TAHAJUD
(SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN
Solat tahajud ialah ibadah
yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah
malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini
sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah
S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat
mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat
yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah
tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W.
mengenai perkara ini.
TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan
tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat
ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor
di Department of Human Sciences, England University of Technology yang
mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam
sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam
dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep).
Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah
masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya
ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam
tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup.
Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti
ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan
lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula.
Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian
jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. Mengikut
kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula
sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan
kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu
kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious
dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada
tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka.
Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih
kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu.
Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,
Confusies dan Sikh.
PENDAPAT AHLI SASTERA
BARAT
BARAT Terdapat juga ahli
sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur
untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan
mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but
I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya "
Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang
mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur." "The heights by great men
reached and kept were not attained by sudden fight. But while their
companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow Maksudnya
" Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati
serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu
sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan
mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan
dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan
ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik,
kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan.
Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi
masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang
wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit
matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan
badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak
otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia.
Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak
datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu
ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat
tidak merasa nikmat oksigen ini.
RAHSIA PERGERAKAN OTOT
DALAM SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan
otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak
( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan
di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru
akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika
ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala
lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya
menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang
dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya
di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher
dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak
otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari
sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri
kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan
sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha,
kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga
melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua
duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal
peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam
juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita
lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang
istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan
kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit
buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun
lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa
baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia
ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." Moga
Ada Manfaat
|