Kitab
Perjanjian Baru
Kebanyakan
umat Islam berpendapat bahawa Kitab Perjanjian Baru (The New Testament Book)
dalam Bible Kristian yang ada pada hari ini adalah asalnya Injil yang diwahyukan
kepada Nabi Isa a.s. sepertimana Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Kemudian Injil tersebut telah ditokok tambah serta diseleweng oleh penganut
Kristian. Sebenarnya tidak setepat dan semudah itu hakikatnya hari ini. Kalau
ada sebarang analogi yang boleh dibawa untuk penjelasan kepada umat Islam secara
mudah dan ringkas, saya berpendapat Kitab Perjanjian Baru dalam Bible Kristian
boleh disamakan seperti kitab sirah (sejarah) Rasulullah s.a.w dan pendapat
peribadi sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. sahaja. Ianya adalah cerita daripada
sudut pandangan 'para pengikut Nabi Isa a.s.' (ini adalah hanya dakwaan golongan
Gereja Kristian hingga ke hari ini) dan juga pentafsiran oleh tokoh-tokoh awal
Kristian seperti Paul (atau Saul) of Tarsus.
Adalah amat menarik untuk kita ketahui bahawa semua teks kuno Kitab Perjanjian
Baru yang telah dijumpai hingga hari ini adalah dalam bahasa Greek 'koine' iaitu
bahasa pasar seharian. Tiada satu pun dalam bahasa Ibrani atau Aramaik. Malah
bahasa Greek yang digunakan adalah bahasa seharian yang kasar dan bukan sastera
yang baik. Cukup aneh untuk sebuah penulisan untuk komuniti yang berbahasa
Ibrani dan Aramaik tetapi telah dikarang dalam bahasa asing bagi mereka, iaitu
Greek. Sebagai perbandingan betapa janggal fakta ini ialah kalau ada yang
menyatakan buku riwayat Hang Tuah yang asli ditulis oleh anak buah Hang Tuah
dalam bahasa Siam.
Kitab Perjanjian Baru adalah merujuk kepada 27 buah buku yang dikarang sesudah
Nabi Isa a.s. Kenapa dikatakan sesudah Nabi Isa a.s.? Ini disebabkan fakta yang
jelas menunjukkan tiada satu tulisan yang sama seperti Kitab Perjanjian Baru
yang ada pada hari ini telah wujud pada masa Nabi Isa a.s. berdakwah. Tiada
langsung arahan menulis apa yang diucapkan oleh Nabi Isa a.s dalam keempat-empat
gospel. Namun itulah fakta yang begitu jelas daripada riwayat Bible Kristian
sendiri. Malah, tiada satu pernyataan dalam Kitab Perjanjian Baru yang
menyatakan catitan sebarang wahyu daripada Tuhan semasa Nabi Isa as masih wujud
di kalangan komuniti Yahudi ketika itu.
Para pengkaji menyatakan bahawa buku terawal dalam Kitab Perjanjian Baru yang
muncul di kalangan golongan Kristian pada akhir abad pertama Masihi, iaitu
selepas lama Nabi Isa a.s. hilang daripada kalangan mereka. Dikatakan kesemua
buku tersebut mula dikarang sekitar dari 50 Masihi hingga 150 Masihi. Buku yang
dikatakan terawal bukanlah gospel tetapi surat karangan Paul. Namun, setengah
pengkaji meletakkan kemunculan tulisan yang boleh dikatakan sebagai kisah Nabi
Isa as hanya pada pertengahan abad ke dua, iaitu lebih kurang 100 tahun selepas
ketiadaan Nabi Isa as.
Empat buah buku yang awal dipanggil Gospel. Perkataan Gospel adalah ambilan
daripada perkataan Latin iaitu Godspelt yang bermaksud 'berita baik' (terjemahan
daripada perkataan Greek 'euaggelion'). Cerita tentang riwayat hidup
tokoh Jesus Christ (Nabi Isa a.s) terkandung dalam empat buah buku Gospel. Buku
ini disandarkan kepada empat orang tokoh yang berlainan iaitu Matthew, Mark,
Luke dan John. Mereka ini disebut oleh Kristian sebagai apostle. Konsep
apostle ini adalah suatu konsep yang wujud tersendiri dalam doktrin Kristian
sahaja. Tiada persamaan hendak kita kaitkan dengan bahasa kita. Bukanlah sebagai
nabi atau rasul yang kita fahami. Konsep apostle merujuk kepada murid-murid
Jesus Christ (Nabi Isa
a.s) seramai 12 orang yang ditauliahkan oleh Jesus Christ
(Nabi Isa a.s.) untuk menyampaikan ajarannya kepada manusia yang
lain.
1. Gospel menurut Matthew – pengkaji awal terhadap Bible merasakan sebagai
ianya buku yang terawal ditulis oleh sebab itu ia diletakkan di bahagian awal.
Dikatakan bahawa Matthew, salah seorang daripada 12 orang pengikut nabi Isa a.s.,
sebagai penulisnya. Golongan Kristian percaya yang buku ini dikarang di Palestin,
sebelum penghancuran Kuil Jerusalem sekitar 70 Masihi. Namun, pada zaman
sekarang, segala teori awal telah diragui. Ramai pengkaji moden meletakkan buku
ini dikarang di kota Antioch, Syria. Malah, dakwaan menyatakan Matthew, salah
seorang murid Nabi Isa a.s. sebagai pengarang juga telah dicabar.
Gospel ini dikatakan berjiwa 'Yahudi' kerana paling banyak merujuk kepada Kitab
Perjanjian Lama terutamanya versi Septuagint. Antara contoh sebagai bukti adalah
pada ayat 1:23. dikatakan bahawa seorang gadis yang masih dara, (bahasa Greeknya
adalah parthenos) akan
melahirkan seorang bayi yang akan diberi nama Emmanuel, merujuk kepada kelahiran
Nabi Isa as. Ianya merujuk pada buku Isaiah 7:14 dalam Kitab Perjanjian Lama.
Kalau mengikut versi Ibrani, ianya adalah hanya wanita muda - bahasa ibraninya almah
- kalau seorang gadis daraa bahasa ibraninya ialah bethulah. Keseluruhanya sebanyak kira-kira 54 kali
gospel ini telah merujuk atau memetik ayat daripada Kitab Perjanjian Lama
sebagai hujahnya. Gospel ini juga dianggap paling sarat dengan kisah-kisah
luarbiasa yang tidak wujud pada gospel yang lain.
2. Gospel menurut Mark – Dakwaan awal yang menyatakan penulis Gospel ini ialah
Mark, seorang pengikut Nabi Isa a.s. ini telah datang daripada tokoh awal
Kristian benama Eusebius dari Caesarea pada sekitar ke abad 3 Masihi. Eusebius
menyebut Papias, seorang penulis awal sebagai sumber dakwaannya. Tulisan hasil
daripada Papias sendiri tidak pernah ditemui.
Dikatakan Papias telah menyebut yang dia sendiri mendengar berkenaan Gospel Mark
ini daripada seseorang yang digelar hanya sebagai 'presbyter' (bahasa
inggeris bermaksud elder - orang tua yang berpengalaman), tiada nama
yang jelas diberikan.
Gospel ini dianggap paling tidak bermutu dalam corak penggunaan bahasa. Malah,
ada pengkaji yang menyatakan ada kemungkinan 'sipenulis' gospel Mark ini hanya
menyunting semula daripada gospel matthew dan luke.
3. Gospel menurut Luke – Secara tradisi Kristian, Gospel Luke dikatakan
dikarang pada akhir abad ke 2 Masihi oleh Luke. Luke dikatakan sebagai salah
seorang pengikut yang disebut oleh Peter (Peter dalam riwayat Kristian merupakan
murid paling kanan dan rapat kepada Nabi Isa as). Juga dikatakan Luke juga
bertanggungjawab untuk tulisan The Acts Of Apostles. Bagaimanapun,
penyelidik moden telah mengemukakan perbezaan fakta antara kesemua hasil tulisan
Paul dengan kisah di dalam the Acts Of Apostles sebagai membatalkan
dakwaan tradisi berkenaan.
Gospel ini mepunyai kelainan dalam penggunaan bahasa yang lebih baik dan
tersusun. Malah gospel Luke lebih mendalam membicarakan peranan ayah saudara
Siti Mariam as iaitu Nabi Zakaria as.
Ketiga-tiga gospel Matthew, Mark dan John mempunyai struktur naratif yang hampir
serupa hingga ianya dipanggil Synoptic Gospel. 'Synoptic' adalah
bermaksud 'pemerhatian daripada seimbas pandang yang sama', berasal daripada
bahasa Greek 'synoptikos' (terjemahan bahasa inggeris: viewing at a glance).
Ketiga gospel yang kita sebut sebagai Synoptic Gospel tadi amat jauh
sekali nada dan strukturnya daripada gospel John.
4. Gospel menurut John – Dikatakan dikarang sekitar akhir abad ke 2 masihi.
Dinyatakan penulisnya ialah John (nama Ibraninya ialah Yohanan), salah seorang
pengikut Nabi Isa a.s. Namun, pernyataan ini telah dibantah sekarang oleh para
pengkaji moden. Mereka menyatakan kemungkinan besar penulisnya adalah bukanlah
pengikut Nabi Isa as tetapi cuma seorang 'presbyter' yang disebut dalam Epistle
John 2 dan 3.
Gospel yang dianggap paling ganjil dan cukup berbeza daripada ketiga-tiga gospel
yang telah disebut. Gaya bahasa naratif yang dibawa lebih berbentuk falsafah.
Tempoh masa dan corak misi dakwah Jesus telah ditulis amat berbeza.
Kemudian, buku The Acts of Apostles (yang selalu diterjemah
sebagai Kisah Para Rasul) merujuk kepada cerita awal kumpulan apostle dalam
menghadapi zaman sesudah Nabi Isa a.s. tiada lagi bersama mereka. Pada buku ini
kita akan bertemu buat pertama kali tokoh berbangsa Yahudi bernama Paul (nama
Ibrani asalnya adalah Saul). Paul telah muncul dan dijulang sebagai wira
mengatasi pengikut Nabi Isa as dan malah saudara Nabi Isa as sendiri. Seluruh
buku ini meriwayatkan pengembaraan Paul yang mulai mencorakkan satu misi dakwah
Kristian yang jauh berlainan daripada ajaran murni Nabi Isa as.
Buku-buku yang lain adalah asalnya daripada bentuk Epistles iaitu surat
atau warkah perutusan rasmi, berasal daripada perkataan Greek, 'epistellein'
(terjemahan english: to send to). Sebanyak empat belas buah buku disandarkan
langsung kepada Paul,
satu kepada James, satu
kepada Peter, satu
kepada Jude, dan 4 buah
buku disandarkan pada John,
kesemuanya berjumlah 21 buah buku.
Siapakah Peter, James, Jude dan John? Peter adalah gelaran kepada seorang
pengikut yang nama asal Ibraninya ialah Simon/Simeon ben Jonah. Peter adalah
terjemahan daripada bahasa Greek, Petros bermaksud batu. James
dikatakan adalah saudara Nabi Isa as, tidak jelas adakah dia abang atau adik.
Jude juga dikatakan adalah saudara Nabi Isa as. John sering dikaitkan dengan
seorang murid kesayangan Nabi Isa as. Namun, ramai pengkaji mulai mempertikaikan
siapakah tokoh John ini.
Sebenarnya, segala doktrin Kristian sekarang adalah hasil daripada 21 buku yang
asalnya adalah surat dan bukanlah hasil dakwah Nabi Isa as. Ramai pengkaji
meletakkan Paul sebagai pengasas utama pelbagai ajaran doktrin Kristian yang
wujud hari ini dengan memberikan kandungan surat ini sebagai bukti. Contohnya
berkenaan soal penyaliban Jesus untuk menyelamat umat manusia daripada dosa asal
Nabi Adam as. (Insya'allah, kisah Paul si Penipu ini akan kita dedahkan dalam
perbincangan yang akan datang.)
Akhirnya, satu buku yang dipanggil Revelation (diterjemah kepada bahasa
Indonesia/Melayu sebagai Wahyu). Buku yang dipanggil Revelation ini amat berbeza
sekali dengan buku-buku yang lain dalam Kitab Perjanjian Baru. John dikatakan
telah didatangi oleh Nabi Isa a.s. yang menceritakan tentang hal-hal yang
dikatakan menjelang akhir zaman. Banyak kisah-kisah ramalan yang mashyur di
barat yang sering kita dengar berasal daripada buku ini antaranya apocalypse,
Armageddon dan juga Anti-Christ
(dengan kisah syaitan diwakili oleh angka 666).
Carta Kandungan Buku Dalam Bible
Kristian
Bible Untuk Roman Katolik
|
Kitab Perjanjian Lama |
Kitab Perjanjian Baru |
|||
|
Pentateuch |
Historical Books |
Wisdom Books |
Prophetical Books |
|
1 |
Genesis |
Joshua |
Job |
Isaiah |
Gospel
according to Matthew |
2 |
Exodus |
Judges |
Psalms |
Jeremiah |
Gospel
according to Mark |
3 |
Leviticus |
Ruth |
Proverbs |
Lamentations |
Gospel
according to Luke |
4 |
Numbers |
1
Samuel |
Ecclesiastes |
Baruch |
Gospel
according to John |
5 |
Deuteronomy |
2
Samuel |
Song
of Songs |
Ezekiel |
The
Acts of the Apostles |
6 |
|
1
Kings |
Wisdom |
Daniel |
Romans |
7 |
|
2
Kings |
Sirach |
Hosea |
1
Corinthians |
8 |
|
1
Chronicles |
|
Joel |
2
Corinthians |
9 |
|
2
Chronicles |
|
Amos |
Galatians |
10 |
|
Ezra |
|
Obadiah |
Ephesians |
11 |
|
Nehemiah |
|
Jonah |
Philippians |
12 |
|
Tobit |
|
Micah |
Colossians |
13 |
|
Judith |
|
Nahum |
1
Thessalonians |
14 |
|
Esther |
|
Habakkuk |
2
Thessalonians |
15 |
|
1
Maccabees |
|
Zephaniah |
1
Timothy |
16 |
|
2
Maccabees |
|
Haggai |
2
Timothy |
17 |
|
|
|
Zechariah |
Titus |
18 |
|
|
|
Malachi |
Philemon |
19 |
|
|
|
|
Hebrews |
20 |
|
|
|
|
James |
21 |
|
|
|
|
1
Peter |
22 |
|
|
|
|
2
Peter |
23 |
|
|
|
|
1
John |
24 |
|
|
|
|
2
John |
25 |
|
|
|
|
3
John |
26 |
|
|
|
|
Jude |
27 |
|
|
|
|
Revelation |
Jumlah
buku ialah 46 |
Jumlah
27 buku |
Bible Untuk Protestant
|
Perjanjian Lama |
Perjanjian baru |
|||
|
Pentateuch |
Historical Books |
Poetical Books |
Prophetical Books |
|
1 |
Genesis |
Joshua |
Job |
Isaiah |
Gospel
According to Matthew |
2 |
Exodus |
Judges |
Psalms |
Jeremiah |
Gospel
According to Mark |
3 |
Leviticus |
Ruth |
Proverbs |
Lamentations |
Gospel
According to Luke |
4 |
Numbers |
1
Samuel |
Ecclesiastes |
Ezekiel |
Gospel
According to John |
5 |
Deuteronomy |
2
Samuel |
Song
of Solomon |
Daniel |
The
Acts of the Apostles |
6 |
|
1
Kings |
|
Hosea |
Romans |
7 |
|
2
Kings |
|
Joel |
1
Corinthians |
8 |
|
1
Chronicles |
|
Amos |
2
Corinthians |
9 |
|
2
Chronicles |
|
Obadiah |
Galatians |
10 |
|
Ezra |
|
Jonah |
Ephesians |
11 |
|
Nehemiah |
|
Micah |
Philippians |
12 |
|
Esther |
|
Nahum |
Colossians |
13 |
|
|
|
Habakkuk |
1
Thessalonians |
14 |
|
|
|
Zephaniah |
2
Thessalonians |
15 |
|
|
|
Haggai |
1
Timothy |
16 |
|
|
|
Zechariah |
2
Timothy |
17 |
|
|
|
Malachi |
Titus |
18 |
|
|
|
|
Philemon |
19 |
|
|
|
|
Hebrews |
20 |
|
|
|
|
James |
21 |
|
|
|
|
1
Peter |
22 |
|
|
|
|
2
Peter |
23 |
|
|
|
|
1
John |
24 |
|
|
|
|
2
John |
25 |
|
|
|
|
3
John |
26 |
|
|
|
|
Jude |
27 |
|
|
|
|
Revelation |
Jumlah
buku ialah 39 |
Jumlah
27 buku |
Pada bahagian pertama yang lepas, kita ada menyentuh tentang perselisihan mazhab
Katholik dan Protestant terhadap tujuh buah buku dalam Kitab Perjanjian Lama.
Pihak Katholik menerima dan mengakui ketujuh-tujuh buku tersebut sahih tapi
tidak pula oleh Protestant. Kenapa?
|
Senarai buku yang menjadi perselisihan, Apochrypha atau
Deuterocanonical? |
|
Senarai
buku-buku di bawah telah dicetak sebagai appendiks dalam sebilangan Bible
Kristian Protestant sahaja tetapi tidak diakui dan diterima sahih oleh
golongan Protestant sebagai canon (yang diakui sah). Buku-buku
yang diakui sahih oleh golongan Kristian Roman Katolik ditandai dengan
asteriks (*). Bahagian dalam kurungan adalah perbezaan nama dan posisi
susunan buku berkenaan dalam versi Roman Katholik. Sementara bilangan
12,13 dan 14 diterima pula sebagai sahih oleh Gereja Greek Ortodoks. |
1 |
*Tobit |
2 |
*Judith |
3 |
*
1 Maccabees |
4 |
*
2 Maccabees |
5 |
*
Wisdom of Solomon (Wisdom) |
6 |
*
Ecclesiasticus (Sirach) |
7 |
*
Baruch, dengan surat Jeremiah (Baruch) |
8 |
*
Tambahan kepada buku Esther (Esther 10:4-10) |
9 |
*
Song of the Three Young Men (tambahan kepada buku Daniel 3:24-90) |
10 |
*
Susanna (tambahan kepada buku Daniel 13) |
11 |
*
Bel and the Dragon (tambahan kepada buku Daniel 14) |
12 |
Prayer
of Manasseh |
13 |
1
Esdras |
14 |
2
Esdras |
Kuasa yang menguasai dunia Kristian pada masa itu adalah Roman Katholik. Bahasa
Latin adalah bahasa perantaraan di semua daerah Roman mengatasi bahasa Greek.
Pada masa gereja Roman Katholik menyusun kitab Bible, versi Kitab Perjanjian
Lama yang diterima dan diakui adalah dalam versi Septuagint bahasa Greek. Tokoh
Jerome adalah orang yang bertanggungjawab menterjemah Bible ke bahasa Latin
dengan lebih teliti pada sekitar tahun 382 Masihi. Beliau menggunakan versi
Septuagint dan versi bahasa Ibrani. Jerome walaupun mendapati ada perbezaan
antara dua versi ini, tetapi tetap menerima tujuh buku berkenaan. Hasil kerja
Jerome yang dikenali sebagai Bible Vulgate telah diterima dan diisytiharkan
sebagai Bible rasmi untuk gereja Roman Katholik. Selama ratusan tahun lamanya,
pembacaan dan pengkajian ilmu agama dan Bible adalah hak mutlak monopoli kuasa
gereja.
Namun, Martin Luther (1483-1546), pengasas mazhab Protestant muncul mencabar
monopoli gereja Katholik terhadap Bible. Martin Luther dengan semangat
berkobar-kobar melakukan penterjemahan Bible ke dalam bahasa Jerman. Pada ketika
itu, beliau mendapati teks versi Ibrani tidak ada tujuh buku seperti versi
Septuagint bahasa Greek. Martin Luther mengambil keputusan menolak kesahihan
tujuh buku berkenaan. Aneh tapi benar, manusia sesuka hati mengambil keputusan
dalam menentukan mana satu kitab yang didakwa sebagai sahih daripada Tuhan. (Insya'Allah,
penulis akan membicarakan sejarah dan isu perselisihan antara Katholik dan
Protestant di masa akan datang.)
bersambung...
BAHAGIAN
KETIGA
Bukan Hanya
27 Buah Buku
Sebenarnya, para pengkaji sejarah mencatitkan terdapat pelbagai penulisan yang
dipanggil sebagai gospel telah berlegar dalam masyarakat Kristian semenjak akhir
abad pertama hingga abad ketiga. Dicatitkan jumlah lebih daripada dua ratus buah
tulisan yang diketahui oleh kajian sejarah wujud pada awal pertumbuhan agama
Kristian.
Adakah karangan lain selain daripada yang kita telah sebut di atas sebagai
karangan yang muncul pada awal abad pertama Masihi? Ya, terakam dalam rekod
bahawa terdapat banyak lagi gospel yang lain. Kehadiran pelbagai gospel yang
membawa naratif yang bukan sahaja berbeza tapi tidak kurang yang bertentangan.
Keadaan ini menimbulkan pelbagai tafsiran Kristian yang berbeza bukan pada
cabang, tapi juga berkenaan tentang konsep asas agama Kristian. Malah, konsep
ketuhanan Nabi Isa a.s. mulai diperdebatkan dengan cukup hebat dan keras hingga
satu mazhab bertindak mengkafirkan mazhab yang tidak sealiran dengan mereka.
Tulisan ini telah dimasukkan dalam Senarai Buku-buku Terlarang (List of
Forbidden Books), antaranya ialah:
|
The
Gospel of Barnabas |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak Semua Penulis Diketahui
Keempat-empat
gospel yang diakui pada masa ini tidak diketahui dengan jelas siapa penulis
sebenarnya. Tiada keterangan seperti pengakuan penulis tentang identitinya.
Secara anggaran dan hanya anggapan sahaja, tanpa bukti yang pasti, gospel
berkenaan telah disandarkan kepada individu tertentu seperti Matthew yang
merupakan salah seorang anak murid Nabi Isa a.s. Namun, dalam Epistles seperti
Galatian, Corinthian dan lain-lain, kita dapati jelas nama Paul sebagai penulis
yang mengakui identitinya sebagai individu yang bertanggungjawab tentang
kandungan penulisan tersebut. Namun adakah penulisnya Paul sendiri atau orang
lain yang bersandarkan nama Paul tidak dapat dipastikan hingga ke hari ini.
Pemisahan Perkataan Nabi Isa a.s. dan
perkataan penulis
Kita
memberi tumpuan kepada Kitab Perjanjian Baru dalam penulisan ini. Buku yang
dipanggil Gospel didakwa sebagai penulisan yang dilakukan oleh murid-murid Nabi
Isa a.s. sendiri. Bentuk penulisan membawa kepada pandangan penulis sebagai
saksi yang kononnya melihat kejadian yang berlaku. Namun, tiada satu cara pun
telah digunakan untuk memisahkan dan membezakan apa yang telah diucapkan oleh
Nabi Isa a.s. dengan perkataan penulis gospel sendiri. Keseluruhan kebenaran
empat Gospel ini dalam bercerita perkataan yang diucapkan oleh Nabi Isa a.s.
tidak dapat dipastikan dengan jelas dan muktamad. Ini ditambahkan lagi oleh
wujudnya perselisihan perceritaan mengenai perkara yang sama dalam empat Gospel
ini. Ini tidak seperti mana Al-Quran yang merupakan semata-mata wahyu dari Allah
dan langsung tidak sekali-kali diselitkan perkataan Rasulullah s.a.w. atau
perkataan pencatit wahyu di zaman Rasulullah s.a.w.
Dengan
ini jelas kepada kita bagaimanakah taraf gospel itu berbanding kitab suci Al-Qur'an.
Gospel sebenarnya tidak sampai kepada tahap kesahihan hadis-hadis dalam Islam
kerana hadis telah mengalami penapisan yang amat ketat dan diketahui perawinya
dan sanadnya serta dikategorikan tahap kesahihannya. Hadis lebih jauh terpercaya
berbanding gospel. Gospel memang tidak setaraf dengan Al-Qur'an, kerana gospel
hanya boleh disamakan dengan catatan sejarah yang tidak diketahui siapa
penulisnya.
Rujukan Kepada Gospel
Yang
paling menarik perhatian kita adalah ketiadaan sebarang rujukan dalam kisah The
Acts of Apostles yang membawa sebarang ayat-ayat seperti yang termaktub
dalam Gospel yang empat. Malah dalam meneliti kesemua buah buku yang lain, tiada
satu rujukan yang membawa keratan ayat suci daripada mana-mana Gospel yang empat.
Kenapa? Pasti pengikut awal Nabi Isa a.s. seperti Peter, John dan Yakob sedar
akan kehadiran Gospel berkenaan jika sememangnya Gospel sudah dikarang dan wujud
ketika itu dalam keadaan yang telah lengkap sebagai panduan penganut Kristian.
Ini menunjukkan bahawa The Acts of Apostles seolah-olah 'terasing' dan 'tidak
menghormati' Gospel yang empat, sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku jika
benarlah Gospel yang empat ini berasal dari ajaran Isa a.s.
Adalah
amat penting kita mengenali beberapa terma atau konsep yang telah digunakan oleh
golongan Yahudi dan Kristian pada hari ini, penekanan diberikan lebih kepada
golongan Kristian. Ini kerana di Malaysia, kita memang tidak dapat lari daripada
bergaul dengan golongan Kristian. Tujuannya agar kita lebih jelas dan tidak
tersilap ketika menghadapi dan berbincang dengan mereka.
(Buku
Bible yang dirujuk untuk petikan mana-mana ayat adalah daripada versi King
James, terjemahan bahasa Indonesia. Namun, nama-nama khas akan penulis kekalkan
untuk mengelakkan kekeliruan.)
Jesus Christ/ Messiah
Kita
kenali Nabi Isa as sebagai seorang rasul yang diutus oleh Allah swt. Jelas nama
ibunya, Mariam as juga disebut dalam AlQuran. Kenapa nama dalam Kristian adalah
Jesus Christ? Adakah christ itu sebagai panggilan anak Tuhan? Jawabannya adalah
tidak. Jesus adalah nama yang telah diterjemahkan, sementara christ adalah
gelaran.
Riwayat
Yahudi dan juga pemuka agama Kristian menyatakan bahawa Yeshua adalah nama Nabi
Isa as dalam bahasa Ibrani yang kemudian telah diterjemah kepada bahasa Greek
sebagai Iesous (IhsouV: disebut sebagai "ee-ay-SUS").
Kemudian, diterjemah kepada Latin sebagai Iesus dan akhirnya ke bahasa inggeris
sebagai Jesus. Yeshua dalam bahasa Ibrani adalah bermakna penyelamatan.
Sebutan
Christ berasal daripada satu konsep yang disebut dalam bahasa Ibrani sebagai Messiah.
Messiah bukanlah satu nama individu tetapi sebagai gelaran yang diberikan kepada
seseorang. Golongan Yahudi sememangnya telah berkurun-kurun lamanya menanti
kedatangan Messiah yang dianggap raja dan juga wakil Tuhan yang akan
mengembalikan keagungan Bani Isreal. Apabila diterjemah ke bahasa Greek ianya
disebut sebagai Christo. Konsep ini agak sukar diterangkan dalam bahasa
melayu kerana kita tiada konsep ini, yang paling hampir adalah pertabalan.
Dalam
budaya Yahudi, seorang yang dilantik atau ditabal sebagai raja atau ketua agama
akan diurap kepalanya dengan minyak oleh ketua agama. Ianya adalah sebagai
lambang pengiktirafan raja oleh Tuhan. Kita harus faham Yahudi memulai tradisi
raja dengan pertabalan Saul (dalam Al Quran namanya Thalut). Sebelum Thalut,
tiada konsep raja dalam budaya Yahudi selepas Nabi Musa as. (tokoh Nabi Musa as
boleh dianggap sebagai raja walaupun gelaran raja tidak pernah diguna oleh Nabi
Musa as sendiri).
Dalam
ajaran Yahudi, mereka telah dijanjikan seorang juruselamat yang juga digelar
sebagai Messiah. Kemunculan Messiah ini sangat dinanti-nantikan kerana mengikut
kepercayaan golongan Yahudi, Messiah ini akan mengembalikan keagungan bangsa
Yahudi di muka bumi ini. Namun, mereka tidak mengakui Nabi Isa as sebagai
Messiah.
Dalam
Al Quran dan hadith Rasulullah saw, ada disebut dengan jelas penggunaan alMasih
merujuk kepada Nabi Isa as. Mengikut Kamus Jauhari terbitan Alhidayah, masaha
dalam bahasa Arab membawa maksud 'urapan/sapuan' (mukasurat 312). Jelas Christ
hanya semata-mata terjemahan ke bahasa Greek daripada makna asal Messiah/Masihi
yang bermaksud urapan dengan minyak.
Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai
tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putra Maryam;
padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan
(yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka
persekutukan.
(Surah
AtTaubah:31)
Namun,
ramai ulama tafsir yang memberi tafsiran yang berlainan terhadap 'alMasih' ini.
Ada yang menyatakan Nabi Isa as disebut alMasih kerana selalu berjalan bermaksud
kakinya sering menyentuh bumi. Satu pendapat yang disandarkan kepada Ibnu Abbas
ra telah menyatakan bahawa disebut alMasih kerana Nabi Isa as akan menyentuh
orang untuk menyembuh orang itu dengan izin Allah swt.
Kristian dan Nasrani
Satu
perkara yang perlu diberi perhatian bahawa dalam Al Quran, tiada satu pun
sebutan 'kristian' digunakan untuk merujuk kepada golongan yang memegang dan
menyakini Kitab Perjanjian Baru ini. Gelaran yang digunakan dalam Al Quran
adalah Nasrani. Malah Nabi Isa as dalam riwayat gospel pegangan Kristian pun
tidak pernah menyatakan bahawa kumpulannya atau pengikutnya adalah Kristian.
Perkataan Kristian mula digunakan merujuk kepada 'para pengikut' Nabi Isa as
adalah dalam kitab 'Acts Of Apostles'.
Lalu pergilah Barnabas ke Tarsus untuk mencari Saulus; dan setelah
bertemu dengan dia, ia membawanya ke Antioch. Mereka tinggal bersama-sama dengan
jemaat itu satu tahun lamanya, sambil mengajar banyak orang. Di Antiochlah
murid-murid itu untuk pertama kalinya disebut Kristen.'
Kitab
Acts Of Apostles: 11:25-26
Ramai
ahli sejarah sering hairan kenapa setelah begitu lama Nabi Isa as tiada, barulah
pengikut Nabi Isa as memberi gelaran baru kepada diri mereka sendiri. Kenapa
tiada satu nama khusus semasa Nabi Isa as sedang berdakwah jika benar dakwaan
orang Kristian yang Nabi Isa as membawa ajaran baru? Kenapa gelaran itu
diberikan di Antakya (Antakya adalah nama sekarang, ianya sebuah tempat di Turki
bersempadan dengan Syria dan disebut sebagai Antioch dalam Bible) dan bukan di
Jerusalem?
Kristian
sering menulis nama Nabi Isa as sebagai Jesus of Nazareth. Nazareth sering
ditafsirkan sebagai nama kampung halaman Nabi Isa as dalam tradisi Kristian.
Masalahnya, kajian mendapati tiada rekod wujudnya sebuah tempat bernama Nazareth
pada abad pertama Masihi di daerah Galilee, Palestin. Ada yang membawa teori
bahawa ianya sebenarnya adalah Nazarene, suatu mazhab Yahudi yang lebih tegas
patuh menuruti peraturan Taurat. Penulis lebih cenderung dengan pendapat yang
menganggap Nazareth adalah terjemahan buruk kepada bahasa Greek daripada asal
perkataan Nazara atau Nasara (bahasa Ibrani juga nasara). Nasara adalah pembantu,
sebagaimana golongan Ansar yang membantu Rasulullah saw. Dalil yang dibawa
adalah dalam Al Quran sendiri.
Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama)
Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya
yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk
menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kami
lah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israel
beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka kami berikan kekuatan kepada
orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi
orang-orang yang menang.
(Surah
Ash Shaaf:14)
Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israel) berkatalah
dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan
agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kami
lah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah
bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang muslim (yang berserah diri).
(Surah
Al-Imran: 52)
Dalam
petikan ayat di atas, orang beriman diseru agar membantu agama Allah swt
sebagaimana pengikut Nabi Isa as telah membantu agama Allah swt apabila mereka
diseru berbuat demikian. Perkataan yang digunakan untuk menceritakan pengikut
sebenar Nabi Isa as juga adalah 'ansara', yang diikuti dengan pengakuan mereka
sebagai muslim. Wallahu'alam.
Konsep Wahyu (Revelation)
Satu
perkara yang saya rasa perlu ditekankan adalah perbezaan daripada pemahaman dan
penggunaan ayat 'wahyu' itu sendiri. Pengertian umat Islam tentang wahyu adalah
berbeza besar dengan pengertian penganut Kristian.
Ilmuan
Islam menyatakan dengan jelas bahawa hanya nabi dan rasul sahaja menerima wahyu
daripada Allah swt. Wahyu kepada Rasulullah s.a.w. adalah dalam dua bentuk.
Pertama adalah dalam konsep yang kita kenali sebagai Al-Quranul Karim. Makna dan
lafaz setiap ayat adalah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. secara langsung
atau melalui perantaraan Malaikat Jibrail a.s. Kedua adalah yang kita kenali
sebagai hadith atau sunnah, maknanya adalah wahyu tetapi lafaz atau perbuatan
yang terhasil adalah milik Rasulullah s.a.w. sendiri. Selain daripada itu, kita
tidak terima sebagai wahyu daripada Tuhan yang Esa.
Penganut
Kristian memahami wahyu sebagai apa sahaja yang 'diilham' oleh Tuhan, termasuk
setiap kata-kata Nabi Isa a.s. dan kononnya ilham daripada Roh Kudus juga
dipanggil wahyu. Malah setiap anak murid Nabi Isa a.s. juga menerima wahyu dan
juga setiap wali suci (terjemah English ialah Saint) yang diiktiraf oleh kuasa
gereja Katolik pada era awal. Selalunya 'wali suci' atau saint ini
diilhamkan dengan kemunculan Nabi Isa a.s. secara nyata atau kedengaran suara
sahaja. Islam tidak dapat menerima konsep wahyu seperti ini.
Haikal Suci / Baitul Maqdis / Beit Hamikdash / Kuil
Sulaiman
Nabi
Sulaiman as telah mendapat penghormatan membangunkan sebuah tempat ibadat yang
dikenali oleh pengkaji barat sebagai Kuil Sulaiman. Masalahnya apabila disebut
kuil, ramai yang menggambarkan kuil seperti yang ada dalam agama Hindu atau
Buddha. Sebenarnya tidak sama, kerana Yahudi tidak meletakkan sebarang patung
atau ukiran benda bernyawa sebagai sembahan mereka dalam Haikal Suci. Namun
penulis secara peribadi lebih senang dengan panggilan Baitul Maqdis atau Haikal
Suci.
Haikal
Suci ini telah dua kali dimusnahkan dalam sejarah. Kali pertama apabila kerajaan
Babylon menyerang dan menawan kerajaan Judah. Kemudian ia telah dibangunkan
semula. Kali kedua, apabila tentera Rom menyerang dan menghancurkan kota
Jerusalem. Yang tinggal hingga kini hanyalah sebahagian dinding yang kini
dikenali 'Wailing Wall' (Dinding Tangisan). Semasa Nabi Isa as berdakwah, Haikal
Suci ini masih wujud lagi, belum dimusnahkan oleh tentera Rom.
Orang
Yahudi sendiri memanggilnya sebagai Beit Hamikdash dalam bahasa Ibrani.
Malah, Allah swt sendiri telah mengiktiraf kewujudan sebuah lagi tempat ibadat
yang dimuliakan.
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam
dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya
agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah
Al Israa:1)
Anak Tuhan dan Triniti
Konsep
triniti Kristian telah meletakkan Tuhan Bapa, Anak dan Ruh Qudus sebagai tiga
dalam satu dan satu dalam tiga. Menarik sebagai pengetahuan umum, ilmu teologi
adalah berasal daripada usaha pihak gereja untuk menjelaskan ilmu ketuhanan
Triniti ini. 'Theo' adalah tuhan dalam bahasa Greek, 'theology' membawa maksud
ilmu ketuhanan. Theology adalah perbahasan falsafah dan bersifat akal
semata-mata.
Ringkasnya,
triniti bukanlah mucul spontan sahaja selepas Nabi Isa as tiada. 'Rasul agung'
fahaman sesat ini adalah Paul of Tarsus. Tukang kempen triniti yang cukup rajin
adalah Tertullian dalam tulisannya pada sekitar akhir abad ke 2 Masihi.
Sebenarnya pada masa itu tidak semua yang menerima konsep Triniti. Ramai pendita
dan paderi Kristian sendiri yang menolak konsep Triniti. Tetapi konsep ini
berkembang secara perlahan dan menjadi dominan pada abad 4 masihi.
Namun,
Athanasius daripada Iskandariah dengan sokongan Maharaja Rom bernama
Constantine, telah berjaya menjadikan 'Jesus' sebagai anak Tuhan. Pada suatu
majlis ecunemical yang ditubuhkan telah direncara satu agenda besar. Rencana
utama adalah sebagai pentas perbincangan isu utama apa hubungan Jesus dan Tuhan.
Pada tahun 325 masihi,
di Nicea (sekarang ini adalah daerah Iznik di Turki) suatu formula telah dicapai.
Formulanya seperti berikut:
“Lord
Jesus Christ...God from God, Light from Light, true God from true God, begotten
not made, of one being (Greek homoousios,”of the same substance”)
with the Father...Holy Ghost, Lord and Giver of Life.."
Terjemahannya
ialah "Tuhan Jesus Christ...Tuhan daripada Tuhan, Cahaya daripada Cahaya,
Tuhan yang hak daripada Tuhan yang hak, dilahirkan bukan diciptakan, satu unsur
dengan Tuhan... Ruhul Qudus, Tuhan dan Pemberi Nyawa.."
Inilah
asas utama kepada konsep Triniti iaitu menganggap Jesus Christ itu Tuhan.
Holy Spirit / Holy Ghost / Ruhul
Qudus
Kristian
sendiri sebenarnya tidak dapat menerangkan dengan jelas siapa atau apa Holy
Ghost ini. Banyak tulisan mereka tentang persoalan ini telah menambahkan
kekusutan. Menarik untuk mengetahui bahawa nama malaikat Jibrail as hanya muncul
dalam satu buku sahaja daripada keseluruhan Kitab Perjanjian Lama iaitu Danial,
sementara dalam Kitab Perjanjian Baru, nama itu muncul dalam Gospel Luke sahaja.
Ruhul
Qudus ditafsirkan oleh ulama Islam sebagai malaikat Jibrail as tetapi Islam
tidak beriktiqad atau menganggap Ruhul Qudus sebagai Tuhan.
Konsep Canon
Kemunculan
pelbagai tulisan yang terhasil di beberapa tempat yang berlainan pada awal
sejarah pertumbuhan Kristian telah menimbulkan masalah besar. Masalah ini
semakin parah bila bilangan penganut semakin bertambah. Usaha gigih mula
dilaksanakan agar tulisan yang kononnya 'tidak menyeleweng' sahaja patut diakui
oleh semua penganut Kristian.
Usaha
ini dengan sendiri ditentang oleh pelbagai golongan yang merasakan tulisan yang
ada pada mereka adalah asli dan sahih seperti ajaran Nabi Isa a.s. Kuasa negara
digesa oleh tokoh-tokoh gereja Roman Katolik untuk hanya menerima sejumlah kecil
tulisan yang dipilh. Hasilnya muncul konsep 'Canon' iaitu bermaksud
yang sahih dan diakui kebenarannya oleh kuasa gereja Roman Katolik.
Boleh
kita bandingkan dengan usaha umat Islam dalam mengumpul hadith sahih sebagai
panduan, tapi usaha mengumpul hadis sahih oleh Bukhari dan Muslim adalah jauh
lebih teliti dari apa yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Kristian dalam
mengumpulkan 'Canon'. Ini kerana sepanjang sejarah selama 2 ribu tahun, golongan
Kristian masih gagal menyatakan dengan dengan tepat siapa sebenarnya 4 penulis
gospel yang diagungkan mereka.
Mukjizat dan Keajaiban
Keajaiban
adalah sesuatu yang kejadian berlaku tetapi bertentangan hukum adat atau hukum
alam semulajadi. Islam meletakkan bahawa terdapat kejadian keajaiban yang
mungkin berlaku tetapi perlu ada perbezaan tentang pengertiannya sendiri. Islam
meletakkan satu perkataan yang khusus bila bercerita tentang keajaiban yang
berlaku dikurniakan kepada rasul yang di utus oleh Tuhan yang Esa, iaitu
mukjizat. Kejadian yang ajaib yang berlaku kepada muslim biasa dipanggil mau'nah.
Dalam
tulisan awal Kristian, perkataan keajaiban (miracle) tidak membezakan mukjizat
Nabi Isa a.s. sebagai rasul dengan keajaiban yang berlaku kepada murid Nabi Isa
a.s. maksudnya, segala yang di luar adat kebiasaan boleh dipanggil 'miracle'
oleh puak Kristian, walaupun ianya berlaku pada orang biasa, dan walaupun ia
sesuatu yang punya konotasi buruk.
Krismas?
Kalau
dikaji seluruh Kitab Perjanjian Baru, kita tidak akan langsung berjumpa satu pun
kisah Krismas atau upacara sambutan Krismas. Salah satu perkara yang cukup aneh
dan janggal, satu perayaan yang cukup terkenal dan hebat telah disambut dengan
meriah saban tahun oleh orang Kristian, namun tidak
ada satu keterangan pun daripada kitab suci mereka sendiri.
Kosong, sama sekali tidak wujud adanya konsep perayaaan Krismas ini daripada
tradisi pada masa Nabi Isa as ataupun dirayakan oleh pengikut-pegikut Nabi Isa
as.
Prophet dan Apostle
Perkataan
prophet dan apostle ini sering diterjemahkan kepada nabi atau rasul. Sebenarnya
makna asal dalam konteks Yahudi dan Kristian adalah berbeza daripada konteks
Islam. Golongan Yahudi ada konsep yang disebut Nebim (nebim adalah dalam bahasa
ibrani) yang diterjemah sebagai prophet
dan juga rasul. Mereka juga percaya yang para nabi ini adalah utusan Tuhan.
Prophet juga difahamkan sebagai peramal atau pemberitahu kejadian yang akan
datang. Prophesy adalah meramalkan sesuatu yang belum berlaku. Istilah Prophet
digunakan meluas dalam Kitab Perjanjian Lama. Masalahnya, istilah ini sering
juga digunakan pada ahli pendeta sembahan berhala Ba'l.
Krisitian
tidak ada istilah untuk institusi nabi atau rasul seperti yang umat Islam fahami.
Apostle merupakan konsep yang khusus pada Kristian, yang diterjemahkan kepada
rasul dalam bahasa Melayu dan Indonesia. Perkataan apostle berasal daripada
Greek
ἀπόστολος
(apostolos). Apostolos bermaksud diutus
atau dihantar. Konsep ini diguna untuk merujuk kepada pengikut Nabi Isa as yang
diceritakan dalam Gospel Kristian sahaja. Apostle ini juga kononnya diberi wahyu
oleh Roh Qudus atau Nabi Isa as sendiri. Kemudian golongan Kristian mengwujudkan
pula institusi saint yang diterjemah sebagai 'wali'. Saint ini juga dikatakan
menerima wahyu secara langsung atau melalui perantaraan malaikat. Contohnya
adalah kisah Joan of Arc yang dikatakan adalah 'saint' menerima wahyu daripada
Tuhan untuk berperang menentang England.
Ada
12 orang tokoh pengikut Nabi Isa as yang dikatakan bertaraf apostle yang utama.
Senarai nama mereka adalah berbeza dalam keempat gospel yang wujud dalam Kitab
Perjanjian Baru.
Matthew |
Mark |
Luke |
John |
Peter,
Andrew, James, John, Philip, Thomas, Bartholomew, Matthew, James bin
Alpheus, Simon orang zealot, Thaddaeus dan Judas Iscariot. |
Peter,
Andrew, James, John, Philip, Thomas, Bartholomew, Matthew, James bin
Alpheus, Simon orang zealot, Thaddaeus dan Judas Iscariot. |
Peter,
Andrew, James, John, Philip, Thomas, Bartholomew, Matthew, James bin
Alpheus, Simon orang zealot, Judas bin Yakobus dan Judas Iscariot. |
Tiada
senarai nama yang jelas diberi. Hanya dapat dikesan dengan jelas adalah
seperti berikut; Peter, Andrew, dua bersaudara anak kepada Zebedee,
Philip, Nathanael, Thomas, Judas Iscariot dan Judas. |
Nabi dan Rasul dalam Bible
Dalam
kitab perjanjian lama, kita akan bertemu banyak riwayat para rasul. Walaupun
banyak persamaan dengan Islam, namun banyak cerita telah telah diubah sehingga
ada yang amat tercela dan menghina rasul yang diutus Allah swt. Diharapkan
penerangan selanjutnya dapat memperlihatkan kejahatan golongan Yahudi dalam
mengubah fakta.
Nabi
Adam as telah diceritakan dalam buku Genesis. Nama yang digunakan adalah sama.
Cuma nama Siti Hawa telah disebut sebagai Eve dalam buku Genesis. Penceritaan
nya walaupun secara teras sama seperti ajaran Islam tetapi ada perbezaan yang
ketara. Dalam kitab perjanjian lama juga disebutkan Nabi Adam as dibuat daripada
tanah. Tetapi tiada kisah Nabi Adam as diajar ilmu dan diberi penghormatan
daripada malaikat.
Nabi
Noh as telah disebutkan sebagai Noah. Dalam riwayat mereka, Nabi Noh as terkenal
dengan bahtera. Namun ada tuduhan keji terhadap Nabi Noh ini. Nabi Noh dikatakan
sering mabuk minum arak dan berbogel dalam khemah.
Nuh menjadi petani; dialah yang mula-mula membuat kebun anggur. Setelah
ia minum anggur, mabuklah ia dan ia telanjang dalam kemahnya.
Kitab
Genesis:9: 20-21
Nabi
Ibrahim as telah disebutkan dalam dua panggilan, pertama Abram dan kemudian
sebagai Abraham.
"Dari pihak-Ku, inilah perjanjian-Ku dengan engkau: Engkau akan
menjadi bapa sejumlah besar bangsa. Karena itu namamu bukan lagi Abram,
melainkan Abraham, karena engkau telah Kutetapkan menjadi bapa sejumlah besar
bangsa."
Kitab
Genesis:17:4-5
Nabi
Luth as telah disebutkan sebagai Lot. Rasul yang mulia ini juga telah difitnah
dengan tuduhan yang kotor oleh golongan Yahudi. Nabi Luth as dikatakan telah
berzina sumbang mahram dengan kedua anak perempuan semasa Nabi Luth as mabuk.
"Marilah kita beri ayah kita minum anggur, lalu kita tidur dengan
dia, supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita." Pada malam itu
mereka memberi ayah mereka minum anggur, lalu masuklah yang lebih tua untuk
tidur dengan ayahnya; dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur
dan ketika ia bangun. Keesokan harinya berkatalah kakaknya kepada adiknya:
"Tadi malam aku telah tidur dengan ayah; baiklah malam ini juga kita beri
dia minum anggur; masuklah engkau untuk tidur dengan dia, supaya kita menyambung
keturunan dari ayah kita." Demikianlah juga pada malam itu mereka memberi
ayah mereka minum anggur, lalu bangunlah yang lebih muda untuk tidur dengan
ayahnya; dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia
bangun. Lalu mengandunglah kedua anak Lot itu dari ayah mereka.
Kitab
Genesis:19:32-36
Nabi
Ayub as telah disebut sebagai Job.
Nabi
Ismail as telah disebut sebagai Ishmael.
Nabi
Ishak as telah disebut sebagai Isaac.
Nabi
Yakob as telah disebut sebagai Jacob. Nabi Yakob as inilah yang dipanggil
sebagai Israel. Kisah Nabi Yakob juga telah banyak dikotorkan oleh golongan
Yahudi.
Nabi
Yusof as telah disebut sebagai Joseph.
Nabi
Musa as telah disebut sebagai Moses.
Nabi
Harun as telah disebut sebagai Aaron. Nabi Harun as telah juga difitnah dengan
tuduhan yang cukup jahat. Nabi Harun as dikatakan telah terlibat membuat patung
berhala anak sapi semasa ketiadaan Nabi Musa as. Juga telah Nabi Harun as dan
saudara perempuannya, Mariam telah dituduh memberontak kepada kepimpinan Nabi
Musa as.
Lalu berkatalah Harun kepada mereka: "Tanggalkanlah anting-anting
emas yang ada pada telinga isterimu, anakmu laki-laki dan perempuan, dan bawalah
semuanya kepadaku." Lalu seluruh bangsa itu menanggalkan anting-anting emas
yang ada pada telinga mereka dan membawanya kepada Harun. Diterimanyalah itu
dari tangan mereka, dibentuknya dengan pahat, dan dibuatnyalah dari padanya anak
lembu tuangan. Kemudian berkatalah mereka: "Hai Israel, inilah Allahmu,
yang telah menuntun engkau keluar dari tanah Mesir!" Ketika Harun melihat
itu, didirikannyalah mezbah di depan anak lembu itu. Berserulah Harun, katanya:
"Besok hari raya bagi TUHAN!"
Kitab
Exodus:32: 2-5
Nabi
Daud as telah disebut sebagai David. Anehnya, Nabi Daud as tidak pernah
diiktiraf sebagai rasul oleh golongan Yahudi. Yahudi amat berbangga dengan Raja
Daud, malah mereka mengharapkan kemunculan kerajaan keturunan Raja Daud pada
akhir zaman. Namun, perbuatan yang hina iaitu perbuatan berzina telah difitnah
ke atas Nabi Daud as. Nabi Daud as dikatakan telah berzina dengan seorang isteri
tenteranya dan kemudian menjalankan muslihat hingga suami wanita itu terbunuh di
medan perang.
Sekali peristiwa pada waktu petang, ketika Daud bangun dari tempat
pembaringannya, lalu berjalan-jalan di atas sotoh istana, tampak kepadanya dari
atas sotoh itu seorang perempuan sedang mandi; perempuan itu sangat elok rupanya.
Lalu Daud menyuruh orang bertanya tentang perempuan itu dan orang berkata:
"Itu adalah Batsyeba binti Eliam, isteri Uria orang Het itu." Sesudah
itu Daud menyuruh orang mengambil dia. Perempuan itu datang kepadanya, lalu Daud
tidur dengan dia. Perempuan itu baru selesai membersihkan diri dari kenajisannya.
Kemudian pulanglah perempuan itu ke rumahnya. Lalu mengandunglah perempuan itu
dan disuruhnya orang memberitahukan kepada Daud, demikian: "Aku mengandung."
Kitab
2 Samuel :11: 2-5
Nabi
Sulaiman as telah disebut sebagai Solomon. Anak kepada Nabi Daud as. Juga tidak
disebut sebagai rasul oleh Yahudi. Pelbagai fitnah keji telah dibuat oleh
golongan Yahudi. Antaranya ialah turut menyembah berhala dan mengikut syaitan
dalam sihir.
Sebab pada waktu Salomon sudah tua, isteri-isterinya itu mencondongkan
hatinya kepada *allah-allah lain, sehingga ia tidak dengan sepenuh hati berpaut
kepada TUHAN, **Allahnya, seperti Daud, ayahnya. Demikianlah Salomon mengikuti
Asytoret, dewi orang Sidon, dan mengikuti Milkom, dewa kejijikan sembahan orang
Amon, dan Salomo melakukan apa yang jahat di mata TUHAN, dan ia tidak dengan
sepenuh hati mengikuti TUHAN, seperti Daud, ayahnya.
Kitab
1 Kings: 11: 2-6
*dalam
teks Ibrani, perkataan yang diguna untuk frasa 'allah-allah lain' adalah 'elohiym
akh-air' diterjemah kepada 'deos alienos' dalam bahasa Latin. Elohiym adalah
perkataan jama' kepada 'eloah iaitu tuhan. Terjemahan yang benar adalah 'tuhan-tuhan
asing' dan bukannya 'allah-allah lain'.
**dalam
teks Ibrani dan juga dalam teks Latin, frasa 'TUHAN, Allahnya' tidak
digunakan sama sekali. Yang wujud adalah 'yeh-ho-wah elohiym' (bahasa Ibrani)
dan 'Domino Deo' (bahasa Latin).Terjemahan Bible Indonesia amat jelas untuk
mengelirukan orang yang membaca – penulis.
Fitnah
golongan kufur Yahudi adalah sangat melampau dan jahat terhadap Nabi Sulaiman
as. Allah swt telah membela kesucian dan kebersihan aqidah dan ibadah Nabi
Sulaiman as.
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-setan pada masa
kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir),
padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya setan-setan itulah
yang kafir (mengerjakan sihir)...
(Surah
Al Baqarah: 102)
Nabi
Yunus as telah disebut sebagai Jonah.
Nabi
Ilyas as telah disebut sebagai bernama Elijah dalam 1 Kings 18, Kitab
Perjanjian Lama tetapi disebut sebagai Elias dalam Kitab Perjanjian
Baru, gospel Matthew 17:3. Dalam Kitab Perjanjian Lama diceritakan kisah Nabi
Ilyas as berhadapan dengan kaumnya yang telah menyekutukan Allah swt. Berhala
Ba'l ini adalah sembahan kaum yang masih kafir di sekitar Palestin ketika itu.
Golongan Yahudi terpengaruh dengan perbuatan menyembah Ba'l ini dan Nabi Ilyas
as bangun menentang perbuatan mereka tersebut. Kisah ini terakam juga dalam Al
Quran.
Dan sesungguhnya Ilyas benar-benar termasuk salah seorang
rasul-rasul.(Ingatlah) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu
tidak bertakwa? Patutkah kamu menyembah Ba'l dan kamu tinggalkan sebaik-baik
Pencipta, (yaitu) Allah Tuhanmu dan Tuhan bapak-bapakmu yang terdahulu?"
(Surah
As Saffat:123-126)
Nabi
Ilyasa as telah disebut sebagai Elisha. Ini sekadar pendapat pakar ilmuan. Namun,
tiada keterangan yang jelas menyokong pendapat ini.
Nabi
Zukifli as telah disebut sebagai Ezekiel. Ini sekadar pendapat pakar ilmuan.
Namun, tiada keterangan yang jelas menyokong pendapat ini.
John the Baptist dan Zachariah
Ramai
juga umat Islam tidak tahu bahawa tokoh John the Baptist dan Zachariah yang
diceritakan dalam Kitab Perjanjian Baru adalah Nabi Yahya as dan Nabi Zakaria
as. Adalah diharapkan tiada umat Islam yang tersilap menghina tokoh-tokoh anbia
ini walaupun kisahnya diriwayatkan oleh golongan Kristian.
Golongan
Yahudi tidak mencatit kenabian Nabi Yahya as dan juga Nabi Zakaria as dalam
sebarang tulisan mereka. Mengikut golongan Yahudi, tiada lagi nabi sesudah Micah
kecuali Messiah. Dua tokoh rasul ini iaitu Nabi Yahya as dan ayahnya, Nabi
Zakaria as telah dibunuh dengan kejam oleh golongan kufur Yahudi, malah
diriwayatkan bahawa Nabi Yahya as telah digergaji kepalanya.
Kita
dapat perhatikan bahawa sebenarnya kisah-kisah rasul sebagaimana yang diketahui
oleh orang Kristian sebenarnya telah dikotorkan oleh orang-orang Yahudi atas
kebenciannya terhadap rasul-rasul yang diutus oleh Allah. Mereka bukan saja
telah menghina dan mencipta cerita-cerita buruk mengenai latarbelakang
rasul-rasul itu malah telah membunuh rasul-rasul tersebut. Fitnah keburukan
perangai rasul-rasul itu telah disambung pula oleh tokoh-tokoh Kristian kerana
mereka sedaya-upaya mahu 'mengangkat status Jesus menjadi Tuhan' dan untuk
mengangkat status mereka sendiri menjadi 'maksum' dan boleh pula 'mengampunkan
dosa orang lain' dengan mengenakan sejumlah bayaran.