Bacalah dengan nama Tuhanmu !!

 

   ::: hAzRulDaUd's wEbSiTe :::   

 

       

 Info   Terkini

kepada rakan rakan MBA..siapa yang habis semester ni..tahniah lah..
jumpa kat konvo Ogos nanti yea..

     walimatul urus : Azman Yusuf+ Siti Eshah pada 2 Jun 2003 di Kelantan Darul Naim

 

alamat pelajar MBA 

UKM 1999-2003

 

 

...webmaster..

2000 - 21 Mei 2003 

 

 

  Sekapur Sireh Seulas Pinang.

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T ....

         Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan selamat datang kepada para pembaca sekalian ke Laman Web ini. Untuk makluman, laman ini pada asasnya adalah diwujudkan sebagai memenuhi syarat kertas kerja bagi mata pelajaran Pengurusan Sistem Maklumat–Management Information System untuk tujuan Sarjana Pentadbiran Perniagaan ( MBA ) UKM yang dikendalikan oleh Y. Bhg. En. Halimi Zakaria.  Namun begitu, adalah diharap ianya dijadikan tapak di mana kita dapat berkongsi pengetahuan, ilmu dan pengalaman.

         Dikesempatan ini juga, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca kerana sudi untuk melayari laman ini. Penulis juga ingin memohon maaf ke atas sebarang ketidakselesaan dan kecacatan yang ada dalam laman ini. Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri penulis sendiri. Semoga usaha penulis yang tidak seberapa ini diterima dan mendapat keredhoan Allah S.W.T.

          Penulis mengalu-alukan sebarang komen, saranan serta teguran yang membina terhadap apa jua yang terkandung di dalam laman dan juga berharap agar rakan-rakan semua dapat turut memberi sumbangan bagi menambah koleksi bahan ke laman web ini. Segalanya didahului dengan ucapan jazakumullah khairan kathira dan ssemoga ianya diberikan ganjaran yang besar dariNya.. Amin....

Wallahualam

Sekian, Terima Kasih.

 

Hazrul bin Daud

Sarjana Pentadbiran Perniagaan

Universiti Kebangsaan Malaysia  

 

 

23 November2002 / 17 Ramadhan 1423  

 

Tazkirah

Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Muslim dari Amru bin Maimun r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:         

Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu 

  • masa muda engkau sebelum datangnya hari tua,
  • masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit,
  • masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa,
  • masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk
  • masa hidup engkau sebelum datang saat kematian."

                                                 
Isikanlah masa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Segenap masa muda mesti dipenuhi dengan perkara yg selayaknya sebagai seorang mukmin, sama ada dibidang  ilmu dan amal, pasti akan menjadikan masa tua yg penuh kesyukuran. Jika tidak, maka Allah SWT telah mengingatkan hamba-Nya dgn firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus."    (At-Tin: 4,5 dan 6)

Masa yang singkat sewaktu di dunia ini adalah suatu kesempatan yang mesti dihargai. Jika kesempatan ini tidak diisi sepenuhnya untuk menyediakan bekalan, keranan kelalaian oleh kenikmatan harta benda yang tidak seberapa, maka kesempatan kedua tidak akan ada lagi. Di dalam Al-Quran telah digambarkan:

"Ya Tuhan Kami. Kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akan mengerjakan amal yang soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin."  (As-Sajadah:12)

Demikianlah sesalan orang-orang yang lalai akan peranan mereka hidup di dunia. Mereka cuba memohon kepaa Tuhan agar dikembalikan ke dunia untuk melakukan amal yang soleh, selepas mereka melihat dengan mata kepada sendiri datangnya hari akhirat, seperti yang dikhabarkan oleh Rasul semasa di dunia dahulu.

Itulah hakikat dunia yang disebut sebagai 'Ad-Dunya Darul Amal, Wal-Akhiratul Darul Jaza' - Dunia sebagai gelanggang melakukan amal dan sebagai gerak kerja, sementara akhirat itu adalah negara untuk menerima pembalasan. Jika di dunia yang singkat waktunya ini terlalai dengan kenikmatan yang sementara, dibimbangi bahawa penyesalan akan menunggu di akhirat.

Mudah-mudahan hidup kita ini kaya dengan ilmu, dihiasi dengan keindahan budi pekerti, dimuliakan dengan ketakwaan dan dibaguskan dengan kesihatan.

Amin.

 

Amin.