AKU DAN SEKOLAH
Aktiviti Aku Masa Kat Sekolah Dulu......


Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban adalah salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia nih.  Ia adalah salah sebuah sekolah bistari.  Kat sini la aku di sekolahkan dari tahun 1987 sampai la 1991.  Gambar kat sebelah kiri adalah gambar masa aku Form 1 tahun 1987.... Kecik jek badan aku.  

Gambar yang sebelah kanan ni pulak zaman aku form 1 gak.. Masa ni zaman rock kejam.. tu yg masing2 possing rock abih.. rock la kononnye.. hehehehe.. kelas aku nama dia 1 Aminuddin Baki atau 1AB.

 

 

Gambar kat bawah ni  pulak gambar masa aku form  2 Aminuddin Baki.  Ni gambar untuk majalan tahunan sekolah tahun 1988.

Barisan belakang dari kiri :  Shaharudin, Masdi, Rozain, Muaizam, Kamaludin, Sutar, Rasyidan Alime, Azizan dan Zulkipli.

Barisan tengah dari kiri :  Mohd. Nazli, Rezza Shahfi, Mas Fazullah Bohari, Shahrul Azni, Mohd Tahir, Mohd Fauzi, Hasnizal, Azwan, Jerry dan Firdaus.

Barisan depan dari kiri : Morni Kutong, Fauzi Sujud, Khairul Azwan, Cikgu Rahim, Zulkhibri, Fakhrul Aswadi dan Arshad.

Dalam gambar ni sorang takde.. missing in action iaitu Nazri Abd Jalil atau Jembit.

 


 

Gambar ni mase aku dan member lain lepas buat show.. Mase ni baru Form 4.

Dari kiri
: Hezri (Dom-dom) - Vocal, Muaizam (Mondok) - bassist, Irwan Rizal (Bujal) - 2nd Lead, Cikgu Fauzi (Pukau) - Guru Penasihat, 

Aku - Lead Guitar, Zamin Fakry (Bratt) - drummeer dan Ahmad Sharbani (Bani) - Crew.

Sorang lagi vocalist iaitu Pak Jembit (Nazri Jalil) dengan keyboardist iaitu Noxy (Nonaliz Adha) tak ade, ntah gi mana melantak kot..

 

 

Mase ni tengah buat show untuk English Night.  Masa ni la Pak Jembit menyanyi lagu omputeh wa cakap lu.. heheh.. Bujal pulak tengah sibuk tengok Wak Bratt supaya jangan lari beat.. hehe.. Mondok asyik menyegihkan giginya aje... Sambil tu dia tengok fret board guitar dia tu.. bukan ape.. takut terkucil.. Aku pulak macam orang lalok je.. feel habis.. sambil main guitar kejam mata seh.. Tu baru nama dia Feel..... I FEEL GOOD...,

 

MALAM KUGIRAN REMAJA '91
Masa ni kitorang jadi organizer pertandingan ni kat SDAR.  Gambar ni kitorang ambik masa judge tengah kira markah peserta bertanding.  Dom-dom masa ni tengah bertungkus lumus mengeluarkan suaranya yang merdu tuh.. pergh... siap pakai Ray-Ban gua cakap lu.  Bratt seperti biasa, main drum sambil membuka mulutnya..
Bujal pulak macam rapper mane pulak la tu..  Sayangnya Keyboadist kitorang si Noxy tak de.. Ntah mane ntah pergi si Noxy nih... 

gi melados kang belakang stage agaknye....

 

SDARIANS 87-91

 

Inilah gambar aku satu batch masa kat SDAR dulu.. Kalau korang semua nak tengok gambar ni dengan lebih jelas dan besar, baik korang click kat gambar tu... 

nanti dia akan membesar dan korang boleh tengok dengan jelas...  Teka la.. aku yang mana... .

 

 

Ni la dia gambar aku masa Form 1 Aminuddin Baki.

Berdiri dari kiri : Nazri (Jembit), Fauzi (Mat Bear)

Hasnizal (Gayah), Firdaus (Mat Y) dan Muaizam (Moondoq).

Depan dari kiri : Rozain (Gaban), Mas Fazullah (Tomo), Aku dan Khairul Azuan (KABA)

 

 

Ni pulak masa aku dan kawan-kawan pergi camping kat Melaka.

Berdiri dari kiri :  Rezza (Razor Blade), Zamin (Bratt), Sylvester (Cikang), Azizan (Chebom), Mas Fazullah (Tomo) dan Wan Udani (Udang).

Duduk kat depan tu aku le.

 

 

 

Ni pulak gambar aku ngan Marzuq Idris (Ganja).  Masa ni lepas balik dari Yamaha Music Explosion.

 

 

Ni la gambar kenangan masa nak balik cuti sekolah.  Masa ni kat Railway Station Seremban.

Student kan ke dapat tiket waran.  So, naik free la.

Dari kiri : Zulkhibri (Kib), Norazlan (Lan), Aku, Rozaree (Balok) dan Kamaludin (Paiporn).

 

 

KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR ZAMAN SEKOLAH