| . |
| . |
| . |
Menghantar Mesej (SMS) Secara Percuma
Sebelum ini kita biasa menghantar mesej menggunakan telefon bimbit. Walau bagaimanapun perkembangan teknologi maklumat yang pesat membolehkan kita menghantar mesej dengan menggunakan emel ataupun menggunakan laman-laman yang menyediakan perkhidmatan penghantaran mesej secara percuma terus kepada mobile phone keluarga dan rakan taulan anda. Kenapa? Tak percaya?
Berikut merupakan laman-laman yang menyediakan perkhidmatan SMS secara percuma:-
1. www.sms.ac - Untuk semua mobile phone. Terhad 8 mesej percuma sehari. Mesej yang dihantar dapat diterima dengan cepat oleh penerima.
2. www.myjodoh.net - Untuk mobile phone Celcom (019), Maxis (012) dan Digi (016). Penghantaran mesej tidak terhad. Walau bagaimanapun setelah dicuba, mesej yang dihantar ke mobile phone Celcom sahaja dapat diterima. Mesej yang dihantar lambat diterima...mungkin sejam, dua jam atau selang beberapa jam barulah mesej yang anda hantar akan sampai ke mobile phone penerima.
3. www.komuniti.net - Untuk mobile phone Maxis (012) dan Celcom (019). Penghantaran mesej tidak terhad. Mesej yang dihantar juga lambat sampai ke mobile phone penerima...kene tunggu queue.
4. www.viewmalaysia.com - Untuk mobile phone Maxis (012) dan Celcom (019). Penghantaran mesej tidak terhad. Mesej yang dihantar dapat diterima dengan cepat oleh penerima.
5. www.webportal.com.my - Untuk mobile phone Maxis (012), TimeCel (017) dan Celcom (019). Mesej yang dihantar akan sampai dalam 1 atau 2 minit. Walau bagaimanapun pendaftaran perlu dibuat untuk membolehkan anda menghantar mesej percuma. DAFTAR SEKARANG DAN MENANGI RM 500.00.
Insya-Allah, sekiranya ada lagi laman-laman yang menyediakan khidmat sms secara percuma akan saya senaraikan di sini.
"Topup telefon pra bayar anda melalui internet. Topup secara online tanpa pendaftaran...makluman lanjut sila lawati laman ini http://www.unggas.com
Topup lah sekarang dengan HARGA YANG RENDAH di sini...JIMAT!"