banyak pin yang jatuh, lebih tinggilah matanya. Dan dengan konsep permainan mental ini, pemain bowling bukan sahaja harus bermain dengan keadaan fizikal yang membolehkan dia melaksanakan tugasnya iaitu menjatuhkan 10 batang pin tersebut sekali gus, tetapi penumpuan minda yang tinggi dalam permainan ini juga diperlukan. Ini adalah penting bagi semua permainan mental sekiranya anda mahukan kejayaan didalamnya.

Bukan selalu kita bernasib baik, dan sekiranya kita kurang bernasib baik pada suatu masa itu, dengan bantuan minda, kita harus cepat bertindak, mengubah keadaan dan cepat mengatasi masalah yang kita hadapi itu. Konsep ini bukan sahaja bagus dilaksanakan semasa bermain bowling, tetapi juga dalam kehidupan seharian.

>>LATIHAN >>PERTANDINGAN


Sila hantar komen anda kepada gojira@pd.jaring.my!!