Sejarah Penubuhan Huffaz Club
Idea
kami untuk menubuhkan Huffaz Club ini dgn bermotifkan
“ Huffaz Serba Boleh ”
tercetusnya pada tahun 1995 daripada Tuan Presiden dan Tuan Penyelaras
serta 2 org rakan lagi iaitu Syukri Ali dan Amir Syaari yg mana pada
ketika itu
kami semua masih menuntut di Madrasatul Quran Kubang Bujuk Terengganu.
Idea
penubuhan ini diilhamkan dari pandangan˛ serong masyarakat terhadap
golongan Hafiz Al-Quran yg disangkakan begitu kolot dan mundur serta tidak
berupaya
utk maju seperti anak˛ mereka yg lain. Disini kami juga ingin membuktikan
bahawa
golongan Hafiz juga boleh menceburi dalam apa jua bidang sekalipun dgn jayanya.
Pada
pandangan masyarakat, golongan Hafiz ini adalah seumpama Malaikat
yg senantiasa beribadat kpd Allah yg mana tidak pandai atau tidak berpengetahuan
tentang kemajuan mahupun kecanggihan˛ yg ada pada zaman teknologi terkini.
Dan dalam tanggapan mereka golongan Hafiz ini hanya layak untuk menjadi
seorang Ustaz atau Imam and just duduk ditikar sembahyang, berzikir dan
membaca Al-Quran siang dan malam sedangkan anak˛ mereka dibiarkan jauh
lebih maju kehadapan. Disinilah ungkapan˛ KOLOT, MUNDUR, TAK ADVANCE terpacul
dari mulut˛ mereka. Adilkah semua ini, anak˛ mereka dibiarkan maju
dan kami dibiarkan ketinggalan ??? SALAHKAH jika kami juga ingin
maju seperti anak˛ mereka ??? Dari itu kami di Huffaz Club ingin memecahkan
ketulan˛ pandangan dan tanggapan itu dimata masyarakat amnya.
Doakanlah
kami agar terus berkekalan dan bisa menjadi manusia yg
serba boleh dan berguna kepada masyarakat tanpa melanggar batasan˛
sebagai seorang Hamlatul Quran. Amin Ya Allah !!!
Segala
pandangan dan kritikan yg membina adalah sangat˛ kami alukan.
huffazclub@hotmail.com
Wallahu a'lam.
© Copyright Huffaz Club Association.
All Rights Reserved
If you have any comment or feedback regarding this site please email huffazclub@hotmail.com