Sembahyang Lima Waktu
Dengan salam kami ucapkan
Pada hadirin pendengar sekalian
Bila Dunia nak akhir zaman
Ibadat Sembahyang jangan
tinggalkan
Dengan Nazam diberitahu
Sujudlah kepada Allah yang satu
Mengerjakan Sembahyang Lima Waktu
Setiap mukalaf
wajib tahu
Allah Allah aza wajal Tuhan kami
Kami minta ampun akan dosa kami
Dengan Nazam kami ingin memberitahu
Tentang Fadhilat
mengerjakan sembahyang Lima Waktu
Sembahyang Subuh dikira pada yang pertama
Waktu fajar dari timur sedang menjelma
Dua Rakaat kita kerjakan tidaklah lama
Pahala lebih
buat sunat sama-sama
Sembahyang Zohor dikira pada bilangan kedua
Waktu matahari berada tegak diatas kepala
Empat Rakaat dilakukan hanya seketika
Kalau tak buat kita akan
mendapat dosa
Yang ketiga waktu Asar empat rakaat
Dikala matahari sudah condong sebelah barat
Kerjakan ia biar cepat janganlah lambat
Akan mendapat
pahala lebih lagi berkat
Yang keempat semua tahu sembahyang Maghrib
Dikala itu cahaya matahari dah hilang ghaib
Tiga Rakaat dilakukan hanya sedikit
Lakukan semua dengan Iman
hati yang tauhid
Akhir sekali waktu Isyak yang kelima
Pada pedoman bila langit menghilangkan tanda
Zohor, Asar empat Rakaat serupa sahaja
Habis waktu
hingga fajar terbit semula
Sudah terjumlah Sembahyang waktu 17 Rakaat
Dari Subuh hingga Ishak yang sudah tersurat
Ketetapan ini dari Nabi dimalam Mikraj
Perintah Tuhan kepada semua
umat Muhammad
Dalam sembahyang mesti khusyuk hati jujur
Zat Allah kerana sifatnya tidak tidur
Bekalan kita seorang diri di dalam kubur
Ingat-ingat
sebelum nasi menjadi bubur
Sekian saja kami berpesan
Pada sahabat rakan dan taulan
Sembahyang lima waktu jangan abaikan
Bila mati sebagai bekalan
Dengan Nazam kami menyeru
Adik kakak Ayah dan Ibu
Dirikan sembahyang setiap waktu
Kerana mati kita tak tahu