Best Pantun (Poem) 1998
Bi Looker

'Ming Tin Wui Kang Hoe'
(Cantonese translation of 'a better tomorrow')

Tahun ini banyak susah
Saham dan ringgit, dua-dua jatuh harga
Pergi "shopping" pun tengok-tengok sahaja
Boss cakap bonus belum tentu lagi ada
"Salary Increase?" Awak bolih lupa!

Rumah besar susah mahu bayar
Takut nanti kereta pun kena tarik juga
Lagi cakap, lagi pening kepala
Tahun ini baik lupakan sahaja
Tapi, tahun depan lain kira
Lepas raya, kuat lagi kita bekerja
Jangan panik, jangan "surrender"
Sebab esok masih lagi ada!

****

 

'Kam Tin Yau Chow Kam Tin Chui'
(Cantonese translation of 'have wine today, get drunk today')

Bonus sudah ada
esok lain kira
habiskan apa yang ada
lain hari garu kepala

Kerja mesti kuat
makan mesti kuat juga
tapi kalau kerja tak ada buat
belakang hari ... belakang juga...

****

 

'Wan Sick Kan Lan'
(Cantonese translation of 'cari makan banyak susah')

Tahun baru sudah mau tiba,
sini ada "sale", sana ada "offer".
Isteri kata peluang sudah tiba,
bonus pun sudah ada.

Baju, kasut, beg baru semua yang kena.
Walaupun bonus sudah ada,
bila tahun baru hari raya tiba,
bonus ada macam tak ada.
Macam mana, macam mana.

Anak juga tidak lupa.
Bapak, bapak, saya mau "Power Ranger",
tengok harga, ayah yang "surrender".

Lain tahun gaji juga kena,
potong dua puluh peratus, bos kata.
Lagi pun perut bini sudah ada,
Bonus mana lagi ada?

 

What I do today is important because I am paying a day of my life for it.

What I accomplish must be worthwhile because the price is high.

Back to Message

Colour Bar

This page hosted by Geocities Logo Get your own Free Home Page