Penjelasan
Hakikat Syaitan Iblis,Jin dan Malaikat.
Syaitan iblis, jin dan malaikat telah dijadikan Allah s.w.t. bertubuh halus atau rohani yakni bangsa makhluk yang ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala, terkecuali apabila mereka menjelma merupakan diri serupa dengan makhluk yang bertubuh besar. Diriwayatkan bahawasanya iblis dahulunya adalah makhluk yang saleh dan taat beribadat kepada Allah s.w.t. jauh terlebih dahulu masanya daripada bangsa malaikat. Iblis itu AZAZIL namanya dia sebangsa malaikatdalam ketaatannya, bahkan diduga bahawa Azazil itu terlebih mulia dari malaikat sebab hampir kesemua permukaan langit dan bumi telah terkena bekas sujudnya kepada Allah. Azazil itu banyak mempunyai nama gelaran di antaranya sadjid yakni orang yang ramai sujud, syakir yakni orang yang ramai bersyukur semua nama-nama itu sebagai gelaran kehormatan untuk menendakan ketinggian darjatnya pada sisi Allah s.w.t. Allah ingin menguji dalam atau dangkalnya iman Azazil lantas disuruhnya bersujud kepada Adam a.s. bersama-sama dengan malaikat terkecuali azazil, itulah yang tidak mahu bahkan sebaliknya dia berlaku ingkar dan sombong. Allah s.w.t. memberikan pernyataan sebagai berikut dalam Al-Quran ayat 34 yang maksudnya kira-kira: Dan di kala Kami berkata para malaikat; bersujudlah! kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka semuanya terkecuali iblis(Azazil) ia tidak mahu sujud serta berlaku sombong dan jadilah ia daripda orang kafir. Dari sejak itulah Allah s.w.t. menurunkan pangkat kebesaran iblis. Iblis itu asal kata ublisa min Rahmatillah yakni di usir daripada Rahmat Allah . Iblis itu mempunyai bala tenteranya yang dinamakan syaitan. Adapun erti syaitan ialah melawan perintah Allah.
|