ASSALAMU'ALAIKUM WBT.

Ni aku nak cerita pasal keluarga aku pulak.

Okay....Nama Allahyarham ayah aku ABDUL MALEK BIN MOHD.Ayah aku asal dari Kuantan.Mak aku pulak nama dia AMINAH BINTI MOHD SIDEK.Mak aku orang Pekan.Tapi sekarang ni keluarga belah mak ngan ayah aku semua duduk kat Pekan,Pahang....bandar Di Raja...hehehe.Kampung ayah aku sekarang kat Peramu ngan kat Permatang Pauh,kampung mak aku pulak kat Langgar.Ada tak orang kampung aku kat sini?? Ayah aku lahir 22.5.42,meninggal dunia pada 10.6.97.(AL-FATIHAH).Mak aku lahir 1.8.51.Beza umur mak aku ngan ayah aku 9 tahun.Ayah aku dulu cikgu,lepas tu dia berhenti dia kerja sendiri...jangan tanya aku kerja apa sebab aku pun tak tahu...hehehe.Mak aku pulak pegawai kerani kat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kuantan.

Adik beradik aku semua lahir kat Hospital Besar Kuantan.Jadi kami semua orang Kuantan lah kiranya.Kakak aku nama dia MARLYNA BINTI ABDUL MALEK.Kakak aku sekolah menengah kat SMART, Kuantan sampai form 3,pastuh dia sekolah kat TKC.Kakak aku dulu belajar kat Okayama Jepun,ambik course apa,aku pun dah lupa...hehehe...bisnes management and finance kalau aku tak salah..entah.Tanya dia sendiri.Sekarang ni dia kerja kat Kilang Alps Elektrik kat Nilai,Negeri Sembilan. Kakak aku dah kawin...hehehe..jadi jangan ngada2 nak ngorat ke apa. Kakak aku lahir pada 29.9.75.Aku lahir 25.9.76...tengok tu...aku ngan kakak aku beza umur tak sampai setahun.Aku dulu lahir tak cukup bulan.Tak cukup sebulan ke 2 bulan aku pun dah lupa.Yang aku ingat mak aku cakap tak cukup bulan lah.Adik laki aku sekolah menengah kat SABS. Pastu dia sambung kat POLISAS Kuantan buat kejuruteraan elektrik.Nama adik aku RAYHAIZIE BIN ABDUL MALEK.Adik aku lahir 12.5.81.pergh..jauh gila beza ngan aku...5 tahun tu.Adik pompuan aku pulak nama dia ERDA HAZWANI BINTI ABDUL MALEK.Sekarang dia sekolah menengah kat SMART Kuantan.Adik aku tu lahir 23.11.85.Muda sangat lagi...jangan mengada-ngada nak ngorat.Aku sepuk kang.Adik laki bongsu aku nama dia RAEZ EDRIEZAL BIN ABDUL MALEK.Dia sekarang sekolah rendah lagi.Dia lahir 2.6.91.Semua adik beradik aku sekolah rendah kat SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SULTAN ABDULLAH,Kuantan.Ayah aku dulu sekolah situ gak.Mak kepada ayah aku(Allahyarhamah Tok aku)dulu guru besar kat sekolah tu.Pergh..turun temurun.Jadi aku nasihatkan sapa2 yang duk Kuantan tu hantar lah anak2 anda ke sekolah ni...hehehe

Mak aku sekarang duduk kat :
NO. 16/22,TAMAN UDA,
25159 KUANTAN,PAHANG.
No.Tel:09-5363249
Hari raya boleh lah datang rumah aku...hehehe..tapi kalau nak datang ,datang time aku balik Malaysia.Kalau tak susah lak mak aku nak kenal kang.Dulu aku duduk kat Taman Sepakat,Batu 4,Kuantan.Sapa duduk Kuantan tahu lah kot.Ala...tak jauh dari MCC Kuantan tuh.Aku duduk sana dari aku kecik (umur setahun kot) sampai aku form 1.

Aku tak tau nak cerita apa lagi pasal keluarga aku ni.Jadi aku berenti kat sini je lah.Selamat semua.Jagalah keluarga anda baik2.Siapalah kita ni tanpa keluarga kita.

[ Halaman | Riwayat | Aku | Keluarga | Cerita2 | Cerita3 | Cerita4 ]

Apa lah kucing nih dok risau sangat nih...


MRH dè Prof. '98
Think about it!!!