
|
Kecerdasan pemikiran
dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor
baka penting. Jika seseorang itu berketurunan dari orang- orang yang
berilmu dan berakhlak murni, insyaallah mudahlah ciri- ciri ini membenih
dalam jiwanya.
Tetapi setiap individu boleh mengubah dirinya jika dia
mempunyai azam yang kuat untuk mencapai matlamat yang diingininya. Dia
mampu mengatasi faktor-
faktor yang menyekat kemajuannya. |
Umpamanya walaupun
keluarga, atau saudaramara yang terdekat tidak ada yang
menunjukkan pencapaian yang diidamkannya kerana faktor kemiskinan, tidak
mustahil baginya untuk berjaya menjadi seorang cendekiawan atau hartawan
yang disegani.
Selain baka, faktor
asuhan juga adalah pendorong kepada kecerdasan mental kanak- kanak. Ibu-
bapa yang berakhlak mulia, mengasuh
anak- anak mereka dengan baik serta memastikan yang segala keperluan
anak- anak mereka dipenuhi, anak dididik,ditegur jika berkelakuan
sumbang, diawasi supaya tidak terpengaruh dengan anasir anasir negatif.
Faktor
Mempengaruhi Perkembangan Anak |
-
Makanan
mempegaruhi pertumbuhan dan perkembangan fisikal, mental dan
kerohaniah anak anak. Justeru itu makanan mestilah dari unsur yang
bersih dan halal. Pemakanan mestilah seimbang untuk memenuhi keperluan
fisikal, mental anak yang kian membesar. Didiklah mereka supaya kenal
makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan apabila makan dan minum.
Setiap unsur di persekitaran
boleh mendatangkan manfaat tetapi boleh juga merosakkan. Ibu bapa perlu
sentiasa menimbang dan tidak mengikut segala kemahuan anak anak.
Adakalanya pergaulan perlu disekat kerana dirasakan lebih banyak
menyebabkan anak- anak menerap ciri- ciri yang kuranag baik.
|

|

|
Suasana masa kini dengan
adanya teknologi maklumat dan komputer yang canggih memerlukan latihan jiwa untuk anak-
anak agar mereka tidak mudah diracuni dengan gaya pemikiran yang tidak
sihat. |
|