MENEROKA BENTUK-BENTUK GRAF FUNGSI
KUADRATIK
![]()
Topik Berkaitan : Graf Fungsi Tingkatan 3Aras Murid : Sederhana
Pengetahuan Sedia Ada : Memahami maksud Fungsi Kuadratik.
Teknologi : Kalkulator Grafik T1-83
Aras Kemahiran Penggunaan
Kalkulator Grafik : PertengahanMasa : 1 jam
Jenis Tugasan : Penyiasatan dan Penakulan
Pendekatan : Coperative Learning
Objektif Tugasan : Murid dapat membezakan bentuk graf fungsi kuadratik [ Y = ax2 ]
apabila nilai a berubah.
LATAR BELAKANG TUGASAN:
KALKULATOR GRAFIK :
Tugasan ini melibatkan penggunaan salah satu teknologi terkini iaitu kalkulator grafik. Sebenarnya penggunaan kalkulator grafik adalah amat luas jika dibandingkan dengan kalkulator saintifik biasa. Antara keistimewaan kalkulator grafik ialah ia dapat memaparkan graf apabila sesuatu fungsi dimasukkan. Contohnya apabila dimasukkan suatu fungsi kuadratik dan diminta ia memaparkan graf maka dengan ia memaparkan bentuk fungsi berikut pada ruang paparannya. Ia boleh memaparkan sebarang graf mengikut fungsi yang dimasukkan. Sekiranya ruang paparan tersebut tidak dapat menampakkan bentukkan graf yang sebenar maka kita boleh mengubah ruang skalar pada window atau dengan menggunakan zoom.
KOPERATIVE LEARNING :
Tugasan ini melibatkan penggunaan pendekatan koperatif learning. Ia melibatkan kerjasama antara murid yang berkerja secara kumpulan dalam menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Murid berpeluang berbincang sewaktu menjalankan aktiviti dan dalam membuat sebarang rumusan yang dikehendaki. Dengan cara yang begini, murid yang lemah samada dalam penggunaan kalkulator atau dalam membuat penakulan boleh mendapatkan bimbingan atau tunjuk-ajar dari murid yang lebih pandai.
PANDUAN GURU (I):
1. Pelajar membentuk kumpulan dan setiap kumpulan bilangannya 4 orang (A, B, C dan D ).2. Setiap kumpulan disediakan satu Kalkulator Grafik dan 4 lembaran aktiviti.
3. Setiap aktiviti mempunyai 4 soalan (A, B, C dan D).
4. Setiap murid dalam kumpulan diminta menggilirkan dalam menerajui penggunaan Kalkulator Grafik.
5. Setiap pelajar diminta melengkapkan ruang jawapan yang disediakan pada lembaran aktiviti.
6. Terdapat 5 aktiviti yang disediakan dalam bentuk jadual:
1 Fungsi Kuadratik ( a positif, dan a>1)
2 Fungsi Kuadratik ( a positif, dan 0 <a<1)
3 Fungsi Kuadratik ( a negatif, dan a<-1)
4 Fungsi Kuadratik ( a negatif, dan 0>a>-1)
5 Rumusan7. Diakhir P&P guru perlu membuat penilaian berdasarkan rumusan pelajar pada setiap aktiviti.
PANDUAN GURU (II)
1. Cadangan soalan pada aktiviti 1:
Bandingkan graf y2= 5x2 dengan graf pertama y1= x2 , adakah bukaannya makin luas atau makin kecil?
Apakah akan berlaku pada bentuk graf jika nilai a dibesarkan lagi?2. Cadangan soalan pada aktiviti 2:
Bandingkan graf y2= 0.2x2 dengan graf pertama y1= x2 , adakah bukaannya makin luas atau makin kecil?
Apakah akan berlaku pada bentuk graf jika nilai a dikecilkan sehingga menghampiri sifar?3. Cadangan soalan pada aktiviti 3:
Bandingkan graf y2= -5x2 dengan graf pertama y1= -x2 , adakah bukaannya makin luass atau makin kecil?
Apakah akan berlaku pada bentuk graf jika nilai a dikecilkan lagi?4. Cadangan soalan pada aktiviti 4:
Bandingkan graf y2= -0.2x2 dengan graf pertama y1= -x2 , adakah bukaannya makin luass atau makin kecil?
Apakah akan berlaku pada bentuk graf jika nilai a dibesarkan sehingga menghampiri sifar?5. Cadangan soalan pada aktiviti 5:
Bandingkan graf pada aktiviti 1, 2, 3 dan 4.
Apakah perbezaan yang kamu dapat lihat?
Lakarkan 4 graf yang dapat menunjukkan perbezaan tersebut.
Apakah yang kamu faham tentang bentuk graf fungsi kuadratik dan hubungan bentuk graf tersebut dengan
nilai pekali pekali x2 nya?
LEMBARAN AKTIVITI PELAJAR
Fungsi Kuadratik : y = ax2 + bx + c (a bukan 0)
AKTIVITI 1:
1. Dengan menggunakan kalkulator grafik T1-83 dapatkan bentuk graf seperti yang dinyatakan dalan jadual.
2. Lakarkan bentuk graf seperti yang dipaparkan pada paparan kalkulator grafik.
3. Lihat bentuk-bentuk graf yang diperolehi, dan perhatikan perubahan pada bentuk graf dari segi bukaannya sama ada ia bukaan luas atau bukaan kecil apabila pekali x2nyapositif dan nilainya semakin besar.
|
|
y = ax2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk nilai a positif; apabila nilai a bertambah besar,
RUMUSAN PELAJAR (I):
AKTIVITI 2
1. Dengan menggunakan kalkulator grafik T1-83 dapatkan bentuk graf seperti yang dinyatakan
dalam jadual.
2. Lakarkan bentuk graf seperti yang dipaparkan pada paparan kalkulator grafik.
3. Lihat bentuk-bentuk graf yang diperolehi, dan perhatikan perubahan pada bentuk graf dari segi
bukaannya sama ada ia bukaan luas atau bukaan kecil apabila pekali x2nyapositifdan
nilainya semakin kecil.
|
|
y = ax2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
RUMUSAN PELAJAR (II):
Untuk
nilai a positif;
apabila nilai a bertambah kecil,
maka
bentuk graf akan berubah menjadi semakin _____________________________.
AKTIVITI 3
1. Dengan menggunakan kalkulator grafik T1-83 dapatkan bentuk graf seperti yang dinyatakan
dalam jadual.
2. Lakarkan bentuk graf seperti yang dipaparkan pada paparan kalkulator grafik.
3. Lihat bentuk-bentuk graf yang diperolehi, dan perhatikan perubahan pada bentuk graf dari segi
bukaannya sama ada ia bukaan luas atau bukaan kecil apabila pekali x2nya negatif dan
nilainya semakin kecil.
|
|
y = ax2 |
|
|
|
A |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
RUMUSAN PELAJAR (III):Untuk nilai a negatif; apabila nilai a bertambah kecil,
AKTIVITI 4
1. Dengan menggunakan kalkulator grafik T1-83 dapatkan bentuk graf seperti yang dinyatakan
dalam jadual.
2. Lakarkan bentuk graf seperti yang dipaparkan pada paparan kalkulator grafik.
3. Lihat bentuk-bentuk graf yang diperolehi, dan perhatikan perubahan pada bentuk graf dari segi
bukaannya sama ada ia bukaan luas atau bukaan kecil apabila pekali x2nyanegatif dan
nilainya semakin besar.
|
|
y = ax2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
B |
|
||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
RUMUSAN PELAJAR1(IV):Untuk nilai a negatif; apabila nilai a bertambah besar,
AKTIVITI 5
1. Sila lihat kembali lakaran graf yang telah dibuat pada Aktiviti 1- 4.
2. Lihat perubahan pada bentuk graf akibat perubahan pekali x2 nya.
3. Buat perbandingan dari segi arah bukaan dan keluasan bukaan.
4. Lakarkan keempat-empat bentuk graf yang diminta dengan mempastikan perbezaannya dapat dilihat dengan jelas pada lakaran tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PANDUAN GURU (III) :
1. Aktiviti 1- 4
tekan "y="
masukkan "x2" pada "y1="
tekan "graph"
lakarkan graf tersebut pada ruang yang disediakan pada jadual aktiviti
seterusnya,
masukkan "5x2" untuk graf yang kedua,
dan begitulah seterusnya sehingga selesai.2. Aktiviti 5
Untuk aktiviti ini pelajar diminta membuat lakaran 4 lakaran graf sebagai kesimpulan untuk
membezakan antara
i. a positif dan a besar
ii. a positif dan a kecil
iii. a negatif dan a besar
iv. a negatif dan a kecil.3. Penilaian akan dibuat berdasarkan kecekapan pelajar mengesan perbezaan pada bentuk graf dan
dapat membuat kesimpulan sendiri untuk membezakan bentuk-bentuk tersebut.