Alhamdulillah ,Syukur kita kehadrat Allah dengan limpah serta rahmat nye kita masih lagi berupaya untuk bertemu dengan Ibu bapa kita,rakan rakan seperjuanagn dan juga sanak saudara. Tapi jangan la kita lupa dan jangan lah kita abai kan akan perintah Allah.Di Ruangan ini terdapat sedikit bahan yang boleh kita jadikan panduan dimasa akan datang .Semoga kita sentiasa dirahmati Allah.InsyaAllah


GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH DIHARI KIAMAT

  1. Pemerintah yang adil(pemerintah yang memerintah berdasarkan kitab Allah dan Sunnah Rasullullah S.A.W).
  2. Pemuda yang hidup sentiasa mengerjakan ibadat kepada Allah.
  3. Seorang yang hatinya sering terpaut pada Masjid.
  4. Dua orang sahabat yang berkasih sayang kerana Allah(bertemu dan berpisah kerana Allah).
  5. Seorang pemuda yang diajak oleh perempuan bangsawan(kaya) untuk berzina dengannya,tapi ditolak pujukkan dengan berkata"Aku Takut Kepada Allah".
  6. Seorang yang bersedekah secara bersembunyi(senyap-senyap)sehingga takan kirinya tidak tahu apa yang diberi tangan kanannya.
  7. Seorang yang menyebut nama Allah(berzikir) tanpa ada orang lain bersamanya,lalu menistis air matanya kerana kehebatan Allah.


EMPAT PERKARA
Berkata Imam Abu Muhammad Abdullah bin Fadhal;
"Barangsiapa yang dikurniakan dengan empat perkara,maka tidak terhalang baginya empat perkara...."

  1. Barangsiapa yang dikurniakan keinginan untuk berdoa,maka tidak terhalang doanya daripada dimakbulkan.
  2. Barangsiapa yang dikurniakan keinginan untuk memohon ampun,maka tidak terhalang baginya akan keampunan
  3. Barangsiapa yang dikurniakan keinginan baginya untuk bersyukur,maka tidak terhalang baginya akan tambahan nikmat.
  4. Barangsiapa yang dikurniakan baginya keinginan bertaubat,maka tidak terhalang taubatnya daripada diterima.


LIMA PERKARA
Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud..."Barangsiapa yang enggan terhadap 5 perkara,maka Allah enggan pula terhadapnya dalam 5 perkara"...

  1. Barangsiapa yang enggan berdoa,maka Allah enggan pula mengkabulkannya.
  2. Barangsiap yang enggan bersedekah,maka Allah enggan memberinya sihat.
  3. Barangsiapa yang enggan berzakat,maka Allah enggan pula menjaga hartanya.
  4. Barangsiap yang enggan mengeluarkan sepersepuluh(zakat tumbuh-tumbuhan)maka Allah enggan memberkati setiap usahanya.
  5. Barangsiap yang enggan solat berjemaah,maka Allah enggan pula menerima syahadatnya.


SABAR....
Saidina Ali r.a berkata bahawa Rasullullah telah bersabda.."Sabar itu ada tiga"...

  1. Sabar terhadap musibah,yakni sabar dan tidak berasa marah terhadap musibah yang menimpanya,sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu,Maka Allah S.w.t ,emcatatkan baginya yakni menakdirkan (menulis di Luh Mahfuz)300 darjat(darjat paling tinggi disyurga)dan setiap darjat itu seperti antara langit dengan bumi.
  2. Barangsiap bersabar dalam mentaati dan menangung kesukarang taat itu,maka Allah s.w.t akan mencatatkan baginya 600 darjat dimana setia satu darjat itu jaraknya seperti permukaan bumi dengan penghabisan bumi yang terakhir.
  3. Barangsiapa yang bersabar dengan maksiat,maka Allah s.w.t mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap darjat itu jaraknya seperti permukaan bumi hingga sampai ke 'Ary'.Dan dia lah mahluk paling tinggi darjatnya dua kali ganda.(sabar menjauhi segala yang haram dan martabatnya yang tinggi.)
"Kekuatan seseorang itu bukanlah bergantung kepada kekuatan tenaganya,tetapi kekuatan itu terletak kepada kesabarannya ketika marah"



Sila kelik kat anak panah biru utk kembali