6 Sifat Sahabat
Pertama : Yakin pada kalimah Toiyibah
Keterangan : Keluarkan
kebesaran dunia di dalam hati kita dan masukkan kebesaran
Allah S.W.T, yakin hanya Allah berkuasa atas segalanya dan makhluk tiada kuasa.
Taat perintah Allah dan mengikuti Sunnah Nabi S.A.W
Kedua : Solat Khusyuk Dan Khuduq
Keterangan : Ketaatan
didlm sembahyang dibawa ke luar sembahyang. Sembahyang
dimana tempat azan diazankan, berjemaah, diawal waktu, di shof pertama dan
mendapat takbirotul ula. ( takbir pertama bersama Imam )
Ketiga : Ilmu Dan Zikir
Keterangan : Ilmu
terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama ialah Ilmu Masa'il dan
kedua ialah Ilmu Fadha'il. Dengan ilmu kita dapat memperbaiki mutu
sembahyang kita. Zikir pula mengingatkan kepada Allah setiap
masa dan keadaan.
Keempat : Ikram Muslimin
Keterangan :
Menunaikan hak saudara kita tanpa menuntut hak. Sentiasa
bersangka baik terhadap sesama Muslim.
Kelima : Ikhlas Niat
Keterangan :
Memperbetulkan niat kita diawal perbuatan, ditengah dan
diakhir perbuatan itu hendaklah ikhlas kpd Allah S.W.T semata².
Keenam : Dakwah Dan Mujahadah
Keterangan :
Bermujahadah dijalan Allah, bersusah payah kerana Agama,
dan bertebaran menyebarkan Islam keseluruh alam.
Kejayaan
manusia dalam Agama, sejauhmana kita dapat taat perintah
Allah S.W.T dan mengikuti tarekah Nabi S.A.W. Itulah kejayaan yg hakiki.
© Copyright Huffaz Club Association.
All Rights Reserved
If you have any comment or feedback regarding this site please email huffazclub@hotmail.com