Saudagar
yang Jujur
Di tanah Arab di zaman dahulu hidup seorang saudagar yang terkenal, namanya Muhammad Bin Munkadir. Pada suatu pagi ia telah keluar dari kedainya sambil memesan orang gajinya supaya menjaga baik-baik kedainya sementara ia turun kekota. Setelah agak lama ia meninggalkan rumahnya, orang gajinya itu pun tolonglah menjualkan setengah barang-barang di kedainya itu dengan harga dua kali ganda banyaknya dari harga yang sebenar kepada seorang Arab Badui. Maka apakala tuannya Muhammad Bin Munkadir pulang ke rumah ia entah bagaimana telah mengetahui apa yang telah di lakukan oleh orang gajinya itu. Maka segeralah ia tergesa-gesa berkejar keluar rumah untuk mencari orang Arab badui itu. Setelah sepanjang hari mencari badui itu ia akhirnya berjaya menemuinya, lalu berkata : "Pekerja saya telah berlaku curang kepada Tuan. Dia menjualkan barang itu dengan harga sepuluh dirham sedangkan harga sebenarnya cuma lima dirham sahaja." Tetapi badui itu berkata : Oh, tidak mengapa Tuan, saya senang hati membelinya!" "Benar, walaupun Tuan puashati tetapi saya pun mahu puas hati juga dengan apa yang memuaskan hati kami," jawab Muhammad Bin Munkadir sambil memberikan wang lima dirham kembali kepada Arab badui itu. Walaupun lelaki itu enggan menerimanya tetapi setelah didesak-desak akhirnya ia pun menerima juga wang itu. Kemudian barulah puas hati saudagar Muhammad Munkadir setelah urusannya dengan saudagar itu selesai akhirnya. Demikian perihal orang yang benar-benar beriman, sedikit perkara bagaimana kecilnya juga diperhatikan dosanya. Sebab tidak lain kerana takutkan balasannya di akhirat nanti. |