MOD, MIN & MEDIAN
![]()
Topik Berkaitan : Ukuran Asas Tingkatan 1
Statistik Tingkatan 2Aras Berkaitan : MS Excell aras pertengahan
Pengetahuan Sedia Ada : Mengenalpasti jenis-jenis graf
Mengumpul dataJenis Tugasan : Penyiasatan dan pembinaan konsep
Pendekatan : Cooperative Learning
Masa : 2 jam
Alat Yang Digunakan : Tali pengukur, Penimbang berat, Pembaris Sesiku dan Lembaran aktiviti
Objektif : Pelajar dapat mengintepretasikan maklumat yang diperolehi ke dalam
bentuk graf dan seterusnya mencari nilai mod, min dan median
LANGKAH TUGASAN
1. Pelajar membentuk 6 kumpulan.
2. Setiap pelajar diminta menjawab semua soalan seperti di dalam lembaran aktiviti 1.
3. Maklumat yang diperolehi dikumpulkankan mengikut nombor seperti yang tercatat
dalam lembaran aktiviti 1.4. Pelajar diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk mengumpul data dari kumpulan yang lain.
5. Dengan menggunakan MS Excell, data yang dikumpul hendaklah diintepretasikan dalam
bentuk jadual.6. Berdasarkan langkah ke-5, pelajar diminta membuat graf palang.
7. Berdasarkan graf yang diperolehi, pelajar diminta membuat andaian tentang
a) nilai yang paling maksimum dari graf
b) nilai yang berada ditengah-tengah
c) anggaran nilai keseluruhan data8. Perbincangan dilakukan dalam kumpulan.
9. Dengan menggunakan tools 'paste function', pelajar diminta mencari nilai mod (mode),
min (average) dan median.10. Pelajar diminta membandingkan jawapan yang diperolehi dengan nilai andaian.
11. Wakil setiap kumpulan diminta membentangkan hasil yang diperolehi.
PANDUAN GURU
1. Guru meminta setiap pelajar menjawab soalan seperti dalam lembaran aktiviti 1 dan
mencatatkan jawapan di bawah soalan dalam masa 30 minit.2. Setiap pelajar dikehendaki mengasingkan setiap soalan dan seterusnya membahagikan
keratan tersebut kepada setiap kumpulan berdasarkan nombor soalan.( soalan 1
kepada kumpulan 1)3. Cara mengambil ukuran ( menggunakan tali pengukur, penimbang berat dan pembaris sesiku)
i. pelajar melakukan aktiviti mengukur secara berpasangan.
ii. sewaktu mengambil bacaan, mata hendaklah berada tepat pada aras bacaan yang
dikehendaki.
iii. pembaris sesiku hendaklah digunakan sewaktu mengambil ukuran tinggi.
iv. ukuran yang diambil mestilah dalam nombor bulat.4. Cara pengiraan
i. hasil tambah tarikh lahir
contoh : 24hb Disember = 24.12
= 24 + 12
= 36ii. hasil tambah nombor kad pengenalan
contoh : 741224-01-5884 = 7 + 4 + 1 + 2 + 2 + 4 + 0 + 1 + 5 + 8 + 8 + 4
= 46iii. bilangan huruf nama bapa/ibu
contoh : Siti Nurhaliza = 13 hurufiv. (Tahun kelahiran) - (Bulan + Hari) kelahiran.
contoh : 1974 - ( 12 + 24) = 1974 - 36
= 1938v. ( Bulan kelahiran) x ( Hari kelahiran)
contoh : 12 x 24 = 288
3. Guru membantu pelajar dalam mengintepretasikan maklumat yang diperolehi dalam
bentuk jadual dan seterusnya membina carta bar.
contoh : i. jadual bilangan huruf nama ibu
|
( huruf) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ii. bina graf palang nama ibu melawan bilangan pelajar.4. Guru membimbing pelajar dalam membuat rumusan tentang nilai min, mod dan median.
i. nilai min adalah nilai purata.
Jumlah /bilangan pelajar = 184/20
= 9.2
= 9 hurufii. nilai mod adalah nilai yang paling tinggi
jumlah huruf nama ibu yang paling tinggi = 9 huruf ( jumlah pelajar paling ramai )iii. nilai median adalah nilai yang berada di tengah-tengah
jumlah pelajar = 20 orang
nilai ditengah-tengah ialah = antara 10 dan 11 pelajar
nilai pelajar 10 dan 11 berada pada bilangan huruf ibu = 9 huruf
Median = 9
LEMBARAN AKTIVITI 1
| 1. a) Hasil tambah tarikh kelahiran
b) Ukuran tapak kaki anda (cm)
|
2. a) Bilangan huruf dalam nama bapa b) Ukur lilitan pergelangan tangan anda.(cm)
|
| 3. a) Panjang ukuran depa anda.
(cm)
b) Hasil tambah nombor kad pengenalan anda.
|
4.a) Ukuran tinggi anda (cm). b) (Tahun kelahiran) - (Bulan + Hari) kelahiran.
|
|
5. a) Ukuran berat anda ( kg). b) Bilangan huruf dalam nama ibu anda.
|
6. a) Ukur panjang bahu anda. (cm) b) ( Bulan kelahiran) x ( Hari kelahiran)
|
LEMBARAN AKTIVITI 21. Daripada graf yang anda bina, catat min, mod dan median yang anda perolehi
|
|
|
|
|
| Hasiltambah kelahiran | |||
| Ukuran tapak kaki | |||
| Bilangan huruf nama bapa | |||
| Ukuran lilitan pergelangan tangan | |||
| Panjang depa | |||
| Hasil tambah nombor kad pengenalan | |||
| Ukuran tinggi | |||
| (Tahun kelahiran) - (Bulan + Hari) kelahiran. | |||
| Ukuran berat | |||
| Bilangan huruf nama ibu | |||
| Ukuran panjang bahu | |||
| ( Bulan kelahiran) x ( Hari kelahiran) |
2. Apakah kesimpulan yang dapat anda lihat dari nilai min, mod dan median
daripada setiap jadual yang dibina dan graf yang diplotkan?
3. Dengan menggunakan data hasil tambah nombor kad pengenalan dan plotkan dalam carta palang,
anggarkan nilai min.
4. Dengan menggunakan data ukuran berat dan plotkan dalam carta pai, cari nilai mod.