Mutiara Kata
* Kita
didunia ini seperti penunggu ombak, kita tetap duduk sedangkan masa berlalu
* Nila hidup,
nilai agama dan nilai cinta letaklah ia pada hati, pada jiwa dan pada
perasaan.jangan sesekali diletakkan pada harta, pada pangkat mahupun pada hiasan.
* Tugas
pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
* Biar buta
penglihatan asalkan jangan buta hati dan fikiran.
*
Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik kelakuannya.
* Si zalim
yang tidak beramal dengan ilmunya akan diazab terlebih dahulu
daripada penyembah berhala.
* Kelebihan
orang yang berilmu di sisi Allah adalah 700 darjat.
satu darjat bersamaan 500 tahun perjalanan
* Pilihlah
seseorang untuk dicintai dan cintalah pilihan anda itu
* Orang yang
paling bodoh di dunia ialah orang yang tidak berdoa
kepada Allah walaupun sesaat.
* Seorang
pemenang dalam angan-angan umpama pemikir tanpa persoalan.
* Cinta
tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Lelaki
yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
* Dunia
adalah komedi bagi yang memikirkannya, dan merupakan satu
tragedi bagi yang merasainya.
* Lelaki
pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.
* Orang yang
bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Orang yang
paling kedekut didunia ialah orang yang tidak pernah
berselawat kepada nabi walaupun sepatah.
* Buat
sesuatu dengan fikiran terbuka bukan dengan mulut yang ternganga.
* Terdapat
banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
* Ketika
ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan dan yang mana satu kawan.
* Hidup
tanpa cita-cita adalah beku, Cita-cita tanpa perjuangan adalah kaku
* Membaca
menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai
persediaan menjadi lelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelaki sejati.
* Bila hati
tenang, tempat yang sempit terasa lapang, bila hati resah,
tempat yang lapang bagaikan terhimpit.
* Karektor
seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.
* Pemimpin
yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama.
* Tiada
kejayaan semanis madu, tiada kegagalan sepahit hempedu.
* Lelaki
berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
* Rumah
tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
* Jika anda
hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
* Reaksi
emosi jangan diturut kerana implikasinya tidak seindah yang diimaginasikan
* Pengalaman
ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.
* Kebocoran
yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada
hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
*
Tinggikanlah cita-citamu setinggi bintang dilangit, rendahkanlah
dirimu serendah-rendah mutiara di lautan.
* Anak
lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri.
Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.
* Jika anda
takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah Imaginasi menguasai dunia.
* Kebodohan
ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang
untuk menjadi pandai.
* Hanyut
dilautan akan sampai ke tepian, hanyut dalam kehidupan
hanya keinsafan dapat menyedarkan.
* Gunakan
akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
* Anda tidak
akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi
pembaca terlebih dahulu.
* Rahsia
hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
* Rasional
tanpa emosi adalah kaku, emosi tanpa rasional adalah gila
* Nyanyian
ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.
* Orang
miskin memakan makanan yang lebih enak daripada orang kaya
kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.
* Anda tidak
akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
* Lebih baik
seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya
daripada beliau mencintai lelaki tersebut.
* Jika anda
berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga
tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
* Di mana
anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam
*
Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar
* Tanpa
permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana
* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain
* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat
di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari
* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat
* Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan sekaligus
* Kesabaran
akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki
* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih
mempunyai masa depan.
* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan
* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina
sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan
jentera hanya untuk membina sebuah kedai
* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang
yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya
* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat
* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah
* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup
* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan
* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan
terhadap orang lain.
* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi
tidak melakukannya
* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya
* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba
untuk mengejar impian-impian lain selepasnya
* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan
* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan
diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda
* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana
keadaan kita semasa hidup
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama
* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan
dengan tidak memusnahkannya
* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak
cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.
* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini
* Seorang
manusia yang hebat tidak akan merungut terhadap peluang
* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca
* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa
masa depan masih ada.
* Rasuah
akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak
pada diri manusia
* Jangan
sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum
kecapi kejayaan yang orang lain capai
* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya
dan orang yang gagal terus gagal
* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan
dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku
* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada
yang berlidah manusia
* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi
untuk kita rasai nikmatnya.
* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan
* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi
* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak
membuktikannya melalui perlaksanaan
* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu
susah kita akan lebih menghargai kesihatan
* Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah bahawa
tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau
* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya
* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama
* Peperangan
hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian
* Setiap
manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu
cita-cita dan kejayaan
* Harta
menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat
* Penghalang
kepada kejayaan adalah fikiran sendiri,
bukannya kecacatan atau kekurangan
* Seorang
anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya
terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri
* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima
diri anda yang sebenar
* Masa
adalah sekolah di mana kita belajar.
Masa adalah api di dalamnya kita terbakar
* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan
akan menamatkan manusia
* Arus masa
depan telah tiba dan tiada cara melawannya
* Kisah
cinta yang sebenarnya tiada akhirnya
* Bukti
terbaik cinta ialah kepercayaan
* Kita lebih
banyak berusaha untuk menegakkan benang basah
daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri
* Jika kita
melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran
yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan
* Semangat
yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang
* Selagi
kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati
* Dendam
adalah manis. Balasannya adalah pahit
* Fikiran
membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan.
Kejayaan membawa kepada impian
Artikel oleh : Ustaz Saiful Hamzi Salleh Al Hafiz
© Copyright Huffaz Club Association.
All Rights Reserved
If you have any comment or feedback regarding this site please email huffazclub@hotmail.com