
|
Pada usia satu tahun,
anak kecil sudah boleh memakan makanan yang sama dimakan oleh ahli
keluarga yang lain. Semasa memasak, sebahagian kecil makanan yang
sama boleh diasingkan untuk anak sebelum anda memasukkan cili dan
rempah ratus yang lain. Semasa waktu makan, anak kecil juga sudah
boleh duduk di kerusi dan makan di meja bersama-sama anggota
keluarga yang lain. |
Tempoh
perpindahan ke meja ialah tempoh yang mengelirukan bagi anak kecil. Pada
waktu ini, usia mereka dalam lingkungan satu tahun. Pada usia ini,
biasanya selera makan anak-anak akan menurun. Kekurangan selera makan
ini kerap kali merisaukan ibu bapa.
PANDUAN
PEMAKANAN ANAK KECIL
Usia
antara 1 hingga 4 tahun amat kritikal kerana pada waktu inilah
kanak-kanak membentuk sikap terhadap makanan dan menjadi asas pada
tabiat makan sepanjang hayat mereka. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan
supaya :-
1 |
Memberikan
makanan yang seimbang daripada kumpulan makanan asas, iaitu
susu, bijiran, daging dan sayur-sayuran. Tidak semua
hidangan memerlukan makanan daripada semua kumpulan
berkenaan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara
makanan itu dalam tempoh sehari.
|
|
2 |
Memulakan jadual
pemakanan anak anda dengan menyediakan tiga hidangan berat
sehari dan hidangan ringan di antara hidangan berat itu.
Bagi hidangan ringan, ibu mungkin sekadar ingin memberikan
susu ibu atau susu segar sahaja.
|
|
3 |
Selepas usia
setahun, kuantiti pemakanan bayi lazimnya berkurangan,
termasuk pengambilan susu hariannya. Perkara ini adalah
normal. Ibu bapa tidak perlu terlalu risau sekiranya ia
berlaku. Keadaan ini tidak membahayakan bayi selagi dia
membersar dengan baik dan mendapat makanan yang mencukupi.
|
|
4 |
Sewaktu anak-anak
mula memakan makanan lain, pengambilan susu (sama ada susu
ibu atau susu segar) semakin berkurangan. Bagi menambah
selera makan anak-anak terhadap makanan lain, ibu bapa
dinasihatkan supaya memberi susu ibu atau susu segar selepas
waktu makan, BUKAN SEBELUM waktu makan.
|
|
BERAPA
BANYAK YANG PERLU DIMAKAN ?
Keperluan
pemakanan yang berkhasiat dan khusus untuk anak kecil boleh di andaikan
seperti yang berikut :-
2
atau 3 cawan susu : selain susu, ibu bapa boleh menggantikan
makanan lain yang sama khasiat dengan susu. Contohnya yogurt, keju,
puding dan sebagainya.
|
4
hidangan sayur atau buah-buahan : sebagai panduan, satu sudu kecil
untuk kanak-kanak setahun bersamaan dengan satu hidangan. Setiap
satu hidangan perlu mempunyai kandungan vitamin C dan vitamin A
yang tinggi.
|
4
hidangan roti dan bijirin : kanak-kanak mungkin banyak memakan
makanan daripada kumpulan ini. Ia tidak memudaratkan selagi
kanak-kanak turut memakan makanan dari kumpulan lain, walaupun
dalam kuantiti yang paling minimum. Setiap hari, berikan bijirin
yang diperkuat dengan zat besi.
|
2
hidangan daging, kacang, telur atau mentega kacang. Hidangan yang
mengandungi khasiat protein yang baik perlu ada setiap kali waktu
makan.
|
PENTING
Setiap
hidangan perlu mempunyai protein, roti atau bijiran, sayur atau
buah-buahan dan susu.
|