Berita
teknologi pertanian Malaysia masa kini

Home ]

Jabatan Pertanian Telah diamanahkan Untuk Lahirkan Usahawan Tani 

Untuk menjayakan projek pertanian yang berdaya maju, para petani, penternak dan nelayan perlu diberi maklumat terkini dalam amalan pengurusan dan penggunaan teknologi terkini. Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian di gesa supaya menyampaikan maklumat terkini melalui aktiviti-aktiviti perbincangan, lawatan keladang, ceramah dan risalah serta bahan citak yang lain. Pengtahuan serta maklumat asas amat penting untuk menjayakan setiap projek yang dijalankan oleh para petani . Bagi mencapai matlamat ini Kementerian Pertanian sendiri telah mewujudkan Pusat Pembangunan Usahawan (BDC) bagi memberi maklumat pasaran, perkhidmatan teknikal, peluang pelaburan dan sebagainya kepada pihak swasta dan individu yang berminat untuk melabur dalam sektor pertanian.
     -(Petikan amanat YB. Menteri Pertanian dalam Transformasi Pertanian Bil 1/2001)
Teknik Baru Tanam Sayur Iklim Sederhana
Hampir tidak dapat dipercayai dengan penemuan baru ini menyebabkan petani tanah rendah Malaysia telah berupaya menanam sayur iklim sederhana atau tanah tinggi. Penemuan ini pasti mencerahkan perkembangan industri tani di negara ini.
Teknik Penanaman Secara Hidroponik Mula Mendapat Tempat
Sejak kegawatan ekonomi melanda negara serta isu sayuran beracun, hidroponik telah mendapat tepat. Teknik ini mudah dan murah untuk dijalankan secara hobi dan komersil. Kegiatan dapat dijalankan sepanjang tahun dengan risiko yang rendah. Tidak seperti tanaman sayur konvensional yang terdedah kepada pelbagai risiko. Hidroponik mampu menjadikan industri setanding dengan aktiviti perkilangan.dari segi daya pengeluaran.

Bahan Berita,
kami mengharapkan sumbangan anda bagi mengemukan bahan-bahan berita hidroponik kepada kami dalam usaha untuk mengembangkan industri hidroponik secara hobi dan komersial di negara tercinta ini. 

Untuk sumbangan berita  :-:
e-mail : hidroponik_malaysia@yahoo.com  

HIDROPONIK MENJADIKAN PERTANIAN SATU BISNES YANG MENGUNTUNGKAN !

Konstrin kawasan  pertanian akibat persaingan dengan projek perumahan dan indusrti menyebabkan kos harga tanah semakin meningkat. Ditambah dengan penigkatan kos buroh dan isu buruh asing menyebabkan industri tani meadi "sun set " industri. Akibatnya perbelanjaan impot sayuran akan meningkat 

Walaupun Negara  memiliki kawasan pertanian yang luas, namun masalah tenaga buruh, persaingan dengan sayuran impot, sistem peasaran yang telah dikawal dengan dominen oleh orang tengah serta tindak balas pengeluaran dengan pasaran yang terbatas, teknologi pertanian yang mampu menghasilkan  tanaman yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi di kawasan pertanian yang kecil adalah amat diperlukan.

Teknologi HIDROPONIK tidak menggunakan tanah sebagai media tanaman .Sebaliknya di  gantinya dengan pasir atau arang sekam, air, atau bahan-bahan lain yang bersifat porous sebagai media tanaman dengan penghasilan yang berganda pasti sesuai untuk mengatasi masalah berbangkit. Namun teknologi HIDROPONIK  dapat digunakan dalam skala besar (industri tani) dan skala kecil (hobi). Namun pengunaan  teknologi dalam skala besar  memerlukan skil dan penguasaan teknologi yang baik.

Untuk maklumat lanjut hubungi :- :
e-mail : hidroponik_malaysia@yahoo.com  

HIDROPONIK MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA !

Hidroponik merupakan satu aktiviti yang boleh menenangkan jiwa menurut pakar jiwa. Aktiviti ini juga telah dijalankan dipusat-pusat perawatan jiwa. Disamping sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan secara hobi sebagai permulaan, pengalaman ini amat beharga sebagai asas untuk dimajukan secara koersial

Di  bandaraya dan bandar  pengembangan aktiviti  hortikultur secara hidropinik amat sesuai kerana terbatasnya  kawasan atau halaman., sebaliknya suri-suri  rumah tangga yang tinggal didesa bolih  memilih hidroponik sebagai kegiatan berfaedah mengisi masa lapang  Hasilnya yang tinggi dan tidak perlu tenaga yang kuat, cua tanama, teliti, tunggu dan tuai, sudah pasti dapat menjimatkan perbelanjaan dapur disamping dapat menggunakan sayur segar yang berkhasiat.. 

Adalah diharapkan  semua halaman rumah di kota dan desa  dihiasi dengan kebun sayur secara hidroponik. Aktiviti ini dapat  menambah pengetahuan, juga merapatkan hubungan antara ahli  keluarga, sebabnya ia boleh melibatkan seluruh ahli  keluarga. Antara kerjasaa yang boleh dilaksanakan ialah anak yang menyediakan media tanam, ibu menyemai benih dan bapa yang membeli benih di kedai pertanian. 

Untuk maklumat lanjut hubungi :- :
e-mail : hidroponik_malaysia@yahoo.com  

KELAB HIDROPONIK MAYA

Jika anda telah menjalankan aktiviti  hidroponik walau dalam apa bentuk, sila hantar berita mengenai pengalaman dan foto (jika ada kemudahan) untuk dikongsi bersama. Cara ini dapat menarik lebih ramai lagi penyertaan masyarakat dalam bertani secara hidroponik. Hantarkan maklumat anda ke 
 
e-mail
hidroponik_malaysia@yahoo.com  

kelab

HOME

© Copyright 2002, Terengganu Hydroponics Society
All Rights Reserved