PROGRAM DETOKSIFIKASI HPA
Program ini bertujuan untuk memantapkan kesihatan dengan
permbersihan tubuh daripada toksid disamping menyediakan zat makanan yang
diperlukan melalui pengambilan herba ubatan. Bila sesuatu sel dipenuhi dengan
toksid, ia akan menjadi lemah dan tidak berupaya mengeluarkan toksid dan bahan
buangan. Oleh itu proses pembersihan ini akan meningkatkan keupayaan tersebut.
1. Detoksifikasi Hati
Hati merupakan organ terbesar pada tubuh dan sudah tentu ia
mempunyai banyak fungsi penting untuk kesihatan badan. Setiap fungsi hati saling
berkaitan diantara satu sama lain, jika satu fungsinya terganggu, ia akan
menjejaskan sistem tubuh yang lain dan kegagalan fungsi hati akan mengakibatkan
pelbagai komplikasi atau kesan buruk.
TEH HERBA
mengandungi 100% bahan aktif PEGAGA yang dikenali sebagai asiatikosida. Rasanya
yang pahit bertindak sebagai detok yang terbaik di hati. Hati yang berfungsi
akan memusnahkan bahan toksid dalam tubuh seperti ubatan kimia, alkohol dan
dadah. Hati akan menyaring dan menukarkan bahan ini untuk dikitar semula atau
dikeluarkan daripada tubuh.
2. Detoksifikasi Kolon (Usus)
Amat penting bagi kita memberi perhatian kepada penjagaan usus.
Usus besar yang sihat akan menghapuskan toksid yang terhasil dan dapat
dikeluarkan dengan secepat mungkin. Jika tidak dikeluarkan segera, ia akan
menyerap ke dalam sistem edaran darah dan seterusnya disimpan di dalam badan.
Proses ini dipanggil autointoksikasi.
SPIRULINA
mempunyai klorofil dan serat 2 kali ganda daripada alfafa yang boleh membantu
menghapuskan toksid, logam berat dan sembelit. Disamping itu juga, SPIRULINA
mempunyai vitamin B kompleks untuk merangsang pergerakan usus.
3. Detoksifikasi Ginjal
Setiap gangguan atau "over-work" pada ginjal akan
mengakibatkan ginjal terganggu fungsinya. Salah satunya ialah berlaku peradangan
pada glomeruli. Ini menyebabkan aliran darah ke ginjal sebagai alat
penyaring sisa toksid yang membahayakan tubuh menurun sehingga 50%. Pembuangan
air kecil akan berkurangan sehingga separuh daripada pengeluaran normal.
MALAC
merupakan herba diuretik yang akan merangsang pengeluaran air kecil serta mempunyai kesan
anti-peradangan. Selain daripada menghilangkan peradangan di buah pinggang, ia juga mengurangkan
peradangan prostate serta mengelakkan berlakunya pembentukan batu karang di buah pinggang.
4. Detoksifikasi Darah
Manusia umumnya mempunyai lebih kurang 5 liter darah, tetapi
isipadunya bergantung kepada faktor umur, jantina, bangsa, diet, ketinggian dan
berat badan. Darah mengangkut oksigen kepada tisu-tisu badan dan mengangkut
keluar bahan buangan.
OMEGA-3
berperanan meningkatkan sistem imuniti tubuh. Ia juga digunakan dengan efektif untuk masalah
Irritable Bowel Syndrom (IBS) seperti spastic colon dan mukos colitis termasuklah masalah skencin.
OMEGA-3 dan serat secara bersama mewujudkan keadaan baik pada bowel. Ia juga akan
meningkatkan fungsi sistem imuniti.
Kandungan EPA yang terdapat dalam OMEGA-3 akan
bertindak ke atas himpunan lemak yang terdapat di saluran arteri. Arteri
dibersihkan dan seseorang itu akan terhindar daripada arteriosclorosis
dan tidak perlu menjalani pembedahan coronary bypass bagi membaiki sistem
peredaran darah. OMEGA-3 juga berperanan untuk mencairkan darah dan
dengan itu peredaran darah akan menjadi lebih lancar.
5. Detoksifikasi Sistem Limfotik
Sistem limfotik adalah mekanisme imunisasi yang penting
dalam tubuh di mana pembuluh dan nodus limfa membentuk jaringan unik ini.
Nodus limfa tersusun secara berkelompok di sekeliling tubuh, termasuk bahagian
leher, ketiak dan groin. Tanpa sistem limfa, kita tidak mampu bertahan lama.
Sisa buangan dalam tubuh yang tidak dapat disingkirkan akan menimbun dan
seterusnya menyebabkan komplikasi dan kematian.
Dengan menggunakan MINYAK BUT-BUT
sambil mengurut di bahagian ketiak, leher, dada dan saliran di pangkal peha, kita sebenarnya
mengalirkan cairan limfa ke nodus untuk dimusnahkan oleh sel-sel limfotik
Tanda-Tanda Detoksifikasi
Tanda-tanda ini menunjukkan keberkesanan herba melakukan proses
detoksifikasi. Ia bukan kesan sampingan tetapi merupakan proses kesembuhan
sedang bermula dan herba sedang melakukan proses penyingkiran toksid.
Tanda-tanda ini tidak lama jika kita terus menggunakan herba ubatan dan ingatlah
bahawa pengubatan yang tidak dimulai dengan proses detoksifikasi sukar untuk
disembuhkan.