Plantisol ialah bahan aktif yang terdapat di dalam herba yang mempunyai aktiviti hipoglisemia (menurunkan glukosa di dalam darah) dan ia juga bertindak seperti insulin yang dikeluarkan oleh pankerias. Herba ini merupakan herba pemakanan utama untuk pesakit kencing manis. Ia boleh didapati dalam bentuk ramuan periuk dan kapsul.
Petai dan jering ialah sejenis tumbuhan yang dikatakan baik diamalkan oleh penderita kencing manis. Kajian yang telah dibuat mendapati ianya mengandungi sitosterol dan stigmasterol yang dapat menurunkan kadar glukosa di dalam darah.
Kencing manis merupakan salah satu penyakit yang banyak dihidapi oleh masyarakat masa kini. Kajian perubatan moden masakini masih gagal untuk menyelesaikan masalah kencing manis secara berkesan.
Pakar-pakar perubatan telah merumuskan terdapat 2 faktor utama sebagai penyebab terjadinya kencing manis :-
1. Kekurangan insulin yang dikeluarkan oleh kelenjar pankreas.
Kekurangan ini berpunca dari sebab (a) keturunan dan (b) gangguan pada hati. Keadaan ini mengakibatkan gula yang berlebihan didalam darah tidak dapat diubah menjadi glikojen.
2. Pengambilan makanan yang mengandungi kabohidrat berlebihan.
Ujian ke atas pesakit kencing manis yang berpunca dari faktor pertama menunjukkan kadar gula yang tinggi pada setiap masa. Sebaliknya ujian ke atas pesakit yang menderita berpunca dari faktor kedua menunjukkan kadar gula yang tinggi hanya berlaku di antara 1 atau 2 jam selepas makan. Persediaan herba yang dikeluarkan oleh HPA mengambil kira kedua-dua faktor tersebut. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan R & D telah merumuskan bahawa bahan aktif yang dikenali sebagai Plantisol berkeupayaan bertindak sama seperti insulin.
KADAR GLUKOSA DI DALAM DARAH Bagi orang yang berpuasa : 3.9 mmol/l ~ 6.1 mmol/l Bagi darah biasa : sehingga 10.0 mmol/l |
Tanda-tanda awal bagi yang menghidap penyakit ini ialah:
![]() |
sering dahaga |
![]() |
kerap kali buang air kecil pada waktu malam |
![]() |
mata berpinar |
![]() |
selalu letih |
![]() |
luka susah sembuh |
![]() |
jari-jari sejuk dan berwarna biru |
![]() |
saraf rosak |
![]() |
berat badan menurun |
Sekiranya penyakit ini tidak diubati dengan segera , akibatnya pesakit akan mengalami:
![]() |
rabun yang mengakibatkan buta |
![]() |
luka yang tidak boleh sembuh |
![]() |
kerosakan buah pinggang |
![]() |
lumpuh. |
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Persatuan Pengguna, insulin yang disuntik kepada pesakit kencing manis adalah dihasilkan dari pankreas babi. Mereka yang mengamalkannya terpaksa menggunakannya seumur hidup. Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan insulin ini juga boleh membawa kesan sampingan iaitu terdedah kepada penyakit sawan dan kecederaan pada bahagian otak.
Walau bagaimanapun bagi mereka yang telah mengamalkan suntikan insulin sekiranya berhajat untuk mengamalkan herba Plantisol ini adalah dinasihatkan supaya tidak meninggal suntikan insulin secara mendadak sebaliknya meninggalkannya secara berperingkat-peringkat. Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing manis akibat dari faktor pertama dikehendaki mengamalkan herba ini dalam bentuk ramuan periuk. Sekiranya pesakit menghidapi masalah kencing manis akibat dari faktor kedua, boleh memilih samada menggunakan ramuan periuk ataupun herba dalam bentuk kapsul.
1. Amalkan 'air rebusan' herba periuk Kencing Manis dengan kadar 1 cawan lompang sebanyak 3 hingga 5 kali sehari sebelum makan.
2. Jadikan minuman "Teh Herba biasa" sebagai minuman harian. Minum dalam keadaan suam.
3. Kaedah kedua ialah menggunakan Plantisol. Cara pngambilannya ialah 2 biji setiap pagi dan 2 biji setiap malam berserta dengan Teh Herba.
1. Amalkan 'air rebusan' herba periuk Kencing Manis seperti di atas.
2. Disamping itu, pengguna perlu mengamalkan Plantisol serentak.
3. Jadikan minuman Teh Herba sebagai amalan harian.
4. Ambil juga Malac atau pun Alac.
1. Amalkan 'pati rebusan' herba periuk Kencing Manis. Minum 1 cawan lompang sebanyak 3 hingga kali sehari.
2. Amalkan minum Teh Herba dengan kepekatan tinggi (3 uncang dalam 1 gelas) sebagai minuman harian,
3. Jadikan air Teh Herba sebagai ubat basuh sementara hampasnya ditempelkan pada luka tersebut.
4. Kapsul Plantisol diamalkan secara berterusan.
5. Minuman air rebusan Alac sebanyak 3 hingga 5 gelas sehari.
![]() | Jangan tinggalkan ubatan hospital melainkan setelah disahkan sembuh oleh doktor. |
![]() | Herba merupakan makanan tambahan yang mempercepatkan penyembuhan. |
![]() | Teruskan pengambilan herba bagi mengekalkan kesihatan. |
![]() | Elok diamalkan oleh pengguna yang keluarganya mempunyai rekod penyakit Kencing Manis. |
hpa | produk | intibah | petua | diagnos | penyakit | artikel | beli | keahlian | cadangan |