Malam Merdeka


Sempena Hari Kebangsaan...kami semua telah digalakkan supaya berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu yang sempurna dengan bakunya dan seterusnye...sorry...seterusnya. Wateverla...

Pada malam tanggal 30 Ogos 2000, kami semua....dan semua budak sekolah juga telah bercadang untuk menyambut Hari Kebangsaan alaf baru di Dataran Shah Alam. Oleh kerana Nurul Huda telah menjemput tiga orang beruk...maaf...manusia dari SMTeknik,Cheras untuk meniduri rumahnya, maka dia telah memaksa Masami supaya menemaninya ke Dataran. Di samping itu, Melisa, Elaynie, Kalsum dan Joseph terpaksa berkorban sedikit masa di rumah Elayni kerana terpaksa menghadapi beban tuisyen walaupun hati masing-masing semua berada di Dataran. Kumpulan Huda yang terdiri daripada Masami, Huda dan tiga beruk sedemikian bercadang untuk bertolak dari Seksyen 8 pada jam 8 malam. Kumpulan Melisa yang,sedihnya, hanya terdiri daripada Kalsum dan Elaynie hanya boleh bertolak selepas jam 10 malam, itupun selepas memaksa cikgu tuisyen supaya mengurangkan setengah jam masa pembelajaran.

Dengan hati yang gembira, kumpulan Melisa menumpang kereta Proton Saga [kereta kebanggaan Malaysia!] cikgu tuisyen mereka dan beralih ke Dataran sambil mendengar lagu Cina di stesen radio. Mereka telah dicampak di tepi *tak-tau-maner-akibat-kegelapan-waktu-malam* dan berjalan kaki ke perpustakaan dan seterusnya ke Dataran dalam masa 5 minit sahaja. Mungkin lebih dari itu. Kalsum terlalu gembira kerana berjaya berjalan di belakang budak-budak kesayangannya iaitu Apai, Muizz dan Azeem dan telah menlambungkan bil telefon bimbit Elaynie kerana sibuk melaporkan kepada Effina tentang cara Apai berjalan di hadapannya. Disangkakan kumpulan Huda sudahpun berada di Dataran, jadi kumpulan Melisa terpaksa mencari mereka dengan sabar. Tetapi selepas 25 minit pencarian, mereka mula berputus asa. Apabila Elaynie menelefon kediaman Huda, didapati mereka masih berada di rumah! Alamatnya, Huda telah mendengar pembebelan mereka. Huda berjanji akan keluar rumah pada masa itu juga tetapi...malangnya...setengah jam kemudian, kumpulan Huda masih tiada.

Elaynie telah ditinggalkan bersama budak-budak Pengakap di tempat yang telah dijanjikan untuk bertemu kumpulan Huda disamping Melisa dan Kalsum pergi mencari benda *florescent-yg-glow-in-da-dark-tuh* untuk berlagak menjadi Cyclops. Setengah jam kemudian, baru kedua-duanya yang jahil balik, tetapi kumpulan Huda masih tiada. Elaynie dan Kalsum mula naik berang manakala Melisa hanya bersabar sahaja. Maka Melisa telah ditinggalkan keseorangan manakala Elaynie dan Kalsum berangkat untuk mencari kumpulan Huda. Mereka telah bertemu dengan semua orang sama ada budak SMKS9 ataupun budak sekolah lain. Tetapi yang dicari-carinya tetap tidak dijumpai. Jam telah menunjukkan jam 11.40 malam. Lagi 20 minit ialah jam 12.00...

15 minit kemudian, Melisa, Elaynie dan Kalsum telah putus harapan untuk berjumpa dengan Huda. Jadi mereka telah pergi berdiri dihadapan jam besar dan bersama-sama rakyat Malaysia jelata membuat countdown beramai-ramai. Hanya mereka bertiga yang dapat menyaksikan persembahan bunga api yang tak selawa SUKOM tetapi memang menakjubkan. Selepas 10 minit pertunjukan bunga api, mereka pulang balik ke tempat yang dijanjikan, tetapi kumpulan Huda masih tiada. Melisa telah memaksa Elaynie dan Kalsum duduk di atas rumput untuk menantikan kedatangan mereka disamping die berjalan mencari mereka. Apabila Melisa pulang, seorang yang tinggi menyorok di belakangnya. Disangkakan Huda, jadi Elaynie dan Kalsum buat bo-layan sambil membebel kepada orang itu. Rupa-rupanya...FASYA!!! Jadi mereka semua berpelukan dengan gembiranya kerana sudah lebih sembilan bulan tidak berjumpa dengan Fasya. Sekarang, kumpulan Melisa terdiri daripada empat orang, yang berarak mencari Huda beramai-ramai. Pada jam 12.45 pagi, baru mereka bertemu beramai-ramai.

Memang malam kemerdekaan yang buduh!!! It's so setupid man...waiting for them like hell.Dahla ramai giler orang...cheh! Anyway, memang watever happened that nite cacat...dengan semorang yang kiteorg jumper pun ruper cam nak mati jer. Dahla on Merdeka day itself I was being forced to ikut my parents and dok bawah that setupid khemah thingy and it was raining skit-skit tapi the weather was increadibly humid like hell. Shitla...and wat we got was juz some setupid hats. Kerusi pun cumer kerusi biru yang tak lawa dan cushions dier dah tak lembut lagi dah. Cacaaaaat!!!
-=Elaynie=-