*Polemik:
Iktibar Buat Mereka Yang Murtad (Full Article)*
BEKAS Paderi
Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup
ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya
yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian
selama 12 tahun.
Iktibar Buat
Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika
dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah
ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya
mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam. Tetapi apa
yang paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman
hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH,
seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian
besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada
di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan
untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian
Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.
Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau
banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas
mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih
Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam
Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH
AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto
WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim
(Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.
SEMASA Kristian
saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah
dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat
pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian
terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat
pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken.
Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi
di sana. Saya bertugas di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik
Sabah (seluruh Sabah) yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya
terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya
ke Vantiken, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira
jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi
kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal di dalam keluarga.
Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian,
Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang
keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran
untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang
kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi
yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat
kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat
kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik
Diri Yang Tak Terbendung Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai
seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan
dosa manusia.
Timbul di
fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan
dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah,
mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan
dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam. Apabila
saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh
Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka
oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk
membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah
berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John
Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang
memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya,
"Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut
dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul
fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah,
di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang
Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa. Mereka harap
saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah
melakukannya." Beliau berkata, ", Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik
menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai
sebarang dosa,"Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai
dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai
dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah
dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus
Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak
mempunyai dosa". Disitulah saya mula tidak percaya pada agama kristian
yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan
pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata,"
Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi
paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu
kata agama Kristian pembohong". Saya menyoalnya,"Jesus Christ itu Tuhan
atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan". Saya bertanya kembali," Pernahkah
orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya,
Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan
Jesus itu Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ
diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia,
semua bangsa dan agama." Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada
paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua
manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata,"Paderi
Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan
Kristian." Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana
iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa
dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di
hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi.
Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa
ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya. Selepas
perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi
beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa.
Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i.Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian mereka
mesti dibaptiskan dengan air suci
ii.Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii.Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv.Ekaristi Minyak Suci - air suci v.Ekaristi Krisma - penerima ekaristi
Maha Kudus layak menerima krisma vi.Ekaristi Imaman - menjadi paderi
vii.Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima
ekaristi ini)
Di dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah
paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu
menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi
dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai
akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini.
Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan
Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap,
hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan
agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh
melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis.
Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja
doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi
menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian
agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan.
Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau
meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar
di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut.
Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati di dalam Kristian.
Saya membacakan kepadanya surah Kahfi di samping memintanya mengamalkan
surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin
pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan
ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan
sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis.
Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik
Kristian. Itulah, cara memika orang untuk ke agama Kristian cukup mudah,
tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila
minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari
Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam
rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah..
Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia
kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan
membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula
berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan. Rukun yang kedua pula
iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah
berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan
Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula
kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan
kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan
yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh
tuhan boleh dimakan. Beliau itu memang sudah menjadi rukun Kristian
dan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Apa yang paling merbahaya ialah holy water. Khusti Kudus tidak mempunyai
rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan
lain. Berlainan dengan holy water yang kesannya cukup kuat. Bayi-bayi
yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang
membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian
setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa,
ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan
dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam
keadaan fitrah (bersih). Sebenarnya agama Kristian ini tidak salah.
Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini
baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius
kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama
Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika
kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian.
Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.
Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang
menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu
memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad
iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat
saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang
paderi untuk menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di gereja)
untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada
saya, "Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini
tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya
almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka
almari tersebutkan sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat
manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu
semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan
almari tersebut. Setelah membuka almari tersebut dan terlihat sebuah
kitab dibalut dengan kain putih. Saya membuka balutan itu dan terpandang
sebuah kitab lama, setelah meneliti barulah saya mengetahui ia adalah
kitab Injil pertama (Old Testament) yang diturunkan kepada Nabi Isa
a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya. Kitab tersebut
ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari
ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.
Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan
orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam
Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada
orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka
ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut
rahsia Kristian akan tersebar.
Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui
semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang
ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang
dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa
dibenarkan membukanya dan isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya
mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan
kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada
mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil
kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya
kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut. Disebabkan seseorang bakal
paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya
pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil
tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut
dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.
Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah. Semua paderi
tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya
jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman
dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi
kufur selepas itu.
Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat
belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad
pada tahun 1991, saya bersembahyang (dengan cara Kristian) di hadapan
tuhan-tuhan saya iaitu Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus
Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir
oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.'Apabila
saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati
saya berkata, alangkah hinanya tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya
di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?
Turunnya Hidayah
Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya
tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha
aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan
kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah
itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang
tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya
langsung tidak boleh terangkat.
Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para
Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan
hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya
menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh,
ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu
cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang
yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak
di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya kepadanya,
"Negeri apakah ini?" Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk
ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta keizinannya
sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari
luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang
halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat
atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan
kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan
mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki.
Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah
bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)."
Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang
kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut
dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok
sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran.
Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu
telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan
kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh
ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit.
Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya
menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai,
saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya
yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata
kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah,
susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh
Sabah." Saya katakan padanya,"
Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu
dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam." Seterusnya
imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab
awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru
awak boleh masuk Islam." Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau
beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian.
Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.
Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya
turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati,
maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?"
Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah.
Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.
Kekuatan Diri
Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui
kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara
pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali
lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya.
Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka. Saya
katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak
sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan
seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam
rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja.
Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil
bertanya apakah mereka sudah makan atau belum.
Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang
belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa
kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman
kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya
hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama
12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12
tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah
agama yang salah, agama yang betul adalah Islam." Ketika itu saya lihat
tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi
mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk
Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari
ini saya sudah menjadi orang Islam." Bapa saya berkata kepada saya,
"Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!" Seterusnya beliau menuju turun
ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar
rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang
saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus
terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam.
Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya.
Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke
hari ini. Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup
kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian)
mereka tidak lagi mengaku anak.
Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar
Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan
diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi
belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung
dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun
1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun
1995
Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat
pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima
bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan
juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian.
Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir
sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih
diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap
melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi
di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah
tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun,
saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah.
Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan
tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya
perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).
Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara
tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad di anggap
kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir,
jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara
yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang
susahya.
Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu
sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya
dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab
terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa
tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan
hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi
dari keperluan bulanan.
Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu
saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan
pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu
mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua
semata-mata kerana Islam? Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi
mengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya memang cukup marah dan terkilan
apabila mendengar orang yang ingin murtad.
Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga
sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya
terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat
Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa
saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk
berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh
dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh
tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu.
Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak
bersembahyang pun tetapi mereka tetap kristian. Gereja di sana setiap
hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola
sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut.
Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah
tidak ada lagi.
Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan
ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya
kerjasama diantara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang
Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar.
Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.
Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu.
Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok
sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan
dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun
bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang
bijak.
Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin.
Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk
mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian.
Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih
ada dalam simpanan saya.
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada
awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka
tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah
mengatahui saya telah memeluk Islam.
Masalah Kelemahan Pendakwah Islam.
Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu
tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam
tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan
kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah
Kristian. Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama
belajar dengan saya semasa di Vantiken dahulu.
Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi
tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan pada saya;
"Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun
saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya
yang bermaksud; "Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang
beragama Yahudi dan Nasara." Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai
membaca al-Quran, terjemahan dan hadis.
Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah
apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu." Saya katakan kepadanya,
"Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa
yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran
ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan
seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh.
Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun
baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan
awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya,"Sebenarnya
awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah
"Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk
syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah
merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata
itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.
Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan
kosong itu?" Saya katakan," Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu.
Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah
memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh
berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya,
"Kamu tidak boleh marah.
Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu
tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa
yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka
yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?
Siapakah Sasaran Kristian? Program mereka kini ialah berdakwah kepada
orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan
remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki
lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja
setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik.
Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu
ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang
menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama-nama tersebut, maka akan
murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak
boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang
mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.
Apa ikhtiar kita? Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya
meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk
memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu
di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu saya. Saya
memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke?
Tolong buang benda yang ada didalam tudung kamu itu". Dia tidak mengaku,
tetapi saya yakin beliau memakainya.
Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan
beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan
padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya.
Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya
untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit
ini di kalangan anak remaja kita.
Wanita jika
tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang
Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk
memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan
memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan
memurtadkan isterinya.
Apa yang
penting pegangan agama dan iman perlu kuat. Jangan ragu-ragu dengan
Islam. Hanya Islam penyelamat ummah. Sejak dari zaman dahulu lagi memang
tugas utama Yahudi untuk menghancurkan umat Islam dengan cara memurtadkan
mereka. Sama-samalah kita berdoa agar Allah (SWT) memperkukuhkan keimanan
di hati kita.
Insya Allah.
©
|