10 Sifat Wanita
10 Sifat Wanita Yang Disukai Lelaki 1.
Sifat Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap
keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg
keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas
dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai
melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi
keibuan dalam diri masing2.
2. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang
wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur
dengan keletah anda tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg
melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan.
Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian
lelaki. Wanita ceria membuatkan lelaki lebih berghairah.
3. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai
dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya
ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus
mengeluarkan kataČ yg kasar atau menuduh bukanČ sebaliknya cuba
mengerti duduk persoalannya.
4. Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman
lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka
dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan
dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya
agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg
baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah
senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan
memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya
dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga
menyukainya. Apabila sudah 6. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan
boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza
dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia
bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan
pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta
mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka
serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri
mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi
orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila
berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat
menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada
di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri
sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg
menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan
buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu
apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia
tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.
9. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat,
simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih
bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada
kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan
mempesona. 10. Solehah Lelaki juga suka pada wanita yg solehah (islamic) dan
ini juga adalah salah satu dari tuntutanČ syarak. |
Artikel oleh : Siti Rohaya Rofeiee
© Copyright Huffaz Club Association.
All Rights Reserved
If you have any comment or feedback regarding this site please email huffazclub@hotmail.com