Kekeliruan antara
Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock
Melihat
pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas
adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat
melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar.
Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang
sebenarnya.
Masjidil
Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke
Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan
jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah
mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan
gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah
satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila
Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil
Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk
melaksanakan perancangan tersebut.
Lihat
pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada
jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock
jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal
Manikam
Agenda Israel
menghapuskan Masjidil Aqsa
Berikut
disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan
oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian.
Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan
biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:
Terdapat
beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock.
Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan
mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan.
Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana
ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya
tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika
telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada
orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan
kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya
dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.
Ini
meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa
dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina
kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang
membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome
of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak
berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat
terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan
rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan
antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa
kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam
perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai
Lain-lain gambar berkaitan:
|